Wednesday 15 April 2020

Merancang Fokus Pembelajaran Anak

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada post sebelum ini saya ada berkongsi tentang rancangan pembelajaran individu. Bagaimana hendak merancang pembelajaran ini?


Fokus subjek boleh lihat pada senarai subjek yang diajar di tadika anak masing-masing. Jika anak sudah bersekolah boleh lihat pada buku teks yang dibekalkan. 

Tema dan aktiviti pula boleh lihat dalam buku aktiviti anak-anak. Boleh juga download Kurikulum Tadika Kebangsaan sebagai rujukan. Saya boleh cadangkan buku tulisan Dr. Mahani Razali. Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada UPSI.

Bagi fokus kemahiran, kebiasaannya ia berkait rapat dengan tema dan aktiviti yang dipilih. Boleh juga dispesifikkan pada kemahiran tertentu jika anak menunjukan kelewatan yang KETARA. Kelewatan yang ketara ini maksudnya perkembangan anak tidak sama dengan kanak-kanak seusia. Perkembangan anak-anak ini ada cepat dan ada lambat. Jika terlalu lambat boleh bawa anak untuk dapatkan rawatan lanjut dengan pakar kanak-kanak. Mungkin ada isu kesihatan lain yang mempengaruhi kelewatan perkembangan tersebut.

Bahagian dan catatan ini senaraikan sumber-sumber rujukan, pakar, individu method dan lain-lain yang menjadi pegangan anda dalam mendidik anak.

Saya mengamalkan leasure parenting. Tahun ini Muhammad akan berumur 5 tahun pada 16 Mei nanti. Sudah masanya untuk saya memasukkan unsur-unsur akademik sedikit dalam aktiviti sehariannya namun membaca masih keutamaan selagi dia belum bersedia. Saya dan suami sepakat untuk mempelkenalkan konsep nombor dan hijaiyah dahulu kepada Muhammad. 

Pemilihan tema masih tiada yang spesifik kerana kami suka anak yang mengetuai proses tersebut. Pemilihan aktiviti lebih kepada 20% berstruktur dan 80% tidak berstruktur. Tiada fokus kepada kemahiran tertentu kerana kami memilih method bermain dan lifeschooling. Makanya setiap skill akan digabungkan ketika proses bermain dan aktiviti harian. Semuanya merentas tema, aktiviti dan kemahiran.

Kenapa kami memilih cara ini? Ia memberi lebih fleksibiliti kepada kami untuk mendidik anak-anak ini. Pada masa yang sama proses untuk merancang aktiviti boleh dipendekkan dan tidak terlalu terikat. Kunci utama di sini adalah FLEKSIBILITI yang ada. Kita perlu mengambil tahu tentang perubahan mood, emosi, kesediaan, mental, keupayaan dll apabila hendak memulakan sesuatu proses pembelajaran bersama anak-anak. Masa juga kami tidak spesifikkan pada waktu tertentu kerana mendidik adalah satu proses yang berterusan. Pentingkan proses dan 'bonding time'. 

Saya bagi contoh bagaimana Muhammad dan Yusuf belajar mengenal warna. Ia banyak berlaku dalam perbualan sahaja. 

"Muhammad, tolong umi ambilkan baju warna biru tu".
"Bola biru mana Yusuf?."

"Kenapa kereta tak gerak?"
 "Lampu isyarat tu belum hijau."

dan yang menakjubkan, bila anak-anak ini hendak meminta barang diorang akan terbiasa memberi jawapan yang spesifik. Terutama Yusuf.

"Yusuf nak kereta mana?"
"Yusuf nak kereta warna pink. Kereta biru Muhammad punya."

Anak-anak ini dapat mengenal dan mengecam tentang warna tanpa mereka sedar pun mereka belajar tentang warna. Sebab itu kami sepakat untuk meneruskan cara begini dalam mendidik mereka. Namun begitu semua terletak pada keupayaan dan fokus keluarga masing-masing dalam menentukan cara didikan terbaik untuk anak-anak. 

p/s: pdf rancangan pembelajaran individu ini saya ada kongsikan dalam group telegram ini.
http://t.me/santaiparentingdanlifeschooling


Nurul Khairun Naim
sedekad bersama anak istimewa
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: Nurul Khairun Naim

Tuesday 14 April 2020

8 Langkah Buat Duit Tanpa Modal & Tanpa Risiko

Bismillahirrahmanirrahim...


PENJUAL SYOK SENDIRI!

1. Tunggu idea bertahun-tahun. Sangkut.

2. Dah ada produk, orang tak beli. Sangkut lagi. 

3. Sedar diri: Kita je obses sangat dengan idea produk kita. 

4. PELANGGAN sikit pun tak peduli pasal produk kita. 

5. Mereka hanya kisah HASIL yang mereka nak dapat. 

6. Kalau mereka tahu boleh dapat HASIL, mereka tak kisah pun apa JALAN-nya. Asalkan mereka percaya dengan jalan itu boleh bawa hasil. 

7. Kalau kita menjual produk tapi kita tak tahu siapa PELANGGAN & kita tak tahu apa HASIL yang mereka nak... alamatnya, memang orang tak beli apa kita jual.

--

Nak belajar 8 langkah untuk mula projek buat duit tanpa modal & tanpa risiko walaupun kita takde idea apa nak jual?

Klik link di bawah.

Copy & paste skrip ini di komen pertama

Picit SINI untuk baca:
👉🏻 https://brc.my/431-mdk-456/hai/925


Silakan share kepada kawan-kawan.

Bekerja Dari Rumah



Bismillahirrahmanirrahim


Bayangkan, punya la banyak masa kita jimat bila duduk di rumah musim lockdown ni.
 Tak payah kena hadap jammed travel pergi tempat kerja
 Tak payah nak bersiap-siap, gosok baju nak pergi kerja
 Tak payah kena hantar anak ke sekolah
Tapi kerja, tak juga siap-siap.
Seharian tak nampak apa benda yang kita buat!
.
.
Haa panduan ni mungkin boleh bantu.
Dah lebih 1,000 orang download untuk merancang kerja supaya boleh siap banyak walaupun buat kat rumah!
Bukan kena bayar pun.
Download, baca dan boleh terus buat.
Link download di bawah.
👇🏻👇🏻

https://brc.my/duduk-rumah-kerja-siap/hai/925