Thursday 9 April 2020

Rancangan Pembelajaran Individu (RPI)

Teks: Nurul Khairun Naim

Sejak melalui Program Kawalan Pergerakan (PKP) saya melihat ramai ibu bapa yang mula berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak. Tidak terkecuali promosi bahan-bahan bantu belajar yang hangat di pasaran. Namun bagaimana untuk menjadikan aktiviti tersebut lebih bermakna dan bukan seronok sendiri?

Saya masih berpegang kepada kepentingan 'self direct learning'. Dimana kepentingan ilmu berbanding belajar untuk peperiksaan. Yang mana lebih penting? kemahiran akademik atau kemahiran kognitif? Pengalaman bersama anak-anak istimewa lebih sedekat melihat walaupun kemahiran kognitif tinggi namun apabila kemahiran akademik yang diambil kira, kepandaian mereka tidak diiktiraf. Hanya yang mengenali mereka kenal bagaimana. Mahukah kita menyekat perkembangan dan kepintaran kognitif anak-anak hanya disebabkan kemahiran akademik yang dikejar? 

Bagaimana untuk menyokong perkembangan kognitif ini? Biarkan anak-anak bermain dan meneroka. 90% kemahiran kognitif dibina sebelum usia 6 tahun. Ada sesetengah memanggilnya EQ. 10% lagi akan berkembang setelah kanak-kanak usia 6 tahun ke atas. 

90% kemahiran kognitif kanak-kanak yang terbentuk bawah 6 tahun.
Namun begitu, tidak dinafikan ada pelbagai cara keibubapaan yang boleh digunakan. Ambil peluang untuk tahu setiap perkembangan anak-anak dan apa sebenarnya yang diperlukan. Fokus pada keperluan emosi. Perkembangan IQ dan academic akan datang kemudian. Bersama ini saya kongsikan borang merancang pembelajaran individu di rumah. 


Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sering kali di gunakan bagi merancang fokus pengajaran dan pembelajaran anak-anak istimewa di sekolah. Saya ubahsuai sedikit supaya bersesuaian dengan ibu bapa yang baru ingin merancang pembelajaran anak-anak di rumah. Ia juga sesuai digunakan oleh anak-anak tipikal. Boleh download di http://t.me/santaiparentingdanlifeschooling.

Saya akan kongsikan dalam entry selanjutnya.



Nurul Khairun Naim 
Sedekad bersama anak-anak istimewa
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: Nurul Khairun Naim


No comments:

Post a Comment