Saturday 16 March 2019

Fokus dan tenang


Menjadi ibu bapa tidak lari daripada proses berlajar walaupun sudah mempunyai 3 cahaya mata. Semalam sekali lagi umi belajar tentang karakter anak2 dan tingkah laku mereka apabila umi gunakan minyak essential Cedarwood.
Cuaca yang panas dan terik mengundang banyak nyamuk di rumah. Makanya umi 
Diffuse minyak essential citronella. Disebabkan bau citronella ni agak kuat dan umi kurang gemar dengan baunya umi campurkan dengan minyak essential cedarwood yang lebih kekayuan baunya untuk menghasilkan bauan yang lebih stabil.


Cedarwood ini ada fungsi menenangkan dan membantu untuk fokus. Paling ketara umi dapat lihat perubahan tingkahlaku adalah pada Nuh yang baru berusia 57hari. Umi diffuse citronella dan cedarwood di ruang tamu. Nuh diletakkan dalam bilik. Hanya sesekali sahaja di bawa ke ruang tamu. Apa2 sahaja yang melibatkan bayi dan kanak2 ibu bapa perlu berjaga-jaga dan berhati-hati. Sebab itu saya letakkan Nuh jauh daripada diffuser.

Apa yang saya lihat pada Nuh dia kurang rutin tidur seperti biasa. Seolah-olah setiap kali tidur dia 'recharge' tenaganya. Nuh dilihat lebih 'alert' dengan kehadiran orang sekeliling dia. Lebih berminat untuk berinteraksi dan suka di bawa berjalan berbanding di letakkan di tempat baring. Kebiasaannya paling lama 30minit berjaga, kemudian minta susu dan terus tidur semula.
Tapi semalam betul2 berbeza. Lama dia berjaga 2-3 jam juga dia berjaga tanpa menangis atau merengek. Tapi dengan syarat jangan tinggalkan dia sorang2. Letaklah berdekatan abang-abang dia main atau dekat television supaya dia dengar suara kita.

Yusuf dan Muhammad juga walaupun sekejap sahaja tidur di siang hari nampak lebih tenang dan tidak banyak buat perangai. Kalau ikutkan bila tidak puas tidur siang,mereka akan merengek dan agak 'cranky'. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan semalam dengan bantuan minyak essential cedarwood.

Cedarwood ini didatangkan dalam botol saiz 15ml. RM 67.50 sebotol. Harga ahli RM51.50 sahaja. Kalau berminat nak tahu lanjut boleh hubungi umi +60194092941

Ummi umair
Cinta hati keluarga bahagia
Young Living Distributor

Sunday 3 March 2019

Pendaftaran murid tahun 1 2020/2021


Syarat - syaratnya
1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
.
2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my/
.
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.
.
4) Dokumen yang diperlukan
- sijil lahir anak (salinan + asal)
- kad pengenalan ibu bapa (salinan
- surat nikah / cerai (salinan + asal)
- bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- sampul surat standard dan setem
- laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
- semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
.
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera
.
TAG dan SHARE pada rakan yang bakal ada anak bersekolah pada tahun tersebut.
.
Sumber: https://t.me/riangriaceria
Medium perkongsian info dan kaedah pendidikan terkini.
.


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941