Tuesday 20 October 2015

Freemie Cup

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati segala nikmatNya. Harini aku ingin berkongsi tentang penggunaan ‘Breast Pump’. Breast Pump merupakan alat bantuan untuk mengepam susu. Ia ada dua jenis sama ada pump manual ataupun elektrik. Bagi yang pandai menggunakan cara traditional, marmet sudah memadai untuk mengeluarkan susu daripada badan.

Terdapat pelbagai jenama ‘Breast Pump’ dipasaran. Ini menunjukan ramai ibu yang semakin sedar tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan penggunaan ‘Breast Pump’ untuk menyimpan stok susu. Ini menyebabkan permintaan breast pump makin tinggi. Aku juga tidak terkecuali mendapatkan breast pump untuk kegunaanku sendiri. Aku memilih untuk menggunakan Autumn Passion. Iaitu sebuah Breast Pump elektrik yang boleh mengepam kedua belah breast dalam satu masa. Aku tidak melakukan pembacaan sangat tentang penggunaan pump ini. Ini kerana aku membeli mengikut saranan rakan. Pump ini bagus namun agak leceh untuk digunakan kerana terdapat begitu banyak bahagian-bahagiannya. Setelah beberapa bulan menggunakannya aku merasakan agak malas untuk memasang dan menggunakannya disebabkan bahagian-bahagian (compartment) yang banyak itu.

Rasanya aku memerlukan pump yang baru bagi meningkatkan kembali motivasi untuk mengepam dan menyusukan Muhammad secara exklusive. Aku memerlukan sebuah pam yang ‘freehand’ maksudnya yang aku tidak perlu memegang botol ketika sesi memerah dan motor pump yang kecil supaya mudah dibawa kemana-mana. Ada rakan mengesyorkan Madela Freestyle. Dia juga menawarkan untuk mencuba pumpnya terlebih dahulu. Setelah mencuba, Madela freestyle memang pump yang dicari-cari dan sesuai untukku. Madela dilengkapi dengan build in bateri. Maka lebih mudah dibawa kemana-mana tanpa perlu disambungkan pada elektrik atau ‘power bank’. Namun harganya yang mahal hampir mencecah 2k membuatkan ku cuba memilih alternatif lain memandangkan aku telah mempunyai Autumn Passion. Terasa rugi pula jika tidak digunakan.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk mencuba Freemie Cup yang akan disambungkan dengan Autumn Passion ku. Fungsinya akan menjadi seperti Madela Freestyle. Cumanya ia masih memerlukan cas elektrik ataupun ‘Power bank’ untuk mengoperasikannya. Cumanya aku tidak perlu lagi memegang botol semasa sesi memerah. Cup ini hanya perlu dimasukkan ke dalam bra dan sambung terus kepada pump melalui tiub. Tak sabarnya mahu menunggu Freemie tiba. Nanti akan aku ceritakan pula pengalaman menggunakan Freemie ni ya.. Semoga membantu ibu-ibu yang sedang mencari breast pump elektrik yang bajetnya sederhana dan tak mahu memegang botol seperti kebiasaan.



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941


Thursday 8 October 2015

Penggunaan ‘Walker’

Bismillahirrahmanirrahim


bismillahirrahmanirahim....

Ibu-ibu mesti tahu bila disebut walker. Apakah walker? Ia juga disebut sebagai kereta sorong. Kanak-kanak yang belum boleh berjalan biasanya akan diletakkan di dalam walker bagi memudahkan kanak-kanak tersebut bergerak. Namun begitu ada pendapat yang menyatakan kanak-kanak tidak elok diletak dalam walker. Ia akan mengganggu proses perkembangannya.

Namun pada pendapat saya, ia bergantung kepada bagaimana penggunaan kita dengan walker tu. Dalam situasi saya, Muhammad hanya diletakkan dalam walker seketika sahaja terutamanya ketika saya tinggal berdua sahaja dengannya di rumah. Jika suami atau terdapat orang lain di rumah, saya hanya membiarkan sahaja dia di bawah. Penggunaan walker ini agak membantu saya dalam menyelesaikan urusan-urusan seharian. 

Muhammad seorang anak yang ceria dan peramah. Dia gemar menegur orang-orang yang dilihat sekitarnya. Saya beranggapan disebabkan faktor inilah dia tidak mahu ditinggalkan bersendirian. Muhammad akan menangis jika saya meletakkannya di bawah dan kemudian berjalan ke arah lain tanpa membawanya bersama. Hatta jika solat sekalipun tidak boleh ditinggalkan lama. Mesti kena segera menegur dan memanggilnya. Apabila menggunakan walker, dapatlah saya bergerak kesana-sini seketika apabila Muhammad leka dengan mainannya. Dapatlah mandi dan mengemas rumah serba sedikit. Kemudian kembalilah bermain dengannya di bawah. Situasi ini mungkin berbeza jika dia mempunyai adik beradik lain yang boleh di ajak bermain dengannya. Namun diingatkan, pastikan persekitaran tempat tersebut selamat dan elakkan wayar atau kain yang berjuntaian. Kanak-kanak amat gemar untuk capai barang-barang sebegini. Faktor keselamatan perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, setiap mainan atau peralatan yang kita gunakan dengan anak-anak perlulah mempunyai tujuan tertentu. Janganlah gunakan peralatan itu sebagai alat untuk menyenangkan diri daripada melayan kerenah anak-anak. Hargailah setiap detik bersamanya. 


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 7 October 2015

Buku Mini Huruf dan Abjad

teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini nak saya hendak berkongsi sedikit tentang website www.themeasuredmom.com. Saya rasa website ini sangat menarik dan banyak bahan-bahan pembelajaran yang sangat membantu saya merancang pembelajaran untuk murid-murid khas saya di samping pembelajaran anakanda Muhammad yang dikasihi. 

Saya sedang mencetak buku mini huruf-huruf abjad untuk kegunaan dikelas dan juga untuk digunakan bersama Muhammad. Semoga website ini memberi manfaat untuk semua.



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Tuesday 6 October 2015

Fonik vs Kad Perkataan (whole word)

teks: Nurul Khairun Naim

Pada masa kini terdapat banyak kaedah untuk mengajar anak membaca. Kaedah yang sering diperkatakan adalah fonik dan ‘whole word’. Kedua-dua kaedah ini telah terbukti keberkesanannya di mana ramai kanak-kanak telah berjaya untuk menguasai kemahiran membaca seawal usia 2 tahun. Namun yang manakah pilihan kita? Yang manakah pilihan anda? Kaedah manakah yang bersesuaian dengan anak anda?

Di Malaysia kebanyakan buku dan kelas membaca yang diwujudkan menggunakan kaedah fonik dalam pengajaran. Tidak dinafikan kaedah fonik memang menarik dengan mempelkenalkan bunyi huruf semasa aktiviti membaca. Kaedah ‘whole word’ juga menarik kerana ia mempelkenalkan terus satu-satu perkataan melalui penggunaan ‘flash card’. Melalui penggunaan ‘flash card’ yang betul, ia dapat meningkatkan diskriminasi murid terhadap huruf serta fokus kanak-kanak dalam suatu sesi membaca.



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Monday 5 October 2015

Kaedah ‘Whole Words’

Bismillahirrahmanirrahim


Semasa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana, saya ada membuat kajian tentang kaedah ‘whole words’ kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kanak-kanak ini sering melakukan kesalahan dalam ejaan. Mereka mengalami kekeliruan antara huruf-huruf yang hampir sama ejaan. Jadi saya menggunakan kaedah ‘whole words’ sebagai latih tubi mengeja kepada kanak-kanak ini. Latih tubi ini dilakukan menggunakan buku aktiviti dan bukannya ‘flash card’ sebagaimana kebiasaan kaedah ini dilaksanakan.

Saya telah mewujudkan dua buah modul yang merangkumi kata kerja Bahasa Inggeris. Aktiviti ini mengulang-ulang kata kerja tersebut beberapa kali dalam setiap modul. Dapatan daripada kajian ini menunjukan peningkatan dalam penguasaan ejaan dikalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kanak-kanak ini mempunyai daya pendengaran yang sangat lemah dan sesetengahnya dikategorikan sebagai pekak. Mereka hanya bergantung kepada daya penglihatan dan isyarat tangan semata untuk mengingat dan mengeja perkataan tersebut.



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Monday 24 August 2015

Soft Structure Carrier

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah kita masih diberi nikmat bernafas dan menikmati keindahan dunia yang sementara ini oleh Nya. Brsyukur tidak terhingga dengan segala kegembiraan dan kebahagiaan yang diberikanNya sehingga kini.
Hari ini aku ingin bercerita tentang SSC atau nama penuhnya 'Soft Structure Carrier'. Nama mudahnya kain kendong. Sudah lama aku ingin memiliki SSC untuk Muhammad kecilku. Namun apabila melihat harganya, keinginan itu ditangguhkan dahulu. Mungkin rezekiku pada minggu lepas, tiba-tiba ada seorang ibu menaikkan gambar SSCnya di group whatsapp untuk dijual. Beliau ingin mencari dana untuk membeli 'carseat' anaknya. Beliau baru menggunakannya sekali. Terus aku menghubunginya dan bertanyakan harga. Aku terus bersetuju untuk membelinya. SSC itu merupakan handmade 'bigeyeshop'. Walaupun handmade tetapi begitu sukar untuk mendapatkan slot untuk menempahnya berikutan permintaan yang tinggi. SSC ini bercorak Sesame Street. Sangat comel. Aku akan kongsikan gambarnya nanti.
Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 19 August 2015

Little Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim..


Dua hari lepas ketika aku mengambil Muhammad di rumah pengasuh, dia memberitahu Muhammad sudah boleh meniarap. Alhamdulillah sungguh cepat perkembangan fizikal yang ditunjukan. Ini membuatkan aku mengiyakan kata-kata ibu yang tidak menyucuk vaksin kepada anak mereka. Ibu-ibu ini menyatakan anak mereka yang tidak divaksin lebih aktif dan cergas serta jarang sakit berbanding anak yang dicucuk vaksin. Muhammad hanya dicucuk ketika dilahirkan. Selepas itu aku tidak lagi membawanya kemana-mana klinik untuk dicucuk atau menjalani pemeriksaan. Aku bukanlah seorang ibu yang pro-unvaccine. Tetapi aku cuma ingin melewatkan sedikit menyucuknya. Tidak sanggup rasanya membiarkan bayi sebesar Muhammad dicucuk. Namun bukanlah sengaja mengelak dicucuk. Cumanya tiap kali mahu membawanya ke klinik ada sahaja perkara yang menghalang. 

Melalui pembacaan, kebanyakan ibu-ibu yang tidak memvaksin anak ini mengamalkan makanan sunnah dan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Aku juga mengamalkan makanan sunnah seperti madu dan habbatusauda sejak mengandungkan Muhammad lagi. Tidak dinafikan Muhammad sangat aktif dan sangat kuat kakinya. Antibodinya juga kuat. Ketika kanak-kanak lain batuk, demam dan selsema di rumah pengasuh, Muhammad tidak mengalaminya. Risau juga jika berjangkit ketika itu. Alhamdulillah Muhammad dipeliharaNya dan dijauhkan daripada penyakit tersebut. 

Jika difikirkan kembali nikmat sakit dan sihat semuanya daripada Allah. Jika kita beriya-iya mengambil vaksin itu dan ini tetapi jika Allah menghendakan kita untuk sakit, kita akan sakit juga. Oleh itu tidaklah aku tertekan jika tidak memvaksin Muhammad. Walaupun aku tidak ada pengalaman mempunyai anak sebelum ini, namun anak yang ada sekarang bukanlah untuk dieksperimen. Apapun sentiasa doa dan minta yang terbaik untuk anak dan kita sekeluarga. amiin


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady

Saturday 15 August 2015

Little Muhammad 3Month Old

Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah dengan nikmat dan rahmat yang diberikan oleh Allah, aku dapat mengandung dan melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada 16 Mei 2015 yang lalu. Tiga kegembiraan yang aku dapat dalam sehari iaitu kelahiran cahaya mataku, sambutan hari guru serta Hari Israk Mikraj. Kelahiran bayiku adalah secara normal walaupun pada awalnya pelbagai andaian dibuat kerana bayiku sudah lewat lebih daripada satu minggu daripada tarikh dijangka bersalin.
Bayi syurga seberat 3.2kg ini diberi nama Muhammad Dhiya Umair bin Juhaidi. Bermula la tanggungjawabku sebagai seorang ibu pada detik tersebut. Muhammad seorang anak yang baik dan begitu mudah untuk dijaga. Sehingga hari ini Muhammad masih lagi menyusu badan denganku walaupun terpaksa disulam dengan susu tepung. Agak terkilan juga apabila diusia sekecil ini aku terpaksa memberikannya susu tepung berikutan tidak dapat menampung kehendaknya. Namun aku sentiasa positif dan cuba mencari penyelesaian terbaik untuknya. Insyaallah ada rezeki anakku nanti. Nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan?
Apabila membuat refleksi diri, aku merasakan faktor pengambilan minuman berais yang tidak dikawal telah menyebabkan air susuku kurang. Tambahan pula aku tidak mengepam langsung ketika diawal kelahiran Muhammad. ini mungkin menyebabkan kurangnya rangsangan menghisap dan susu badan tidak dapat dihasilkan dengan banyak. Banyak yang aku belajar daripada bacaan dan bertanya orang. Aku sentiasa positif bahawa satu hari nanti pasti akan berjaya menyusukan Muhammad sepenuhnya. Sekarang pun dia hanya minum susu botol 2-3 kali sahaja dalam sehari itu pun di rumah pengasuh. Selain itu sepenuhnya menyusu badan denganku. Aku sentiasa berdoa agar air susuku semakin banyak dan dapat membuat stok susu Muhammad ketika dia di rumah pengasuh. Ada sesiapa nak promote milkbooster??


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941