Wednesday 23 May 2018

Kanak-kanak muntah dan cirit berulangkali

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim

Muntah dan cirit-birit pada kanak-kanak memang membahayakan. Ini adalah perkongsian kejadian yang berlaku kepada kedua anakku. Melalui pembacaan, Ummi menjangkakan kedua-dua anak dijangkiti kuman rotavirus.

Apakah rotavirus?
Rotavirus adalah jangkitan kuman bakteria yang berlaku dalam sistem perncernaan yang akhirnya menyebabkan muntah serta cirit-birit.

Bagaimana ia boleh masuk ke sistem pencernaan?
Analoginya mungkin begini, anak saya bermain dan terpegang benda kotor. Tanpa membasuh tangan terlebih dahulu terus memegang makanan dan makan. Makanan yang telah dijangkiti kuman bakteria daripada tangan yang tidak dibersihkan tadi kemudiannya masuk ke dalam usus dan membiak. Ini menyebabkan berlakunya sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah. Apabila keadaan ini berterusan, ia menyebabkan dehidrasi dan boleh membawa maut.

Apakah symptom-simptom yang ditunjukan oleh anak-anak?
1. Muntah berulangkali
2. Cirit-birit dan najis yang tidak sihat (berbuih & busuk)
3. Demam

Simptom pertama yang ditunjukan oleh Yusuf adalah muntah. Ummi ingatkan dia ada terjatuh di pusat asuhan. Maka pemantauan di buat semalaman. Pada masa yang sama, suhu badannya makin panas. Maka Ummi diffuse Essential Oil Thives dan Purification daripada Young Living untuk menyokong sistem imun dan membersihkan udara disebabkan muntah tadi. Pada masa yang sama spray Thives di tempat lokasi dia muntah.

Nampak ketara memang dia lemah dan sangat dahaga. Jika sebelum ini hendak habiskan sebotol air masak pun susah. Ini bagi sebotol terus minum sampai habis. Ummi letakkan air zam zam dalam botol tersebut bagi membekalkan mineral dalam badan. Malam itu 4 kali Yusuf muntah dan 2 botol air zam zam 9oz ummi beri untuk dia minum setiap kali terjaga. Antara itu ummi juga kerapkannya menyusu badan.

Alhamdulillah keesokannya apabila bawa ke klinik untuk pemeriksaan, doktor hanya memaklumkan tiada apa-apa masalah sebab Yusuf sudah kembali aktif dan suhunya juga sudah turun. Dia juga tidak menunjukan tanda-tanda dehidrasi walaupun muntah dan cirit barkali-kali malam tadi, Doktor cuma menyarankan agar dia diberi sahaja makan makanan yang berkhasiat. Kalau dia muntah pun tidak mengapa sekurangnya 10-20% zat makanan tadi diserap dalam badan. 

Ummi suka dengan penerangan doktor tu sebab dia tidak sewenangnya memberikan ubat kepada Yusuf. Doktor tidak memberikan ubat tahan muntah kerana ia boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak. Maka haritu itu pertama kali berjumpa doktor tanpa dibekalkan sebarang ubåt. Umi hanya menyapu minyak essential Thives daripada Young Living pada tapak kaki Yusuf untuk menguatkan sistem immunnya. 

Selepas Yusuf, Muhammad pula kena Rotavirus ni. Disebabkan mereka berkongsi tempat tidur, maka semasa Yusuf muntah dia juga terkena tempiasnya. Kuman bakteria ini juga boleh merebak dalam udara. Sebab tu umi segera diffuse Purification pada malam itu. Muhammad juga umi lakukan perkara yang sama seperti Yusuf. Tetapi Muhammad agak sukar memberikan kerjasama untuk minum air kosong. Makanya ummi bekalkan dekat rumah buah tembikai dan air Kelapa. Siangnya pula ummi buat sup broth bone untuk membantu menguatkan imun sistem. Minyak essential Thives memang kerap kali umi sapukan pada tapak kaki Muhammad juga. Diffuser juga dipasang tanpa henti untuk membersihkan udara, mematikan kuman serta menyokong kesihatan badan dengan memperbaiki sel-sel badan ketika mereka berehat @ tidur.

Kejadian ini berlaku ketika Yusuf berusia 1 tahun 1 bulan dan Muhammad berusia 2 tahun 7 bulan. Rotavirus pada kanak-kanak memang bahaya dan boleh menyebabkan kematian disebabkan dehidrasi melampau. Sebab itu adanya vaksin kanak-kanak untuk mencegah jangkitan rotavirus ini. Tetapi  sebenarnya, apabila kanak-kanak telah sekali kena rotavirus, badannya telah membina sendiri antibodi @ pendinding untuk melawan rotavirus tersebut. Makanya apabila rotavirus menyerang lagi lain kali insyaAllah tidak akan seteruk kali pertama kena. Oleh itu, bagi kanak-kanak yang tidak mengambil vaksin rotavirus penting untuk memantau tahap kesihatannya pada kali pertama dijangkiti rotavirus kerana ia boleh menjadi kritikal jika dibiarkan dehidrasi dan tidak disokong dengan pemakanan yang boleh menaikkan sistem immunya. Apa-apa pun dapatkan konsultasi doktor sebelum mengambil sebarang tindakan.


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Thursday 15 March 2018

Cara menggunakan Magnesium Flakes

Bismillahirrahmanirrahim..

Bagaimana saya menggunakan magnesium flakes dan bagaimana saya memaksimakan penggunaan magnesium flakes?

Kebiasaannya saya akan mengambil secawan magnesium flakes dan titiskan minyak essential yang ingin digunakan mengikut keadaan.

Contohnya ketika saya membuat spa kaki setelah penat bersukan. Almaklumlah bila bersukan tu terpaksa berdiri dan berjemur lama di tengah Padang. Yang berlatih sebelum tu pun sudah sebulan di padangnya. Maka apabila hari kemuncak memang bertambah-tambah la maksima penggunaan kaki dan berpanasnya. Maka apabila balik sahaja daripada aktiviti sukan tersebut terus saya buat foot spa. Saya gunakan minyak essential daripada Young Living seperti:

1. Panaway : menyokong sistem otot yang banyak digunakan ketika beraktiviti
2. Fennel : menyokong melancarkan perjalanan darah
3. Peppermint : memberi kesegaran dan membantu menurunkan haba badan
4. Lavender : memberi ketenangan dan merehatkan

Saya titiskan 1 titis sahaja setiap minyak essential ini ke dalam magnesium flakes dan buat rendaman kaki selama 30 minit. Memang tertidur masa merendam kaki tu. Tapi apabila bangun terasa kembali bertenaga dan hilang sakit2 badan tadi. Kaki juga tiada rasa bengkak atau kebas akibat digunakan berlebihan. Memang saya syorkan rakan-rakan untuk lakukan ini jika melalui hari yang memenatkan atau 'hectic'. Minyak essential pula boleh pilih ikut keperluan badan masing-masing.

boleh tinggalkan komen @ WhatsApp saya 0194092941 untuk sebarang pertanyaan.



Ummi Muhammad & Yusuf
Fb: Nurul Khairun Naim
Fb Page: The Oil Lady @ DeOilLady


Cara menggunakan Magnesium Flakes

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Harini terpanggil untuk berkongsi tentang kesan penggunaan magnesium flakes bersama minyak essential. Tak sangka posting lama saya tentang magnesium flakes masih mendapat sambutan.

Saya sekarang boleh dikatakan pengguna tegar minyak essential. Saya memilih minyak essential Young Living yang telah terkenal dengan jaminan kualiti "seed to seal" nya. Dimana penjagaan kualiti daripada sekecil-kecil biji benih sehingga kepada proses penghasilan minyak dan pembotolannya. Telah banyak saya temui keajaiban benda alami ini dalam memperbaiki gaya hidup dan kesihatan saya sekeluarga. Apabila digandingkan dengan magnesium flake, maka hasilnya memang kebabom!

Bagaimana saya lakukannya?

Semua sedia maklum minyak tidak boleh bercampur dengan air. Jadi apakah medium yang boleh digunakan untuk mencampurkannya? Terdapat 2 cara yang bleh digunakan:

1. Gunakan Hazel Witch
2. Magnesium Flakes/ sebarang garam

Saya memilih Magnesium Flakes brand Elementz kerana telah diperakui ketulenan dan kelebihan kualiti magnesium yang dibekalkan. Kita pasti mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Maka apabila memilih apa2 brand pastikan anda memahami kandungannya terlebih dahulu.

Semakin ramai yang mencari dan menggunakan Magnezsium Flake dan Minyak Essential dalam kehidupan seharian. Pastikan apa yang anda dapat adalah yang terbaik supaya tidak memudaratkan kesihatan jika terguna bahan yang salah dan merbahaya.


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941