Saturday 6 February 2016

GPS Sydney

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim...


Penceritaan buku ini mengingatkan kembali pengalaman berjalan-jalan di sekitar Bandar Sydney. Tidak dinafikan sememangnya apabila berjalan di negara maju, segala kemudahan juga maju. Walaupun nilai mata wangnya jauh lebih tinggi, Namun tidak dinafikan pengalaman yang di perolehi juga tinggi nilainya. 

Sememangnya kita akan cuba untuk membandingkan antara negara kita Malaysia dengan negara orang. Dari aspek kebersihannya, persekitarannya, budayanya, rakyatnya dan sebagainya sama ada sengaja atau tidak sengaja. Penulis juga tidak terkecuali berbuat demikian sepanjang dia menyambung pelajarannya di Sydney. Namun kata-kata tutornya yang bernama Maria memang sangat mengesankan hati ini. Tidak dinafikan kemudahan pengangkutan, persekitaran, pembangunan, pendidikan, jauh lebih maju berbanding Malaysia, tetapi Maria meminta penulis untuk merenung kembali tentang kehidupan di sana. Bagaimana orang-orang tua di sana di layan. 

Anak-anak memanggil ibu bapa dengan panggilan nama sahaja. Ibu bapa pula perlu hidup berdikari apabila telah tua kerana anak-anak akan berpindah keluar dan hidup bersendirian. Maria menyatakan pada penulis betapa dia cemburu dengan Malaysia dia mana penuh dengan nilai-nilai murni dan kekeluargaan berbanding Sydney. Malaysia penuh dengan adab dan sopannya kepada orang tua. Walaupun tidak semua Malaysia itu melambangkan apa yang dikatakan adab dan sopan yang sepatutnya, tetapi masih ramai yang menitikberatkannya. Kata-kata Maria ini menyedarkan penulis betapa pembangunan ini kadangkala menyebabkan runtuhnya nilai kekeluargaan dalam diri individu. Pembangunan dan kemajuan menyebabkan masing-masing mahu mengejar kebendaan. Kata-kata Maria menyebabkan penulis insaf dan bersyukur dengan apa yang telah dia ada.


Tajuk buku: GPS Sydney
Terbitan:
Jumlah muka surat:


Friday 5 February 2016

Kriteria Guru Prasekolah @ Tadika


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim...

Pengalaman kanak-kanak di prasekolah merupakan titik permulaan untuknya mengenali dunia pendidikan. Salah satu tarikan yang akan membuatkan kanak-kanak minat ke sekolah adalah gurunya. Justeru itu, ibu bapa perlu memastikan guru yang mengajar dapat membantu memaksimumkan potensi anak-anak kita. Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru prasekolah @ tadika:

1. Tenang.
2. Menggunakan pelbagai teknik dan alat bantu mengajar bagi menghasilkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan
3. Guru kenal dan mampu ingat setiap murid dalam kelasnya
4. Menggunakan teknik dua hala dalam pembelajaran
5. Sentiasa membuat persediaan.
6. Boleh menggunakan pelbagai intonasi bersesuaian dengan suasana
7. Menepati masa
8. Bersabar
9. Penyayang.
10. Minat


Sumber: www.kindergartenpreschool.com
Olahan: Penulis Blog Nurul Khairun bt Naim

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Thursday 4 February 2016

Biarkan Anak Melompat


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Anak anda suka melompat? Biarkan..jangan halang


TAHUKAH ANDA?????

Aktiviti melawan graviti seperti melompat di trampoline sangat bagus untuk anak-anak.


Berdasarkan kajian, aktiviti melawan graviti dapat meningkatkan pengaliran oksigen ke otak untuk memudahkan proses pembelajaran anak. Melompat juga berhubung dengan kemampuan mempertahankan keseimbangan tubuh. Berhubung kakinya yang pendek dan otot kaki yang masih lemah, banyak kanak-kanak belum cukup kuat untuk mengangkat tubuh dan melompat. Jadi apa lagi..dapatkan trampoline untuk anak-anak anda. kalau yang kekurangan budget tu boleh biarkan sahaja anak anda lompat atas tilam.. :P

Sumber: Perkongsian facebook
Olahan: Penulis Blog Nurul Khairun bt Naim
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 3 February 2016

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan awal kanak-kanak


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini saya ingin kongsikan tentang pendekatan-pendekatan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini menjadi panduan kepada ibu bapa dalam memilih tadika atau prasekolah yang sesuai dengan anak mereka. Ibu bapa perlu membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui suasana pembelajaran yang terdapat di prasekolah atau tadika pada masa kini

1. Pendekatan Tradisional

Prasekolah yang menggunakan pendekatan tradisional lebih menjurus kepada akdemik. Kanak-kanak akan diajar cara mengira, membaca dan menulis sebagai persediaan memasuki alam persekolahan. Selain itu, kanak-kanak turut diterapkan dengan pengajaran berstruktur melalui aktiviti bercerita, seni dan kraf serta rutin bermain.

2. Pendekatan Montessori

Pendekatan ini tertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak. Elemen yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang diperlukan. Kanak-kanak juga didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai salah satu proses pembelajaran.

3. Pendekatan Reggio Emilia

Pendekatan ini percaya bahawa kanak-kanak berupaya, penuh keinginan dan mampu untuk membesar serta membentuk pengetahuan mereka sendiri. Di sini, kanak-kanak akan belajar melalui interaksi dengan orang lain termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan. Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini ialah guru akan berbual dengan kanak-kanak secara perseorangan atau kumpulan kecil dan meminta pendapat mereka tentang sesuatu topik yang diberikan.

4. Pendekatan Waldorf
Pendekatan ini menggalakkan persekitaran pembelajaran yang sihat. Antara permainan yang diterapkan ialah permainan imaginatif, aktiviti bercerita dan seni. Sistem pembelajaran ini tidak menggunakan bahan akademik ataupun mendedahkan kanak-kanak kepada suasana pembelajaran sebenar di sekolah rendah seperti tiada kerja rumah atau nota diberikan mahupun ujian peperiksaan.



Sumber: Majalah SmartKids World
Olahan: Penulis Blog


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Monday 1 February 2016

Aktiviti Mengeja Perkataan


Teks: Nurul Khairun Nain

Bismillahirrahmanirahim....

Alhamdulillah..harini saya akan kongsikan beberapa aktiviti yang biasa dilakukan dengan murid bagi aktiviti mengeja. Jika kita dahulu aktiviti mengeja biasanya diadakan secara latih tubi dengan menulis beberapa kali perkataan yang ingin di eja. Tentu ia membosankan kanak-kanak. Jadi kita perlu pelbagaikan latih tubi itu dengan kaedah yang pelbagai dan menyeronokkan. Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan di kelas bersama murid-murid yang bermasalah pendengaran. Ibu bapa boleh ubah suai kaedah ini supaya bersesuaian dengan keperluan anak masing-masing.

Tajuk yang di ajar adalah : Clothes and acsessories..
Kategori murid: Bermasalah pendengaran Tahun 3, 4 dan 5


Permainan silang kata

Boleh kenal pasti kesalahan yang dilakukan
Ujian mudah (oral)

Alat yang mengeluarkan bunyi dan lampu apabila padanan gambar-perkataan betul


Pembinaan frasa perkataan

Permainan patung kertas

kad- kad abjad
Aktiviti menjemur pakaian sambil mengeja


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ibu bapa boleh gunakan idea dan bahan sebegini sebagai aktiviti homeschooling.


Sumber gambar: Hak milik penulis blog



Ummi Nurul


Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941