Saturday 20 July 2019

Playroom / Bilik bermain

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: koleksi persendirian


Beberapa bulan lalu umi buat keputusan untuk menempatkan kesemua mainan dan buku dalam bilik. Tujuannya adalah untuk mewujudkan 'the sense of belongings' kepada Muhammad dan Yusuf. Sebelum ini buku dan mainan diletakkan di ruang tamu. Kerana umi merasakan mereka memerlukan ruang yang luas untuk bereksplorasi. Tapi umi yang stress bila seluas-luas ruang tamu digunakan sepenuhnya oleh dua beradik ini.

Makanya umi pindah semua masuk bilik dan jadikan bilik ni playroom @ bedroom dua beradik ni. Sengaja umi letak rak buku bersebelahan rak mainan. Sambil bermain umi boleh bacakan buku. 



Sekarang Muhammad wujudkan pula satu ruang untuk dia berbaring & bermain di antara rak buku dan rak mainan tersebut. Dah jadi macam small camp site pula. Percaya atau tidak, diorang akan habiskan masa berjam-jam bermain dan membaca di sini. Lebih padat dan compact satu2 ruang, lebih pandai dua beradik ini memilih, menyusun dan menggunakan ruang yang ada.  


Sekarang umi sedang memikirkan cara nak buat toy rotation. Seronok tengok team Montessori luar negara update dekat Instagram playroom masing2. Mainan yang ada sudah tinggal sikit sebab dah declutter raya haritu. Tinggal yang betul2 dua beradik ni hendak main sahaja. Berkenan sungguh umi dengan Grimms & Way To Play. Ada geng tak? Tapi kena mahir toy rotation dulu. Baru boleh beli toys baru.


Ummi Nurul
Whatsapp: +60194092941
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim@ theoillady





No comments:

Post a Comment