Monday 21 October 2019

Cara mengawal batuk kanak-kanak

Teks: Nurul Khairun Nain

Pernah dengar Pertusis? Batuk Kokol? Batuk 100 hari?

Simptom semuanya hampir sama. Umi bukanlah dalam bidang perubatan untuk merungkai tentang perkara ini. Namun bila baca dan bertanya pada doktor, ibu yang berpengalaman, orang-orang tua semua menyatakan simptom dan perkara yang sama tentang ketiga-tiga ini. Mungkin ada lagi panggilan lain yang belum umi temui tentang penyakit ini.

Berdasarkan pengalaman umi pada 2018, anak-anak umi pernah mengalami batuk yang berpanjangan ini. Memang hampir 3 bulan atau lebih. Umi pun sudah ingat-ingat lupa tempoh masa tersebut. Seingat umi kejadian bermula semasa bulan puasa. Biasalah bulan puasa ini walaupun anak-anak tidak berpuasa, namun orang-orang sekelilingnya berpuasa. Maka ketika berbuka terdapat pelbagai juadah makanan yang dihidangkan. Ada yang di masak sendiri dan ada juga dibeli di bazar Ramadan. 

Kemudian bermulalah episod batuk adik beradik Muhammad dan Yusuf ini. Batuk yang berkahak. Pertama kali ke klinik Doktor Song hanya nyatakan batuk biasa, namun Yusuf perlu ambil 'nebulation' kerana pernafasannya agak terganggu. Dengan hanya melihat doktor ini dapat mengenal pasti masalah pada Yusuf. Umi bertanya juga, bagaimana cara doktor kenal pasti. Rupanya lihat cara dia bernafas. Jika ketika dia bernafas perutnya masuk ke dalam terlampau banyak, itu mungkin tanda pernafasannya ada gangguan. 

Setelah mendapatkan konsultasi doktor, mereka masih juga batuk berterusan seminggu lebih. Umi mengajak suami membawa anak-anak membuat rawatan sonotron pula. Sonotron ini dikatakan dapat membantu membuka liang pernafasan dan mengeluarkan kahak. Doktor Ahmad di pusat sonotron ini menyarankan agar umi menukar susu kanak-kanak ini. Ini kerana susu merupakan makanan penggalak kahak. Doktor menyarankan susu beras atau susu soya. Umi tidak menggemari susu soya kerana diketahui soya tidak bagus diambil berterusan tambahan pula untuk kanak-kanak lelaki. Maka umi memilih susu beras jenama Novarice. Novarice ini rasanya lebih tawar berbanding susu tepung lain. Tekstur dan bunya juga tidaklah sesedap susu tepung komersial lain. Umi mula-mula cuba dengan tin kecil sahaja dulu. Bila masuk tin kedua baru umi beli saiz besar.  Pada masa ini Muhammad dan Yusuf sudah mula kurang minta minum susu. Mereka lebih rela minum air kosong sahaja jika dahaga dan makan buah-buahan. Makanya umi perbanyakkan stok buah-buahan di rumah dan menyediakan makanan yang tinggi kalsium untuk topup semula kalsium yang diperoleh daripada susu.


Muhammad dan Yusuf masih juga batuk. Namun dalam keadaan terkawal. Kurang episod batuk sehingga nak muntah atau seperti terlekat/ tercekik makanan. Naluri ibu masih juga risau walaupun melihat anak-anak ini cergas dan aktif. Risau pula di jangkiti bronchitis / pneumonia. Sejak daripada awal Muhammad dan Yusuf batuk, umi telah menggunakan minyak essential Rc dan Raven untuk menyokong sistem pernafasan mereka. Minyak essential Thieves dan Frankinscence untuk menyokong sistem imun mereka. Minyak essential Lemon dan Lavender untuk menyokong mood dan memberi rasa tenang buat mereka. Minyak essential Tea Tree, Thyme, Eucaliptus juga umi pernah gunakan untuk sapu. Apa sahaja pembacaan yang umi jumpa berkaitan herba dan minyak essential umi cuba gunakan untuk Muhammad dan Yusuf. Risau jika batuk yang berlarutan membuatkan paru-paru dan jantung mereka lemah yang boleh menyebabkan penyakit lain pula.

Pernah dengar Magnesium Flakes / Oil? Umi memang gunakan Magnesium ini sejak beberapa tahun lalu sebagai booster kepada apa-apa supliment / makanan yang umi makan. Umi pernah kongsikan tentang cara menggunakan magnesium ini. Sedang umi melayar internet hendak dapatkan stok baru magnesium terjumpa pula sebuah klinik berdekatan sebagai stokis magnesium ini. Maka umi terus dapatkan temu janji dan bawa anak-anak berjumpa Doktor Aniza.

Masa jumpa doktor inilah baru umi tahu Muhammad alergi dengan penisilin. Ini kerana jari-jarinya mula mengelupas. Suami umi memang ada membawa Muhamaad dan Yusuf berjumpa Doktor Song kali kedua setelah batuknya tidak berkurang dan doktor memberikan ubat baru. Doktor Aniza juga memberitahu ada sesetengah situasi keadaan saraf pada hujung jari boleh mati dan mereput disebabkan alergi ini. Umi menceritakan perjalanan anak-anak ini berubat dan akhirnya doktor mencadangkan agar umi fokus pada pemakanan anak-anak. Sejam lebih juga doktor ini memberi konsultasi dekat umi. Memang puas hati. Antara yang disarankan:

1. Kurangkan gula
2. Tak perlu fokus pada susu tepung kerana ia penggalak kahak
3. Ambil buah pada kadar yang perlu kerana buah juga ada gula
4. Makanan lain juga perlu ambil kira index glisemix kerana ini faktor utama penyumbang radang perut
4. Banyakkan prebiotic dan probiotic. Rawat daripada usus.
5. Gunakan minyak essential (ini sebab umi tanya dulu)
6. Boleh cuba transfer factor 4life (umi tanya dulu sebab nampak botol ni dekat almari doktor. umi sudah cuba sebelum jumpa doktor, tapi pada botol umi ada tertulis maltodextrin, jadi doktor minta umi berhenti untuk clarify labelling tu)

Selepas jumpa doktor Aniza, apa yang umi buat adalah:

1. Kerapkan pengambilan broth bone
2. Ambil prebiotic dan probiotic. Sumber termudah adalah madu daripada Olive House
3. Tak perlu beri susu selagi anak-anak tak minta. Ubah kepada buah-buahan yang tinggi vitamin C.
4. Minum Ningxia Red daripada Young Living sebagai booster vitamin C. Isi dalam botol dan tambah air untuk diminum sepanjang hari. 
5. Gunakan minyak essential immupower daripada Young Living untuk menyokong sistem imun. (Buat sapu setiap hari seluruh badan)
6. Jaga pemakanan. Elakkan MSG, jajan, goodies dan lain-lain.
7. Kawasan persekitaran perlu sentiasa bersih


Beberapa minggu kemudian Yusuf dan Muhammad ikut tok ayah dan tok umi pulang ke kampung. Umi bekalkan juga minyak essential untuk sapu. Pada masa yang sama pesan juga apa yang boleh dan tak boleh pada tok ayah dan tok umi. Hampir sebulan juga mereka duduk kampung dan bermain di celah-celah sawa padi. Sedar-sedar batuk itu hilang dan sihat seperti sedia kala. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dengar anak-anak sudah kembali sihat. Alhamdulillah untuk penyembuhan yang diberikan. Pengalaman berharga buat umi sekeluarga.




1 comment:

  1. Do you realize there is a 12 word sentence you can say to your man... that will trigger intense emotions of love and impulsive attraction to you buried within his heart?

    Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, look after and care for you with all his heart...

    12 Words That Trigger A Man's Desire Impulse

    This impulse is so hardwired into a man's genetics that it will make him try harder than ever before to love and admire you.

    Matter-of-fact, fueling this powerful impulse is absolutely essential to having the best ever relationship with your man that the second you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will immediately find him open his soul and mind for you in a way he's never expressed before and he'll perceive you as the only woman in the universe who has ever truly understood him.

    ReplyDelete