Thursday 15 March 2018

Cara menggunakan Magnesium Flakes

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Harini terpanggil untuk berkongsi tentang kesan penggunaan magnesium flakes bersama minyak essential. Tak sangka posting lama saya tentang magnesium flakes masih mendapat sambutan.

Saya sekarang boleh dikatakan pengguna tegar minyak essential. Saya memilih minyak essential Young Living yang telah terkenal dengan jaminan kualiti "seed to seal" nya. Dimana penjagaan kualiti daripada sekecil-kecil biji benih sehingga kepada proses penghasilan minyak dan pembotolannya. Telah banyak saya temui keajaiban benda alami ini dalam memperbaiki gaya hidup dan kesihatan saya sekeluarga. Apabila digandingkan dengan magnesium flake, maka hasilnya memang kebabom!

Bagaimana saya lakukannya?

Semua sedia maklum minyak tidak boleh bercampur dengan air. Jadi apakah medium yang boleh digunakan untuk mencampurkannya? Terdapat 2 cara yang bleh digunakan:

1. Gunakan Hazel Witch
2. Magnesium Flakes/ sebarang garam

Saya memilih Magnesium Flakes brand Elementz kerana telah diperakui ketulenan dan kelebihan kualiti magnesium yang dibekalkan. Kita pasti mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Maka apabila memilih apa2 brand pastikan anda memahami kandungannya terlebih dahulu.

Semakin ramai yang mencari dan menggunakan Magnezsium Flake dan Minyak Essential dalam kehidupan seharian. Pastikan apa yang anda dapat adalah yang terbaik supaya tidak memudaratkan kesihatan jika terguna bahan yang salah dan merbahaya.


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

No comments:

Post a Comment