Monday 24 August 2015

Soft Structure Carrier

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah kita masih diberi nikmat bernafas dan menikmati keindahan dunia yang sementara ini oleh Nya. Brsyukur tidak terhingga dengan segala kegembiraan dan kebahagiaan yang diberikanNya sehingga kini.
Hari ini aku ingin bercerita tentang SSC atau nama penuhnya 'Soft Structure Carrier'. Nama mudahnya kain kendong. Sudah lama aku ingin memiliki SSC untuk Muhammad kecilku. Namun apabila melihat harganya, keinginan itu ditangguhkan dahulu. Mungkin rezekiku pada minggu lepas, tiba-tiba ada seorang ibu menaikkan gambar SSCnya di group whatsapp untuk dijual. Beliau ingin mencari dana untuk membeli 'carseat' anaknya. Beliau baru menggunakannya sekali. Terus aku menghubunginya dan bertanyakan harga. Aku terus bersetuju untuk membelinya. SSC itu merupakan handmade 'bigeyeshop'. Walaupun handmade tetapi begitu sukar untuk mendapatkan slot untuk menempahnya berikutan permintaan yang tinggi. SSC ini bercorak Sesame Street. Sangat comel. Aku akan kongsikan gambarnya nanti.
Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 19 August 2015

Little Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim..


Dua hari lepas ketika aku mengambil Muhammad di rumah pengasuh, dia memberitahu Muhammad sudah boleh meniarap. Alhamdulillah sungguh cepat perkembangan fizikal yang ditunjukan. Ini membuatkan aku mengiyakan kata-kata ibu yang tidak menyucuk vaksin kepada anak mereka. Ibu-ibu ini menyatakan anak mereka yang tidak divaksin lebih aktif dan cergas serta jarang sakit berbanding anak yang dicucuk vaksin. Muhammad hanya dicucuk ketika dilahirkan. Selepas itu aku tidak lagi membawanya kemana-mana klinik untuk dicucuk atau menjalani pemeriksaan. Aku bukanlah seorang ibu yang pro-unvaccine. Tetapi aku cuma ingin melewatkan sedikit menyucuknya. Tidak sanggup rasanya membiarkan bayi sebesar Muhammad dicucuk. Namun bukanlah sengaja mengelak dicucuk. Cumanya tiap kali mahu membawanya ke klinik ada sahaja perkara yang menghalang. 

Melalui pembacaan, kebanyakan ibu-ibu yang tidak memvaksin anak ini mengamalkan makanan sunnah dan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Aku juga mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatusauda sejak mengandungkan Muhammad lagi. Tidak dinafikan Muhammad sangat aktif dan sangat kuat kakinya. Antibodinya juga kuat. Ketika kanak-kanak lain batuk, demam dan selsema di rumah pengasuh, Muhammad tidak mengalaminya. Risau juga jika berjangkit ketika itu. Alhamdulillah Muhammad dipeliharaNya dan dijauhkan daripada penyakit tersebut. 

Jika difikirkan kembali nikmat sakit dan sihat semuanya daripada Allah. Jika kita beriya-iya mengambil vaksin itu dan ini tetapi jika Allah menghendakan kita untuk sakit, kita akan sakit juga. Oleh itu tidaklah aku tertekan jika tidak memvaksin Muhammad. Walaupun aku tidak ada pengalaman mempunyai anak sebelum ini, namun anak yang ada sekarang bukanlah untuk dieksperimen. Apapun sentiasa doa dan minta yang terbaik untuk anak dan kita sekeluarga. amiin


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady

Saturday 15 August 2015

Little Muhammad 3Month Old

Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah dengan nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Allah, aku dapat mengandung dan melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada 16 Mei 2015 yang lalu. Tiga kegembiraan yang aku dapat dalam sehari iaitu kelahiran cahaya mataku, sambutan hari guru serta Hari Israk Mikraj. Kelahiran bayiku adalah secara normal walaupun pada awalnya pelbagai andaian dibuat kerana bayiku sudah lewat lebih daripada satu minggu daripada tarikh dijangka bersalin.
Bayi syurga seberat 3.2kg ini diberi nama Muhammad Dhiya Umair bin Juhaidi. Bermula la tanggungjawabku sebagai seorang ibu pada detik tersebut. Muhammad seorang anak yang baik dan begitu mudah untuk dijaga. Sehingga hari ini Muhammad masih lagi menyusu badan denganku walaupun terpaksa disulam dengan susu tepung. Agak terkilan juga apabila diusia sekecil ini aku terpaksa memberikannya susu tepung berikutan tidak dapat menampung kehendaknya. Namun aku sentiasa positif dan cuba mencari penyelesaian terbaik untuknya. Insyaallah ada rezeki anakku nanti. Nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan?
Apabila membuat refleksi diri, aku merasakan faktor pengambilan minuman berais yang tidak dikawal telah menyebabkan air susuku kurang. Tambahan pula aku tidak mengepam langsung ketika diawal kelahiran Muhammad. ini mungkin menyebabkan kurangnya rangsangan menghisap dan susu badan tidak dapat dihasilkan dengan banyak. Banyak yang aku belajar daripada bacaan dan bertanya orang. Aku sentiasa positif bahawa satu hari nanti pasti akan berjaya menyusukan Muhammad sepenuhnya. Sekarang pun dia hanya minum susu botol 2-3 kali sahaja dalam sehari itu pun di rumah pengasuh. Selain itu sepenuhnya menyusu badan denganku. Aku sentiasa berdoa agar air susuku semakin banyak dan dapat membuat stok susu Muhammad ketika dia di rumah pengasuh. Ada sesiapa nak promote milkbooster??


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941