Wednesday, 19 August 2015

Little Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim..


Dua hari lepas ketika aku mengambil Muhammad di rumah pengasuh, dia memberitahu Muhammad sudah boleh meniarap. Alhamdulillah sungguh cepat perkembangan fizikal yang ditunjukan. Ini membuatkan aku mengiyakan kata-kata ibu yang tidak menyucuk vaksin kepada anak mereka. Ibu-ibu ini menyatakan anak mereka yang tidak divaksin lebih aktif dan cergas serta jarang sakit berbanding anak yang dicucuk vaksin. Muhammad hanya dicucuk ketika dilahirkan. Selepas itu aku tidak lagi membawanya kemana-mana klinik untuk dicucuk atau menjalani pemeriksaan. Aku bukanlah seorang ibu yang pro-unvaccine. Tetapi aku cuma ingin melewatkan sedikit menyucuknya. Tidak sanggup rasanya membiarkan bayi sebesar Muhammad dicucuk. Namun bukanlah sengaja mengelak dicucuk. Cumanya tiap kali mahu membawanya ke klinik ada sahaja perkara yang menghalang. 

Melalui pembacaan, kebanyakan ibu-ibu yang tidak memvaksin anak ini mengamalkan makanan sunnah dan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Aku juga mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatusauda sejak mengandungkan Muhammad lagi. Tidak dinafikan Muhammad sangat aktif dan sangat kuat kakinya. Antibodinya juga kuat. Ketika kanak-kanak lain batuk, demam dan selsema di rumah pengasuh, Muhammad tidak mengalaminya. Risau juga jika berjangkit ketika itu. Alhamdulillah Muhammad dipeliharaNya dan dijauhkan daripada penyakit tersebut. 

Jika difikirkan kembali nikmat sakit dan sihat semuanya daripada Allah. Jika kita beriya-iya mengambil vaksin itu dan ini tetapi jika Allah menghendakan kita untuk sakit, kita akan sakit juga. Oleh itu tidaklah aku tertekan jika tidak memvaksin Muhammad. Walaupun aku tidak ada pengalaman mempunyai anak sebelum ini, namun anak yang ada sekarang bukanlah untuk dieksperimen. Apapun sentiasa doa dan minta yang terbaik untuk anak dan kita sekeluarga. amiin


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady

No comments:

Post a Comment