Sunday, 26 March 2017

Cuti Menyusukan Anak (CMA)

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar berkongsi rasa. Merupakan satu kelegaan akhirnya aku menyambung cuti menyusukan anak selama tiga bulan lagi. Tidak tergambar perasaan ini.

Sejak berkeluarga dan mempunyai anak rasanya dah lama aku tak mencabar diri sendiri. Sampaikan cita-citaku sejak kecil yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara sanggup aku korbankan. Sejak berkeluarga perasaan takut itu datang tiba-tiba. Aku takut andai tidak mampu menangani isu keluarga apabila berada di perantauan. Jika aku berseorangan lain perasaannya. Redah! itu yang sering ku pegang. Andai tidak menjadi tak mengapa. ia akan menjadi satu pengajaran untuk aku. Akan tetapi untuk redah bersama anak-anak, belum berani aku lakukan. Pelbagai kebimbangan bermain di minda.

Selama ini aku sedar, aku berada di zon selesa. Aku merasakan kebergantunganku pada yang Esa tidak sekuat mereka yang bukan zon selesa dan makan gaji macam aku. Aku perlu lakukan sesuatu. Bercuti tanpa gaji? itulah yang aku lakukan. Pada ketika suami masih belum berpendapatan tetap? Ya..aku perlu mengorak langkah. Bagaimana harus aku langsaikan hutang2ku? Yakin bahawa rezeki dan kebahagiannya daripadaNya. InsyaAllah pasti ada caranya..

Yakin.. yakin dan yakin...