Wednesday 28 December 2016

Puding Roti

Teks: nurul khairun bt naim
Foto: nurul khairun bt naim

Bismillahirrahmanirrahim..harini saya akan dikongsikan resepi puding roti super mudah dan partially organic. Bukan sahaja sedap, malah menyihatkan.

Bahan-bahan:
1. Sebiji telur
2. 2 cawan organic raw cane sugar
3. 4 cawan susu segar
4. 1/2 cawan unsalted butter
5. Sebuku roti

Cara-caranya:
1. Campurkan telur, gula, susu dan butter sehingga sebati
2. Susun roti di dalam loyang (koyakkan mengikut kesesuaian bekas loyang)
3. Tuangkan campuran telur, gula, susu dan butter tadi ke atas permukaan roti.
4. Hias dengan khamis atau apa-apa toping yang digemari.
5. Bakar dalam oven pada suhu 200°c selama 40minit.
6. Tuangkan sedikit air di dalam tray oven bagi mengelakkan tapak bawah puding terlalu garing dan rasa yang lebih sedap.
7. Selamat mencuba.


Puding roti chia seed

Wednesday 7 December 2016

Aktiviti kanak-kanak bawah 1 tahun - DIY Marakas

Teks: Nurul Khairun Naim

Bahan-bahan:

1. Botol kecil dengan penutup @ botol vitagen
2. guli @ beads

cara-caranya:

1. Sediakan botol kecil yang mempunyai penutup.
2. Sediakan semangkuk beads. Boleh gunakan snack jika risau anak memasukkan beads ke dalam mulut.
3. Masukkan ke semua bahan ke dalam botol satu persatu
4. Tutup botol bersebut dan goncangkan.



ummi Nurul
facebook: Nurul Khairun Naim
instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Tuesday 6 December 2016

UK Farm, Kluang.


Teks: Nurul Khairun bt Naim
Foto: Nurul Khairun bt Naim

Sejak berpindah ke Kluang, seringkali aku lalu dihadapan papan tanda UK Farm. Namun tidak juga menjejakkan kaki ke sana. Walau bagaimanapun pada sambutan hari kemerdekaan yang lalu, berjaya juga aku ke sana bersama En. Suami dan Little Muhammad. Pada aku tempatnya memang menarik dan edukatif. sesuai dibawa anak-anak ke sana selain melawat zoo. 

Bagi yang tidak tahu UK Farm ini adalah singkatan nama pemilik ladang ini sendiri iaitu Un Keng Farm. UK Farm ini terletak di dalam kawasan Projek Pertanian Moden Kluang. Pintu masuknya betul-betul bersebelahan Pejabat Veterinar Kluang. Jika anda melalui lebuhraya utara selatan, pastikan anda exit di tol Ayer Hitam. Kemudian ambil ke kanan menghala ke Kluang. UK Farm ini terletak tidak jauh daripada exit tol tersebut. 

Tiket masuk ke UK Farm ini agak mahal juga jika dibandingkan dengan zoo. Kalau tak silap RM43 dewasa. Tiket kanak-kanak aku tidak ingat pula sebab Muhammad dapat tiket percuma kerana dibawah umur 3 tahun. Tiket masuk ini termasuk makanan untuk diberi kepada haiwan. Pada aku walaupun tiketnya agak mahal tapi aktiviti dan pengisiannya amat berbaloi terutama jika kita membawa kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web UK Farm . 

Jom kita layan gambar sepanjang aktiviti di sana.


















Monday 5 December 2016

Aktiviti kanak-kanak bawah 1 tahun - Mengasingkan Pom - Pom

Teks : Nurul Khairun Naim

Bahan-bahan:

1. Bekas telur @ bekas muffin, dulang cupcake @ seangkatan dengannya
2. Pom-pom yang pelbagai warna
3. Pengepit baju @ sudu

Sunday 4 December 2016

Aktiviti kanan-kanak bawah 1 tahun - Berjalan di atas bantal

Teks: Nurul Khairun Naim

Bagi sesetengah budaya, berjalan atau bermain dengan bantal adalah suatu yang tidak baik kerana kebiasaannya bantal ini kemudiannya akan digunakan untuk baring@ melapik kepala. Tentulah tidak sesuai kerana sesuatu yang digunakan untuk melapik kepala digunakan untuk bermain dan dipijak. Namun begitu aktiviti ini bagus untuk kanak-kanak dan membantunya belajar tentang keseimbangan tubuh badan.

Bahan-bahan:

1. Bantal
2. Kusyen

Cara-caranya:

1. Kumpulkan kesemua bantal dan kusyen
2. Susun kesemuanya di atas lantai dalam satu barisan
3. Cuba ajak anak berjalan, merangkak, panjat dan sebagainya melalui bantal tersebut tanpa terjatuh.

* ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat meransang perkembangan motor kasar yang diperlukan dalam keseimbangan serta koordinasi tubuh badan.


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Saturday 3 December 2016

Aktiviti kanak-kanak bawah 1 tahun - Ribbon di dalam botol

Teks:  Nurul Khairun bt Naim


Bahan-bahan:

1. Ribbon (pelbagai saiz dan jenis)
2. Botol kosong (muncung kecil)

Cara-caranya:

1. Sediakan ribon daripada pelbagai jenis dan saiz. Jika tiada ribbon boleh gunting kain dan jadikannya saiz seperti ribon
2. Sediakan botol kosong yang mempunyai muncung tirus
3. Masukkan ribon satu persatu ke dalam muncung botol
4. Goncangkan botol
5. Gunakan jari untuk keluarkan ribon daripada dalam botol.
6. Ulang langkah yang sama sehingga kesemua ribon berjaya dikeluarkan.



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Friday 2 December 2016

Aktiviti kanak-kanak bawah umur 1 tahun - Laluan Bubble Wrap

Bismillahirrahmanirrahim..

Bahan-bahan:

bubble wrap
truk mainan @ apa sahaja mainan yang bersesuaian

Langkah-langkahnya

1. gunting dan tampalkan bubble wrap di atas lantai menjadi satu laluan pejalan kaki
2. lari @ jalan di atas bubble wrap untuk mendengar bunyi letupan kecil yang terhasil bila bubble wrap pecah
3. lalukan kenderaan mainan di atas laluan bubble wrap tersebut.
4. Buat aktiviti yang sama berulang kali dengan pelbagai aktiviti melompat, skip dll di atas bubble wrap tersebut.
5. Selamat mencuba


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 26 October 2016

Kebaikan "Dry brushing"


Teks: Nurul Khairun bt Naim
Foto: Ihsan Google

Bismillahirrahmanirrahim...

Bagi anda yang kurang menggemari  penggunaan bahan-bahan kosmetik dan penjagaan diri yang menggunakan bahan kimia, "Dry Brushing merupakan salah satu pilihan untuk tampil cantik dan sihat dengan menggunakan cara yang lebih natural dan sihat.

Apakah kebaikan "Dry Brushing"

1. Menghilangkan sel kulit mati
Semasa kita memberus, secara tidak langsung sel kulit mati juga dibuang. Kita tidak perlu lagi menggunakan scrub bagi mendapatkan kulit yang licin dan cantik

2. Merangsang proses perkumuhan pada kulit
Proses Dry Brushing membantu merangsang proses perkumuhan pada kulit yang boleh mengeluarkan toxin daripada badan. Semakin halus berus yang anda gunakan, semakin bagus ia untuk proses perkumuhan kulit anda.

3. Mengurangkan selulit
Selulit adalah bahan toxic yang terkumpul dalam sel lemak badan yang sukar untuk dihapuskan. Aktiviti memberus yang berterusan dapat membantu memecahkan sel lemak tersebut.

4. Memperbaiki sel-sel kulit yang tersumbat
Sel-sel kulit yang sihat dapat membantu penyerapan nutrient yang maximum. Aktiviti "dry brushing" yang berterusan dapat menghasilkan kulit yang sihat.




Tuesday 25 October 2016

Cara Hilangkan Selulit

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: ihsan google

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah harini saya ingin berkongsi bagaimana cara untuk menghilangkan selulit.
Kebanyakan wanita tidak lari daripada menghadapi masalah selulit. Namun terdapat cara dan kaedah yang menyihatkan untuk menghilangkan selulit tersebut. Caranya adalah melalui "dry brushing".

Apakah "dry brushing?"
"Dry brushing" adalah kaedah menggosok dengan menggunakan berus khas. Selain membersihkan bahagian luar kulit, secara tidak langsung kaedah ini juga turut membantu membersihkan bahagian dalaman kita melalui proses detox.

Bagaimanakah ini terjadi?
Kulit merupakan organ terbesar yang terdapat pada tubuh kita. Kulit merupakan salah satu organ perkumuhan yang membantu mengeluarkan kotoran daripada badan melalui proses pepeluhan. Melalui "dry brushing" ia membantu membersihkan liang-liang roma dan membantu mengeluarkan kotoran yang melekat pada liang-liang roma tersebut.

Bagaimana untuk melakukan "dry brushing?"
Proses ini tidak mengambil masa yang lama. Anda hanya perlu menggosok badan anda ke arah jantung bermula daripada tapak kaki hingga ke atas. Gosok beberapa kali pada tempat yang sama sehingga seluruh badan. Disarankan dilakukan dua kali sehari.

Setelah "dry brushing" bolehlah anda mandi. Proses ini menggalakkan pengaliran darah yang lebih baik ke seluruh badan serta menarik lebih banyaka darah ke bahagian atas kulit. Setelah mandi, anda bolehlah menyapu minyak atau losyen ke seluruh badan bagi menambahkan lembapan pada kulit.

Berus "dry brushing?
Bagi yang baru ingin bermula "dry brushing" anda bolehlah membeli berus khas untuk "dry brushing" di mana-mana outlet body shop. Cakap sahaja berus untuk "dry brushing". Pekerja di situ akan membantu anda untuk membeli berus yang tepat. Berus ini diperbuat daripada bulu kaktus dan agak sakit sedikit pada permulaan anda "dry brushing"

contoh berus untuk 'Dry brushing"


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Monday 5 September 2016

Bubur jagung + nasi

Kredit: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah harini aku akan berkongsi satu resepi baru. Sejak Little Muhammad dijaga oleh abahnya, setiap pagi aku akan menyediakan bubur nasi sebagai bekalnya bersama abah. Hari ni sengaja aku memilih jagung sebab tengok gigi gerahamnya sudah tumbuh. Ini lebih memudahkannya untuk mengunyah.

Bahan-bahannya

jagung
susu
chia seed
gula
beras

cara-caranya:
1. Didihkan air dan masukkan jagung
2. Bersihkan beras dan campurkan sekali
3. Apabila beras dan jagung sudah masak, masukkan gula dan sedikit susu.
4. Aku menggunakan Organic Raw Cane Sugar dan susu tepung little muhammad sahaja. Raw cane ini kurang manis rasanya berbanding gula biasa. Hanya untuk memberi sedikit rasa pada bubur. Susu tepung juga hanya sesudu untuk memberikan kesan lemak.
5. Masukkan sedikit chia seed sebagai penambah rasa juga
6. Sedia untuk dimakan :)

Ok. itu sahaja resepi untuk hari ini. Selamat mencuba


Ummi Nurul
facebook: Nurul Khairun Naim
instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Saturday 13 August 2016

Sup Labu - pumpkin soup

Kredit: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini aku kongsikan resepi yang aku buat utk little Muhammad. Kebelakangan ini dia sudah mula mahu makan sendiri. Jadi aku bercadang buatkan sup yang agak pekat dan cicah dengan biskut wholemeal keras. Mudah sahaja cara membuatnya.

Bahan-bahannya:

1. Buah labu 1/4
2. Bawang Merah
3. Bawang Putih
4. Chia Seed
5. Biskut keras / roti gardenia yang dibakar semula

Cara-caranya:

1. Rebus buah labu bersama bawang merah dan bawang putih yang dihiris.
2. Apabila telah lembut, kisarkan dalam blander.
3. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Saya gunakan gula tebu organik dan garam bukit.
4. Taburkan sedikit Chia Seed.
5. Sedia untuk dihidangkan

Little Muhammad pada mulanya agak janggal disuap dengan biskut yang dicicah. Namun akhirnya duduk semakin rapat denganku dan mengambil biskut dan kemudian menyicahnya dengan sup labu. Sedap agaknya rasa manis-manis labu. Semasa awal mempelkenalkan makanan kepadanya aku ada membuat puree labu. Memang disukainya. Sengaja pada kali ini aku mencampurkannya dengan bawang dan di makan dengan cara berbeza. Selamat mencuba.


Ummi Nurul
facebook: Nurul Khairun Naim
instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Friday 12 August 2016

Magnesium Flakes

Teks: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada kali ini aku akan berkongsi tentang Magnesium Flakes. Alhamdulillah aku berkenalan dengan seorang naturopath dalam satu kelas membuat Booch. Jika di FB beliau dikenali sebagai Kebayan Siam. Namun dia meminta kami untuk memanggilnya Kak Nik sahaja. Kak Nik la yang mempelkenalkan Magnesium Flakes ini. Apa yang bakal aku kongsikan ini adalah manfaat yang aku rasakan setelah menggunakan Magnesium Flakes.

Inilah rupa magnesium flakes

Apakah Magnesium Flakes?
Magnesium Flakes adalah kepingan garam yang di ambil daripada laut. Terdapat banyak kelebihan apabila kita menggunakan magnesium. Bagi Magnesium flakes ini, aku gunakan untuk merendam kaki dan membuat air mandian anak. Magnesium ini membantu dalam membetulkan kembali jam harian serta memberikan rehat yang berkualiti untuk badan.

Kebiasannya aku menggunakan magnesium flakes ini untuk merendam kaki setelah melalui hari yang sangat memenatkan. Memadailah hanya berendam selama 20-30 minit. Tapi dijamin, anda akan tertidur sebelum tamat 20 minit tersebut. Dan bangun keesokan hari dengan badan yang lebih segar.

Aku juga melarutkannya sebagai air mandian anakku. Jika aku ingi menjadualkan semula waktu tidurnya, memang aku akan rendamkannya pada waktu petang. Jika sebelum ini, anakku sering tidur sehingga lewat malam, namun dengan Magnesium Flakes ini seawal jam 9 lagi dia sudah keletihan dan mengantuk. Little Muhammad akan tidur lena sepanjang malam dan hanya terjaga sekali sahaja untuk menyusu sekitar jam 1-2 pagi. Namun keesokan harinya seawal jam 5 pagi dia sudah bangun dan ajak bermain. 

Tidak perlulah digunakan setiap hari. Memadai 1 kali seminggu atau pada hari-hari yang dirasakan sangat 'hetic'. Kak Nik juga ada berkongsi pengalaman rakannya merendam suami (Magnesium Flakes Bath) dalam bath tub. Suami rakannya seorang perokok. Setelah selesai mandian tersebut, suaminya rakannya terkejut apabila melihat terdapat kesan warna kecoklatan dan bau seperti tar pada tuala mandinya. Seolah-olah tar yang terdapat dalam badannya kesan daripada merokok keluar melalui celah-celah kulit. Wahh..begitu hebat ciptaan tuhan. Dia telah bekalkan dunia ini dengan pelbagai bahan-bahan alami yang boleh kita gunakan untuk kesihatan. 

Kesan penggunaan pada setiap individu adalah berbeza bergantung kepada tahap toxic dalam badan. Oh ya sebelum terlupa, Magnesium Flakes ini juga membantu kita untuk detok racun-racun dalam badan. Iya la, untuk topup apa yang kurang kita ambil suppliment. Tapi tak pernah detok racun-racun yang ada. Bahaya tu. Bila kita amalkan apa-apa, mesti kita detok. Barulah perjalanan fungsi-fungsi dalam badan dapat dimaksimakan. 

Selain itu, Kak Nik ada juga berkongsi tentang penggunaan Magnesium Oil. InsyaAllah akan aku kongsikan dalam entry blog seterusnya. Bagi yang ingin mendapatkan Magnesium Oil, boleh cari di mana-mana farmasi berdekatan dan terdapat pelbagai jenama. Kalau yang tidak berkesempatan ke farmasi boleh sahaja order dengan Kak Nik (fb; kebayan siam @ n4natural)


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Thursday 11 August 2016

Chia Seed

Teks: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak aku membuat keputusan menukar diet pemakanan harian, terdapat satu kedai ini yang menarik perhatianku. Nama kedai tersebut Zenxin. Ia adalah kedai yang menjual produk organik. Jika anda exit Tol Lebuhraya Ayer Hitam menghala ke Kluang, anda akan melalui satu kawasan ladang yang besar kepunyaan pemilik Zenxin ini. Kedai yang aku maksudkan pula terletak di groundfloor Kluang Mall. Memang teruja masuk ke situ.

Apabila masuk ke situ, rupanya barulah aku tahu ada pelbagai jenis makanan organik lain yang tidak aku ketahui. Akhirnya aku mendapatkan Organic Raw Cane Sugar bagi menggantikan penggunaan gula putih di rumah. Yang lain-lain, aku perlu membuat pembacaan sedikit sebelum membeli dan mengamalkannya. Pada masa yang sama aku melihat chia seed yang semakin disebut-sebut pada hari ini. Rupanya hampir sama seperti habbatussauda dan biji selasih.

Apa yang membezakan biji selasih dan biji Chia adalah biji selasih perlu direndam dalam air terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Manakala biji Chia boleh terus digunakan dan ditabur dalam minuman atau makanan. Tapi diingatkan penggunaan hariannya tidak boleh melebih 1 sudu.

Biji Chia berasal daripada sejenis tumbuhan yang ditanam di Mexico. Terdapat pelbagai khasiat di dalamnya termasuklah Omega 3, Kalsium, antioksida serta lain-lain lagi. Pengambilan Chia seed boleh diselang-selikan dengan pengambilan telur.



Selain di Zenxin, rakan-rakan boleh dapatkan biji Chia ini di kedai Cosway serta pasaraya lain di bahagian makanan organik. Kewujudan biji Chia ini sudah lama, namun ia masih baru dikalangan kita kaum Melayu. Sedangkan kaum Cina telah lama mengamalkan pemakanan sihat dan organik ini. Marilah kita sama-sama menukar corak pemakanan kita kepada yang lebih sihat.


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 10 August 2016

Resepi Sourdough Bread

Teks: Nurul Khairun Naim

Kredit: cake-2-u.blogspot.my

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ini aku kongsikan bahan dan cara-cara untuk membuat roti sourdough. Aku dapat resepi ini daripada blog cake-2-u. Disebabkan sourdough starter aku belum menjadi lagi, jadi aku kongsikan maklumat berdasarkan apa yang aku dapat daripada pembacaan. 

Bahan-bahan Sourdough Bread

500g tepung roti
400g Sourdough starter (1 1/2 cawan)
250 ml air
2-3 cubit garam
1 cubit gula

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata
2. Terbalikkan mangkuk ke atas counter top atau permukaan yang bersih dan mula menguli selama 10 minit sehingga elastik dan licin. (Saya masukkan semua di dalam mixer KA saya... cuma saya uli dengan tangan di penghujung proses)
3. Bulatkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang telah di sapu dengan minyak zaitun dan tutup mangkuk dengan kain lembab. Biarkan ia naik... akan mengambil masa 2 ke 3 jam. Doh akan naik tapi tidak naik sehebat macam kita guna yis komersial.
4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. bentukkan dalam 2 buku roti - boleh bentukkan ikut kreativiti masing-masing. Macam saya letak 1 doh dalam bakul Banetton dan satu lagi saya bentukkan lonjong. Biarkan doh yang dibentuk naik akan ambil masa 2-3jam atau sehingga naik separuh tak perlu sekali ganda macam kita buat roti yang biasa. Sebelum bakar doh, taburkan tepung di atas permukaan doh roti dan hiriskan bahagian atasnya untuk keluarkan lebihan gas dan ia juga akan membentuk corak yang cantik di permukaan roti.
5. Panaskan oven pada suhu 220c dan bakar roti selama 35 ke 40 minit atau sehingga kerak yang cantik terbentuk.

nota: untuk mendapatkan kerak yang cantik semasa meletakkan roti di dalam oven, letakkan juga beberapa ais kiub di bawah tray roti. Ais kiub akan membentuk stim di dalam oven dan seterusnya membantu menghasilkan kerak yang cantik dan roti yang rangup.


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim
WhatsApp: +60194092941

Tuesday 9 August 2016

Sourdough Bread

Bismillahirrahmanirrahim..

Kredit: Nurul Khairun Naim

Hari ini aku ingin bercerita tentang Sourdough Bread. Sejak dua menjak ini aku cuba untuk mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan bebas pengawet. Bukan apa, kesihatan dan pemakanan perlu seiring untuk kesejahteraan bersama. Betul tak?

Apakah Sourdough?
Sourdough adalah adunan utk roti, biskut ataupun kek yang menggunakan natural yis. Ia terhasil daripada pemeraman yogurt, tepung roti dan susu. Dalam pembuatan roti, ia berperanan sebagai agen penaik roti. Tekstur roti yang terhasil akan lebih keras berbanding roti yang biasa terdapat dipasaran. Namun rasanya lebih sedap berbanding roti biasa walaupun tidak menggunakan mauripan seperti penghasilan roti-roti komersial di pasaran. Apa-apa pun ia bergantung kepada Sourdough starter. 

Bagaimana hendak menghasilkan Sourdough Starter?
Campuran tepung roti, yogurt dan susu di peram selama 5 hari untuk menghasilkan starter. Kemudian ia boleh terus digunakan dalam penghasilan sebarang roti, biskut ataupun kek. Lagi lama starter ini disimpan, lagi sedap roti yang akan dihasilkan. Ada yang menyimpan sehingga 100 tahun terutamanya kedai-kedai bakeri di Eropah yang memang terkenal dengan roti-roti sourdough.



Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim
WhatsApp: +60194092941



Monday 8 August 2016

Destinasi percutian - Perth Australia

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Pada kali ini aku akan kongsikan sedikit pembacaan yang telah aku buat tentang percutian keluarga ke Perth Australis. Pada asalnya keluargaku merancang untuk bercuti ke Perth pada September 2016. Namun atas sebab-sebab tertentu percutian tersebut terpaksa dibatalkan. Apa-apa pun sempatlah juga aku membuat beberapa servey tentang perancangan di sana.

Bagi anda yang pertama kali akan bercuti keluar negara, perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan ketika merancang perjalanan.

1. Tiket penerbangan
Tiket ini boleh dibeli lebih awal untuk mendapatkan harga murah. Pada ketika aku membuat servey ini lebih kurang bulan Jun lalu, harga tiket pergi balik bagi seorang dewasa sekitar RM700 - RM800 bagi penerbangan Air Asia.

2. Penginapan
Ada beberapa individu warga negara Malaysia yang menetap di Perth dan menyediakan perkhidmat penginapan dan kereta sewa di Perth. Antaranya Mahira Holiday dan Jutawan Tours Pty Ltd. Disamping itu anda juga boleh membuat tempahan menggunakan Airbnb.

3. Kereta Sewa
Jika anda bercadang untuk menjelajah lebih jauh daripada bandar, disarankan untuk menyewa kereta. Jika anda ingin berjalan di sekitar bandar, memadai dengan menaiki bas awam sahaja.

4. Petrol
Jika anda menyewa kereta, perlu di letakkan budjet utuk petrol juga ya.

5. Visa
Bagi memasuki Australia, anda memerlukan visa elektronik. Visa ini boleh dipohon sendiri selewatnya 2 minggu sebelum anda berlepas ke sana. Harga visa bagi setiap individu hanya RM20 sahaja.

6. Tempat-tempat yang ingin dilawati.
Ini antara tempat-tempat yang aku senaraikan yang ingin aku lawati serta sesuai aktiviti bersama anak-anak
a. Caversham Wildlife Park
b. Pinnacle
c. Lancelin
d. Raeburn Orchard
e. Fremantle
f. King's Park & Botanic Garden
g. Elizabeth Quay
h. Rockingham
i. Wave Rock
j. Trigg Beach

Ini antara perkara-perkara yang sempat aku servey sebelum suamiku memberitahu bahawa lawatan ini terpaksa di batalkan. Aku belum sempat untuk merancang itenary. Jika aku berkesempatan ke Perth pada masa hadapan akan aku kongsikan itenary dan pengalaman sepanjang di sana ya. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selain itu, anda boleh sertai kumpulan tips cuti-cuti Perth di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Ummi Nurul


Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Sunday 7 August 2016

The Shore Oceonarium, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah pada hujung minggu lalu, aku sekeluarga berkesempatan berkunjung ke The Shore Oceanarium, Melaka. Pada asalnya aku dan suami mahu membawa Little Muhammad berkunjung ke Zoo Melaka, namun melihatkan langit yang agak mendung kami menukar perancangan kerana khuatir hujan akan turun. Kami terus membuat keputusan untuk ke The Shore Oceanarium kerana tempatnya yang lebih tertutup di dalam kawasan bangunan 'Shopping Mall The Shore'.

The Shore Oceanarium ini terletak di tingkat 2 The Shore sebaris dengan kedai Spa Bayi. Tiket masuk ke The Shore ini berharga RM35 seorang bagi dewasa  (tiket + cermin mata 3D + cenderahati) dan kanak-kanak (3 - 12 tahun) serta warga emas (60 tahun ke atas) RM25 seorang. Kami juga ada membeli makanan untuk penyu yang berharga RM10 sebekas. Little Muhammad tidak dikenakan sebarang yuran tiket.

Pengunjung pada hari ini tidak ramai kerana hari kami pergi tu hari Jumaat dan orang lain masih lagi bekerja. Ini merupakan kali kedua aku membawa Little Muhammad ke sini. Sebelum ini aku datang bersama adik. Kunjungan kali ini barulah suamiku mengikut sekali. Little Muhammad begitu teruja berada di sana. Dia sangat suka apabila dapat memegang sendiri ikan, tapak sulaiman, gamat dan belangkas. Aktif sungguh anakku itu. Sekejap kesana, sekejap kesini. Nampak keterujaannya disitu. Apabila tiba di replika jerung Muhammad berpatah balik kepadaku. Kemudian baru aku perasan adanya jerung disitu. Muhammad memang agak takut dengan jerung. Ada satu buku ceritanya yang mempunyai gambar jerung. Little Muhammad akan segera menepis buku cerita tersebut bila tiba di bahagian jerung tersebut. Agak kelakar melihat keletahnya. 

Little Muhammad mahu berjalan sendiri dan tidak mahu dipegang tangannya sepanjang di The Shore Oceanarium. Dari satu akuarium ke satu akuarium dia pergi. Hinggalah ke stesen terakhir, stesen penyu. Di situ suamiku terpaksa mendukung Muhammad kerana khuatir dia akan turun ke kolam penyu tersebut. Besar sungguh penyu-penyu yang terdapat disitu.

Keseluruhannya, kunjungan kami sekeluarga ke situ memberi seribu satu kenangan dan informasi kepada kami sekeluarga. Muhammad juga sudah semakin cerdik dan dapat memahami keadaan yang berlaku disekelilingnya. Semoga lawatan ini dapat menanam lebih banyak input dan meransang perkembangannya secara menyeluruh.





Teks: Nurul Khairun bt Naim
Foto: carian google

Saturday 6 August 2016

Jenama / Brand Cloth Pad


Bismillahirrahmanirrahim..

Lebih kurang hampir dua tahun aku berjinak-jinak dengan cloth pad ini. Memang sangat selesa. Ketika dalam pantang pun aku gunakan cloth pad ini. Darah nifas memang smooth ja. Tempat jahitan rasa selesa dan tidak sakit. Bagi rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan cloth pad tentu tertanya-tanya di mana mahu mendapatkan cloth pad ini. Aku telah mencuba tiga jenis jenama iaitu bamboolite, snowdrop dan mama patch. 

Antara ketiga-tiga ini aku paling suka bamboolite. Ini kerana potongannya tidak terlalu besar dan tidak terlalu tebal. Harganya juga lebih murah berbanding snowdrop. Semasa hendak bersalin haritu aku telah membeli set utuk bersalin snowdrop. Memang saiznya lebih besar, panjang dan tebal berbanding mama patch dan bamboolite. Tetapi aku lebih selesa dengan bamboolite. Akhirnya, walaupun bamboolite aku hanya membeli cloth pad saiz biasa (regular), cloth pad itulah yang aku gunakan sehingga habis tempoh berpantang. Aku tidak begitu gemar menggunakan brand mama patch. Pada aku kainnya terlalu nipis dan agak sukar untuk membersihkan kotoran yang melekat padanya berbanding Bamboolite dan Snowdrop. Bamboolite dan Snowdrop menggunakan kain minky dan cotton tebal untuk menghasilkan cloth pad. Perbezaannya hanyalah pada saiz, potongan dan ketebalannya sahaja. 

Apa-apapun semua bergantung kepada keperluan dan keselesaan individu. Aku cadangkan rakan-rakan yang ingin mencuba cloth pad dapatkan dahulu pek percubaan kemudian perbanyakkanlah mengikut kesukaan dan keperluan masing-masing



TEKS: NURUL KHAIRUN NAIM
FOTO: TIADA


Friday 5 August 2016

Cloth Pad

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini kita akan bercerita tentang 'cloth pad'. Apakah 'cloth pad'? 

Zaman dahulu, ibu-ibu dan nenek kita menggunakan kain batik yang dilipat tebal untuk menampung darah haid serta nifas setiap kali ia datang. Pada zaman moden penggunaan kain batik tersebut telah dikomersialkan dengan penghasilan 'cloth pad' yang lebih bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana. "Cloth pad' telah menggantikan penggunaan pad pakai buang yang berada di pasaran. 'Cloth pad ini terdapat pelbagai saiz dan ia perlu dibasuh. Ia boleh dipakai berulang kali dan jangka hayatnya boleh mencapai sehingga 5 tahun bergantung kepada bagaimana kita menjaganya. Selain memelihara alam sekitar, ia juga sangat menjimatkan.

Kenapa menggunakan 'cloth pad' ?

Kebiasaannya anda akan merasa gatal jika menggunakan pad biasa untuk jangka masa yang lama. Namun jika menggunakan pad ini anda akan sentiasa rasa selesa walaupun pakai untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana pad pakai buang dibuat daripada kertas kitar semula ataupun pulpa kertas yang hanya dilunturkan warnanya, bukan disteril daripada bahan buangan, ia mengandungi kimia dan toksik merbahaya. Apabila kimia dan toksik bertindak balas dengan darah ia akan menyebabkan pembiakan bakteria dan membawa kepada jangkitan faraj dan keputihan yang tidak normal bagi sesetengah wanita. 





TEKS: NURUL KHAIRUN NAIM
FOTO: CARIAN GOOGLE

Wednesday 3 August 2016

MESIN JAHIT BROTHER NV955

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak dua menjak ni minat nak berkrafting datang semula. tapi memandangkan barang-barang dan peralatan masih berada di rumah melaka, minat itu dipendamkan dahulu. Tapi tangan ini memang sudah gatal sangat. hihihi..

Hari ini berkesempatan untuk membuat review tentang beberapa mesin jahit yang bakal digunakan untuk projek krafting nanti. Suatu ketika dahulu aku pernah membeli sebuah mesin jahit mini untuk kerja-kerja krafku. Namun mesin itu tidak dapat digunakan semaksima mungkin. Mesin jahit itu hanya mampu untuk menjahit sesetengah fabrik sahaja. Agak kecewa juga dengan apa yang berlaku. Kali ini aku bertekad untuk mendapatkan sebuah mesin jahit yang mempunyai pelbagai fungsi. Aku memilih mesin jahit Brother model NV955.

Mesin jahit ini mampu untuk melakukan kerja-kerja menjahit asas dan juga kerja-kerja menyulam. Harganya pula lebih murah berbanding mesin jahit sulam yang lain. Jadi ia sangat sesuailah untuk aku yang mahu memulakan semula projek kraftingku. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui spesifikasi lengkap tentang mesin ini boleh klik pada link berikut >>>>>> NV955


Teks: NURUL KHAIRUN BT NAIM
FOTO: CARIAN GOOGLE

Tuesday 2 August 2016

Gajet vs buku


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini ada program jelajah sekolah BLINK. Apakah blink? Blink adalah gabungan perkataan blue dan pink. Blink adalah sebuah syarikat penerbitan buku cerita remaja dan kanak-kanak sekolah. Pemiliknya jika tidak silap adalah Ain Maisarah. Siapa yang tidak kenal dengan Ain Maisarah. Beliau merupakan salah seorang penulis novel remaja yang terkenal. Syarikat ini datang kesekolah-sekolah dalam usaha untuk mempromosikan buku-buku terbitan blink disamping memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan.

Di samping mendengar penerangan yang diberikan, teringat aku keletah little Muhammad pagi tadi. Seawal pukul 5 pagi telah bangun. Turun sahaja daripada katilnya terus dia menuju ke rak buku dan mendapatkan kamus bergambarnya. Walaupun buku itu agak berat, sanggup dia bawa kehulu dan kehilir meminta aku melayannya membaca. Alhamdulillah senang hatiku melihat kelakuannya. Bukan mudah untuk memupuk minat terhadap buku dikalangan kanak-kanak apabila penggunaan gajet semakin berleluasa.

Little Muhammad baru berusia setahun 3 bulan. Sejak kecil memang koleksi permainannya dipenuhi buku. Kebetulan penggunaan gajet @ telefon bimbit dirumah sangat minimum. Jadi dia tidak terlalu didedahkan dengan telefon. Pergi mana mana pun suamiku lebih suka melayan keletahnya berbanding memberinya bermain telefon. Aku ada terbaca satu kata kata di facebook yang menyarankan agar ditetapkan minat membaca dan sukakan buku kepada anak-anak daripada kecil. Jangan ditekankan dahulu tentang kemahiran membaca. Biar kanak-kanak itu terhibur dahulu dengan aktiviti membaca. Selalulah luangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti membaca. Cukup sekadar 10-15 minit sehari. Biar ia menjadi "habit" kepada anak-anak. Sesungguhnya membaca itu punca perkembangan segala ilmu pengetahuan. Jangan dibiarkan gajet menggantikan masa-masa berharga kita bersama anak-anak.




Ummi Nurul

Foto: simpanan peribadi
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Monday 1 August 2016

Majlis Eratan Mesra Pendidikan Khas

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menghadiri suatu Majlis Apresiasi Pendidikan Khas  Daerah Kluang bersama majlis sambutan hari raya.

Apakah Pendidikan Khas?
Pendidikan khas adalah satu program pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai kategori.

Majlis pada hari ini diadakan bertujuan bagi menghargai serta meraikan warga pendidikan khas di Daerah Kluang. Tuan pengarah pendidikan daerah menekankan tentang attitude@sikap kita terhadap golongan pendidikan khas. Pemikiran yang dibentuk daripada sikap dan attitude ini bakal menentukan tahap kejayaan anak-anak pendidikan khas. Kanak-kanak ini mengharapkan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat akan membela nasib mereka. Janganlah sekali kali kita meminggirkan mereka. Sesungguhnya mereka sangat istimewa dan tidak dapat dinilai melalui peperiksaan, namun mereka juga perlu dididik dan di asuh supaya berjaya sebagaimana orang lain berjaya dalam hidup mereka.



Teks : Nurul Khairun bt Naim
Foto: simpanan sendiri
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Sunday 31 July 2016

Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke-2

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini genap 2 tahun gerbang perkahwinan kami. Jika tahun pertama hanya berdua. Tahun kedua sudah bertiga dengan kehadiran little Muhammad. Insyaallah tahun ketiga kami akan berempat. Mohon doakan agar kebahagiaan ini berpanjangan. Ameen.





Teks: NURUL KHAIRUN NAIM
FOTO: SIMPANAN SENDIRI

Saturday 6 February 2016

GPS Sydney

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim...


Penceritaan buku ini mengingatkan kembali pengalaman berjalan-jalan di sekitar Bandar Sydney. Tidak dinafikan sememangnya apabila berjalan di negara maju, segala kemudahan juga maju. Walaupun nilai mata wangnya jauh lebih tinggi, Namun tidak dinafikan pengalaman yang di perolehi juga tinggi nilainya. 

Sememangnya kita akan cuba untuk membandingkan antara negara kita Malaysia dengan negara orang. Dari aspek kebersihannya, persekitarannya, budayanya, rakyatnya dan sebagainya sama ada sengaja atau tidak sengaja. Penulis juga tidak terkecuali berbuat demikian sepanjang dia menyambung pelajarannya di Sydney. Namun kata-kata tutornya yang bernama Maria memang sangat mengesankan hati ini. Tidak dinafikan kemudahan pengangkutan, persekitaran, pembangunan, pendidikan, jauh lebih maju berbanding Malaysia, tetapi Maria meminta penulis untuk merenung kembali tentang kehidupan di sana. Bagaimana orang-orang tua di sana di layan. 

Anak-anak memanggil ibu bapa dengan panggilan nama sahaja. Ibu bapa pula perlu hidup berdikari apabila telah tua kerana anak-anak akan berpindah keluar dan hidup bersendirian. Maria menyatakan pada penulis betapa dia cemburu dengan Malaysia dia mana penuh dengan nilai-nilai murni dan kekeluargaan berbanding Sydney. Malaysia penuh dengan adab dan sopannya kepada orang tua. Walaupun tidak semua Malaysia itu melambangkan apa yang dikatakan adab dan sopan yang sepatutnya, tetapi masih ramai yang menitikberatkannya. Kata-kata Maria ini menyedarkan penulis betapa pembangunan ini kadangkala menyebabkan runtuhnya nilai kekeluargaan dalam diri individu. Pembangunan dan kemajuan menyebabkan masing-masing mahu mengejar kebendaan. Kata-kata Maria menyebabkan penulis insaf dan bersyukur dengan apa yang telah dia ada.


Tajuk buku: GPS Sydney
Terbitan:
Jumlah muka surat:


Friday 5 February 2016

Kriteria Guru Prasekolah @ Tadika


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim...

Pengalaman kanak-kanak di prasekolah merupakan titik permulaan untuknya mengenali dunia pendidikan. Salah satu tarikan yang akan membuatkan kanak-kanak minat ke sekolah adalah gurunya. Justeru itu, ibu bapa perlu memastikan guru yang mengajar dapat membantu memaksimumkan potensi anak-anak kita. Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru prasekolah @ tadika:

1. Tenang.
2. Menggunakan pelbagai teknik dan alat bantu mengajar bagi menghasilkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan
3. Guru kenal dan mampu ingat setiap murid dalam kelasnya
4. Menggunakan teknik dua hala dalam pembelajaran
5. Sentiasa membuat persediaan.
6. Boleh menggunakan pelbagai intonasi bersesuaian dengan suasana
7. Menepati masa
8. Bersabar
9. Penyayang.
10. Minat


Sumber: www.kindergartenpreschool.com
Olahan: Penulis Blog Nurul Khairun bt Naim

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Thursday 4 February 2016

Biarkan Anak Melompat


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Anak anda suka melompat? Biarkan..jangan halang


TAHUKAH ANDA?????

Aktiviti melawan graviti seperti melompat di trampoline sangat bagus untuk anak-anak.


Berdasarkan kajian, aktiviti melawan graviti dapat meningkatkan pengaliran oksigen ke otak untuk memudahkan proses pembelajaran anak. Melompat juga berhubung dengan kemampuan mempertahankan keseimbangan tubuh. Berhubung kakinya yang pendek dan otot kaki yang masih lemah, banyak kanak-kanak belum cukup kuat untuk mengangkat tubuh dan melompat. Jadi apa lagi..dapatkan trampoline untuk anak-anak anda. kalau yang kekurangan budget tu boleh biarkan sahaja anak anda lompat atas tilam.. :P

Sumber: Perkongsian facebook
Olahan: Penulis Blog Nurul Khairun bt Naim
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 3 February 2016

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan awal kanak-kanak


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini saya ingin kongsikan tentang pendekatan-pendekatan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini menjadi panduan kepada ibu bapa dalam memilih tadika atau prasekolah yang sesuai dengan anak mereka. Ibu bapa perlu membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui suasana pembelajaran yang terdapat di prasekolah atau tadika pada masa kini

1. Pendekatan Tradisional

Prasekolah yang menggunakan pendekatan tradisional lebih menjurus kepada akdemik. Kanak-kanak akan diajar cara mengira, membaca dan menulis sebagai persediaan memasuki alam persekolahan. Selain itu, kanak-kanak turut diterapkan dengan pengajaran berstruktur melalui aktiviti bercerita, seni dan kraf serta rutin bermain.

2. Pendekatan Montessori

Pendekatan ini tertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak. Elemen yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang diperlukan. Kanak-kanak juga didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai salah satu proses pembelajaran.

3. Pendekatan Reggio Emilia

Pendekatan ini percaya bahawa kanak-kanak berupaya, penuh keinginan dan mampu untuk membesar serta membentuk pengetahuan mereka sendiri. Di sini, kanak-kanak akan belajar melalui interaksi dengan orang lain termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan. Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini ialah guru akan berbual dengan kanak-kanak secara perseorangan atau kumpulan kecil dan meminta pendapat mereka tentang sesuatu topik yang diberikan.

4. Pendekatan Waldorf
Pendekatan ini menggalakkan persekitaran pembelajaran yang sihat. Antara permainan yang diterapkan ialah permainan imaginatif, aktiviti bercerita dan seni. Sistem pembelajaran ini tidak menggunakan bahan akademik ataupun mendedahkan kanak-kanak kepada suasana pembelajaran sebenar di sekolah rendah seperti tiada kerja rumah atau nota diberikan mahupun ujian peperiksaan.



Sumber: Majalah SmartKids World
Olahan: Penulis Blog


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Monday 1 February 2016

Aktiviti Mengeja Perkataan


Teks: Nurul Khairun Nain

Bismillahirrahmanirahim....

Alhamdulillah..harini saya akan kongsikan beberapa aktiviti yang biasa dilakukan dengan murid bagi aktiviti mengeja. Jika kita dahulu aktiviti mengeja biasanya diadakan secara latih tubi dengan menulis beberapa kali perkataan yang ingin di eja. Tentu ia membosankan kanak-kanak. Jadi kita perlu pelbagaikan latih tubi itu dengan kaedah yang pelbagai dan menyeronokkan. Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan di kelas bersama murid-murid yang bermasalah pendengaran. Ibu bapa boleh ubah suai kaedah ini supaya bersesuaian dengan keperluan anak masing-masing.

Tajuk yang di ajar adalah : Clothes and acsessories..
Kategori murid: Bermasalah pendengaran Tahun 3, 4 dan 5


Permainan silang kata

Boleh kenal pasti kesalahan yang dilakukan
Ujian mudah (oral)

Alat yang mengeluarkan bunyi dan lampu apabila padanan gambar-perkataan betul


Pembinaan frasa perkataan

Permainan patung kertas

kad- kad abjad
Aktiviti menjemur pakaian sambil mengeja


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ibu bapa boleh gunakan idea dan bahan sebegini sebagai aktiviti homeschooling.


Sumber gambar: Hak milik penulis blog



Ummi Nurul


Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Thursday 21 January 2016

Permainan Kanak-kanak

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dalam 'entry' yang lalu saya ada berkongsi tentang pendidikan anak-anak dan bagaimanana untuk memulakannya. Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang 5 permainan yang telah saya pilih untuk beraktiviti dengan Muhammad. Pada setiap permainan beberapa cadangan aktiviti diberikan. Saya telah melakukan aktiviti tersebut bersama anakanda tersayang. Anda boleh mengubahsuainya mengikut kesesuaian.


1. Stacking Block
- aktiviti menyusun blok
- mengenal warna
- mengenal besar dan kecil
- dll

Stacking Blocks
 2. Cube Blocks
- Aktiviti menyusu blok
- Aktiviti mengira jumlah blok
- Aktiviti mengenal warna
- dll
Cube Blocks

3. Buku Cerita Mini
Anakanda sukakan buku. Jadi saya gunakan buku ini untuk beberapa aktiviti seperti:
- mengira jumlah buku
- 'flip' muka surat buku
- menyusun buku
-dll

Mini Story Books
 4. Bola berloceng
- aktiviti mengejar bola
-mengenal pasti arah bunyi
- aktiviti mengenal warna
-dll
Ball with Bell

5. Bola besar dan Bola kecil
Saya membelikan anakanda pelbagai jenis bola pelbagai saiz untuk meransangnya bergerak. Ini petua daripada emak saya. Emak saya cakap biar anak rasa geram bila tengok bola pelbagai warna dan bentuk tu, jadi dia akan paksa diri untuk bangun dan capai bola tu. Dan ia memang membuahkan hasil. Pada usia 3 bulan anakanda sudah meniarap dan pada usia 5 bulan dia sudah menjulur kehadapan dengan laju sambil kadang kala mengangkat badan mahu merangkak. Antara aktiviti yang dilakukan:
- menendang bola
- mengejar bola
- melanbung bola
-menangkap bola
- berguling atas bola
- duduk atas bola
-dll
Small and big ball


Sebenarnya, memang tidak banyak pun mainan yang kami beli untuk anakanda Muhammad. Memang ini sahaja yang ada dalam koleksinya. Sebab itu la timbul idea untuk gunakan buku cerita mini tu. Kalau bertanya tentang koleksi buku memang banyak. Tapi kalau kalau koleksi mainan ini sahajalah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


SELAMAT MAJU JAYA



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim
WhatsApp: +60194092941



Wednesday 20 January 2016

Pendidikan Kanak-kanak ( homeschooling / home activity?)

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah pada kali ini kita akan berkongsi tentang pendidikan kanak-kanak.
Bilakah sewajarnya ia bermula?
Bagaimanakah caranya?
Apa yang perlu dilakukan?
Apa yang perlu disediakan?
Apa pengisiannya?

Ini antara beberapa persoalan yang sering bermain difikiran ibu-ibu pada ketika ini. Tidak dinafikan kesedaran tentang pendidikan awal kanak-kanak pada ketika ini cukup meluas. Ramai ibu bapa yang teruja untuk berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak. Ini menyumbang kepada kewujudan komuniti yang menyekolahkan anak mereka di rumah atau di panggil 'homeschooling'.
Namun begitu, ramai terkeliru antara istilah 'homeschooling' dengan istilah 'home activity'. 

Pada kali ini kita akan membincangkan tentang 'home activity' atau mungkin sesetengahnya memanggil sekolah kanak-kanak. Kita kena ingat bahawa sekolah kanak-kanak bukanlah sekolah rasmi. Ia cuma berfokuskan kepada bagaimana anda meluangkan masa bersama anak-anak. 

"Tot School isn't really school at all, it's just a focused time with your tot, exploring together and having fun!" (Carisa, from 1+1+1=1)

Siapa bersetuju dengan Carisa? Ya, ia adalah bagaimana cara kita mengasah dan 'polish' keperluan dan kebolehan anak-anak dengan cara yang menyeronokkan. Lumrah kanak-kanak suka bermain. Oleh itu jadikan satu aktiviti bermain itu permainan yang bermakna dan menyeronokkan. Terdapat banyak bahan di internet yang boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu merancang aktiviti. Gunakan barang sedia ada untuk menjimatkan kos. Berikut dicadangkan beberapa cara bagaimana merancang aktiviti bersama anak-anak.

1. Senaraikana barang-barang mainan yang anak anda ada
2. Pilih 5 mainan yang anda rasa mahu main dengan anak anda
3. Duduk dan bermain dengan anak anda sambil kenalkan dengan kemahiran baru
4. Buat carian di internet tentang aktiviti yang boleh dilakukan pada umur anak anda
5. Perlahan-lahan pelbagaikan aktiviti dan kemahiran dalam bermain
6. Sentiasa ingat bahawa ANAK ADA PERLUKAN ANDA, BUKANNYA MAINAN SEMATA. Luangkan lebih banyak masa bersama.



SELAMAT BERAKTIVITI 



Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941


Tuesday 19 January 2016

Cara memilih taska

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah pada kali ini kita akan berbincang tentang kriteria bagaimana untuk memilih taska. Aku pasti semua ibu bapa kalau boleh mahu menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak. Namun disebabkan tuntutan hidup, kedua ibu bapa terpaksa bekerja mencari nafkah. Pasti ramai yang berasa risau dan khuatir bila mahu menghantar anak ke taska berikutan pelbagai kes yang tidak diingini berlaku. Oleh itu di sini saya kongsikan beberapa tips bagaimana untuk memilih taska yang terbaik untuk anak-anak kita.

1. Mencari maklumat
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan, risalah ataupun internet tentang sesuatu taska. Jangan tergesa-gesa membuat sesuatu keputusan. Jika taska ada membuat hari terbuka, ambillah peluang untuk hadir dan bertanya tentang apa sahaja yang ingin di ketahui

2. Melawat pusat jagaan
Ibu bapa boleh pergi melihat lokasi pusat jagaan tersebut sama ada fasilitinya mencukupi, bangunannya selamat mengikut piawaian bomba, jabatan kesihatan dan sebagainya. 

3. Melihat perjalanan taska.
Dapatkan maklumat sama ada taska tersebut berdaftar dengan pihak sepatutnya. Perhatikan jumlah guru/penjaga dengan kanak-kanak. (lihat dari luar sahaja ya kerana jika tidak berkenaan anda tidak dibenarkan masuk dalam kawasan taska sebagai langkah keselamatan). Kalau ikut American Academy of Pediatrics, nisbah kanak-kanak dan penjaga sepatutnya:


1 tahun ke bawah        1: 3
1-2 tahun                     1: 5
2-3 tahun                     1: 6
3-4 tahun                      1 : 10
5 tahun ke atas              1 : 12


4. Dapatkan 'review'
Dapatkan pandangan rakan atau saudara lain yang ada atau pernah menghantar anak ke taska tersebut. Jika ada anak lain yang di hantar ke taska tersebut boleh juga ditanyakan tentang layanan pengasuh dan perkara-perkara tertentu kepada mereka. Apa yang pasti, kanak-kanak tidak pandai berbohong. :)


5. Buat keputusan
Setelah menimbangtara, buatlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Pastikan keselamatan diutamakan berbanding yuran taska. Sebaiknya buatlah Istikharah meminta petunjuk. Biarlah dalam segala urusan pun kita berserah dan meminta petunjuk daripadanya.



SEMOGA BERMANFAAT



Sumber: Majalah Demi Cinta Isu 4
Olahan: Penulis blog nurulkhairunnaim.blogspot.com
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941



Monday 18 January 2016

Sungai Rajang Sarawak

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirahmanirrahim..

Terimbas kembali pengalaman berjalan-jalan suatu masa dahulu. Disebabkan keinginan untuk menjelajah Sarawak pada ketika itu, aku menghubungi seorang kenalan kepada rakanku. Aku memberitahunya ingin berjalan ke Sarawak. Aku hanya berhubung dengannya melalui Facebook dan menerusi telefon. Apabila telah ditetapkan tarikh dan tempatnya maka bermulalah perjalananku.

Perjalananku bermula daripada Melaka ke LCCT kemudian menaiki kapal terbang menuju ke Sibu. Kenalanku bernama Vin telah menantiku di sana. Aku pergi hanya bersendirian. Di Sibu, Vin telah menantiku bersama saudaranya. Aku dibawa kerumah saudaranya yang terletak di Bandar Sibu. Rupa-rupanya Vin telah mengaturkan satu rancangan buat aku. Pada malam itu juga kami menaiki bas ke Bintulu. Jalan raya di sana bukanlah seperti di semenanjung. Bas expressnya juga bukanlah seselesa bas-bas di semenanjung. Jalannya berlopak-lopak. Kerusinya pula tidaklah selembut kerusi bas yang biasa ku naiki di semenanjung. Pada keesokan paginya kami tiba di Bandar Bintulu. Saudara Vin telah menanti kami di sana.

Setelah hari siang, kami dibawa berjalan-jalan disekitar Bandar Bintulu. Kemudian ada saudaranya yang lain membawa pula kami berjalan-jalan di sekita Bandar Miri. Antara tempat yang kami lawati di Miri ialah Marina Bay dan Lady Oil Plant (lupa nama sebenarnya). Pada sebelah malamnya kami menaiki bas dan pulang semula ke Sibu.

Keesokannya, Vin membawa aku bersiar di sekitar bandar sibu sementara menanti untuk menaiki bot laju untuk pulang ke Dalat. ini merupakan pengalaman pertamaku manaiki bot laju. Vin memberitahu, aku boleh menaiki van untuk ke Dalat dari Sibu tapi ia mengambil masa 4 jam perjalanan. Jika menaiki bot laju ia hanya 2 jam perjalanan sahaja. Tetapi Vin menyatakan bergantung kepada keadaan sungai juga kerana kalau bergelora tidak boleh juga menaiki bot.

Vin memberitahu aku sangat bertuah kerana dapat rasa menaiki bot laju melalui Sungai Rajang. ini kerana beberapa hari sebelum itu, Sungai Rajang tidak dapat dilalui kerana terdapat banyak kayu balak hanyut. Pengalaman pertamaku manaiki bot laju. Mujur tiada pening atau mabuk sepanjang menaiki bot itu. Kami tiba di Pekan Dalat waktu tengah hari. 

Dalat merupakan sebuah Pekan kecil di Daerah Mukah. Selain pengangkutan air, Pengangkutan udara juga boleh digunakan. Kalau daripada Kuala Lumpur, aku perlu manaiki penerbangan ke Kuching dahulu dan kemudian menaiki Mas Wing untuk sampai ke Mukah.

Rumah Vin adalah perkampungan atas air. Belakang rumahnya terdapat sungai yang luas. Aku dapat lihat bot laju lalu lalang di sungai itu untuk mengambil dan menghantar kanak-kanak ke sekolah. jika di semenanjung suasana sibuk tentulah atas jalan raya, tetapi di sana di dalam sungai yang sibuknya. Aku sangat teruja dengan pemandangan sedemikian. 

Keesokannya, aku menaiki bot laju untuk kembali ke Sibu dan menaiki kapal terbang pulang ke semenanjung. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman hidup yang menarik untuk dilihat dan perjalanan yang 'adventurous'. Ku doakan agar Vin berbahagia selamanya. Untuk pengetahuan semua pada ketika ini Vin merupakan seorang Muslimah setelah memeluk Islam 3 tahun yang lalu. Pada ketika perjalanan ini di lakukan dia masih lagi merupakan seorang dari suku Bidayuh dan belum memeluk Islam. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraannya. Ameen.


SATU PERJALANAN SERIBU PENGETAHUAN


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941