Wednesday 3 July 2019

Bahagia v/s sengsara

Teks: Nurul Khairun Naim

Julai 2019 genap tiga bulan umi bergelar SAHM (stay at home mom). Bahasa mudahnya suri rumah sepenuh masa. Bahagiakah menjadi suri rumah? Kerja yang tidak pernah habis, rakan berbual pun tiada, gaji tiada, nak keluar pun terpaksa angkut askar-askar, tiada masa bersendirian, tiada privacy dan lain-lain lagi.

Bahagia kah?

Jika bahagia itu diukur dengan mata kasar memang orang kata umi tak bahagia. Kalau tanya umi, memang umi jawab bahagia. Bahagia sangat. Bahagia pada umi mungkin tak sama dengan definisi bahagia orang lain. Bahagia bukan pada wang ringgit. Tapi pada hati.

Bagaimana untuk bahagia?

Banyakkan bersyukur dengan sekecil-kecil benda. Bersyukur mampu menghadirkan bahagia dan meningkatkan ketaqwaan. Jika terasa sukar, carilah orang yang rapat dan berada berhampiran, berbicaralah. Luahkan apa terbuku. Jika malu dan sukar juga untuk meluahkan Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap bicaramu.


Umi Nurul
+60194092941
nurulkhairunnaim1146@gmail.com

No comments:

Post a Comment