Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati segala nikmatNya. Harini aku ingin berkongsi tentang penggunaan ‘Breast Pump’. Breast Pump merupakan alat bantuan untuk mengepam susu. Ia ada dua jenis sama ada pump manual ataupun elektrik. Bagi yang pandai menggunakan cara traditional, marmet sudah memadai untuk mengeluarkan susu daripada badan.
Terdapat pelbagai jenama ‘Breast Pump’ dipasaran. Ini menunjukan ramai ibu yang semakin sedar tentang kebaikan penyusuan susu ibu dan penggunaan ‘Breast Pump’ untuk menyimpan stok susu. Ini menyebabkan permintaan breast pump makin tinggi. Aku juga tidak terkecuali mendapatkan breast pump untuk kegunaanku sendiri. Aku memilih untuk menggunakan Autumn Passion. Iaitu sebuah Breast Pump elektrik yang boleh mengepam kedua belah breast dalam satu masa. Aku tidak melakukan pembacaan sangat tentang penggunaan pump ini. Ini kerana aku membeli mengikut saranan rakan. Pump ini bagus namun agak leceh untuk digunakan kerana terdapat begitu banyak bahagian-bahagiannya. Setelah beberapa bulan menggunakannya aku merasakan agak malas untuk memasang dan menggunakannya disebabkan bahagian-bahagian (compartment) yang banyak itu.
Rasanya aku memerlukan pump yang baru bagi meningkatkan kembali motivasi untuk mengepam dan menyusukan Muhammad secara exklusive. Aku memerlukan sebuah pam yang ‘freehand’ maksudnya yang aku tidak perlu memegang botol ketika sesi memerah dan motor pump yang kecil supaya mudah dibawa kemana-mana. Ada rakan mengesyorkan Madela Freestyle. Dia juga menawarkan untuk mencuba pumpnya terlebih dahulu. Setelah mencuba, Madela freestyle memang pump yang dicari-cari dan sesuai untukku. Madela dilengkapi dengan build in bateri. Maka lebih mudah dibawa kemana-mana tanpa perlu disambungkan pada elektrik atau ‘power bank’. Namun harganya yang mahal hampir mencecah 2k membuatkan ku cuba memilih alternatif lain memandangkan aku telah mempunyai Autumn Passion. Terasa rugi pula jika tidak digunakan.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk mencuba Freemie Cup yang akan disambungkan dengan Autumn Passion ku. Fungsinya akan menjadi seperti Madela Freestyle. Cumanya ia masih memerlukan cas elektrik ataupun ‘Power bank’ untuk mengoperasikannya. Cumanya aku tidak perlu lagi memegang botol semasa sesi memerah. Cup ini hanya perlu dimasukkan ke dalam bra dan sambung terus kepada pump melalui tiub. Tak sabarnya mahu menunggu Freemie tiba. Nanti akan aku ceritakan pula pengalaman menggunakan Freemie ni ya.. Semoga membantu ibu-ibu yang sedang mencari breast pump elektrik yang bajetnya sederhana dan tak mahu memegang botol seperti kebiasaan.
Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941
Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941
No comments:
Post a Comment