Saturday 13 August 2016

Sup Labu - pumpkin soup

Kredit: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini aku kongsikan resepi yang aku buat utk little Muhammad. Kebelakangan ini dia sudah mula mahu makan sendiri. Jadi aku bercadang buatkan sup yang agak pekat dan cicah dengan biskut wholemeal keras. Mudah sahaja cara membuatnya.

Bahan-bahannya:

1. Buah labu 1/4
2. Bawang Merah
3. Bawang Putih
4. Chia Seed
5. Biskut keras / roti gardenia yang dibakar semula

Cara-caranya:

1. Rebus buah labu bersama bawang merah dan bawang putih yang dihiris.
2. Apabila telah lembut, kisarkan dalam blander.
3. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Saya gunakan gula tebu organik dan garam bukit.
4. Taburkan sedikit Chia Seed.
5. Sedia untuk dihidangkan

Little Muhammad pada mulanya agak janggal disuap dengan biskut yang dicicah. Namun akhirnya duduk semakin rapat denganku dan mengambil biskut dan kemudian menyicahnya dengan sup labu. Sedap agaknya rasa manis-manis labu. Semasa awal mempelkenalkan makanan kepadanya aku ada membuat puree labu. Memang disukainya. Sengaja pada kali ini aku mencampurkannya dengan bawang dan di makan dengan cara berbeza. Selamat mencuba.


Ummi Nurul
facebook: Nurul Khairun Naim
instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Friday 12 August 2016

Magnesium Flakes

Teks: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada kali ini aku akan berkongsi tentang Magnesium Flakes. Alhamdulillah aku berkenalan dengan seorang naturopath dalam satu kelas membuat Booch. Jika di FB beliau dikenali sebagai Kebayan Siam. Namun dia meminta kami untuk memanggilnya Kak Nik sahaja. Kak Nik la yang mempelkenalkan Magnesium Flakes ini. Apa yang bakal aku kongsikan ini adalah manfaat yang aku rasakan setelah menggunakan Magnesium Flakes.

Inilah rupa magnesium flakes

Apakah Magnesium Flakes?
Magnesium Flakes adalah kepingan garam yang di ambil daripada laut. Terdapat banyak kelebihan apabila kita menggunakan magnesium. Bagi Magnesium flakes ini, aku gunakan untuk merendam kaki dan membuat air mandian anak. Magnesium ini membantu dalam membetulkan kembali jam harian serta memberikan rehat yang berkualiti untuk badan.

Kebiasannya aku menggunakan magnesium flakes ini untuk merendam kaki setelah melalui hari yang sangat memenatkan. Memadailah hanya berendam selama 20-30 minit. Tapi dijamin, anda akan tertidur sebelum tamat 20 minit tersebut. Dan bangun keesokan hari dengan badan yang lebih segar.

Aku juga melarutkannya sebagai air mandian anakku. Jika aku ingi menjadualkan semula waktu tidurnya, memang aku akan rendamkannya pada waktu petang. Jika sebelum ini, anakku sering tidur sehingga lewat malam, namun dengan Magnesium Flakes ini seawal jam 9 lagi dia sudah keletihan dan mengantuk. Little Muhammad akan tidur lena sepanjang malam dan hanya terjaga sekali sahaja untuk menyusu sekitar jam 1-2 pagi. Namun keesokan harinya seawal jam 5 pagi dia sudah bangun dan ajak bermain. 

Tidak perlulah digunakan setiap hari. Memadai 1 kali seminggu atau pada hari-hari yang dirasakan sangat 'hetic'. Kak Nik juga ada berkongsi pengalaman rakannya merendam suami (Magnesium Flakes Bath) dalam bath tub. Suami rakannya seorang perokok. Setelah selesai mandian tersebut, suaminya rakannya terkejut apabila melihat terdapat kesan warna kecoklatan dan bau seperti tar pada tuala mandinya. Seolah-olah tar yang terdapat dalam badannya kesan daripada merokok keluar melalui celah-celah kulit. Wahh..begitu hebat ciptaan tuhan. Dia telah bekalkan dunia ini dengan pelbagai bahan-bahan alami yang boleh kita gunakan untuk kesihatan. 

Kesan penggunaan pada setiap individu adalah berbeza bergantung kepada tahap toxic dalam badan. Oh ya sebelum terlupa, Magnesium Flakes ini juga membantu kita untuk detok racun-racun dalam badan. Iya la, untuk topup apa yang kurang kita ambil suppliment. Tapi tak pernah detok racun-racun yang ada. Bahaya tu. Bila kita amalkan apa-apa, mesti kita detok. Barulah perjalanan fungsi-fungsi dalam badan dapat dimaksimakan. 

Selain itu, Kak Nik ada juga berkongsi tentang penggunaan Magnesium Oil. InsyaAllah akan aku kongsikan dalam entry blog seterusnya. Bagi yang ingin mendapatkan Magnesium Oil, boleh cari di mana-mana farmasi berdekatan dan terdapat pelbagai jenama. Kalau yang tidak berkesempatan ke farmasi boleh sahaja order dengan Kak Nik (fb; kebayan siam @ n4natural)


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Thursday 11 August 2016

Chia Seed

Teks: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak aku membuat keputusan menukar diet pemakanan harian, terdapat satu kedai ini yang menarik perhatianku. Nama kedai tersebut Zenxin. Ia adalah kedai yang menjual produk organik. Jika anda exit Tol Lebuhraya Ayer Hitam menghala ke Kluang, anda akan melalui satu kawasan ladang yang besar kepunyaan pemilik Zenxin ini. Kedai yang aku maksudkan pula terletak di groundfloor Kluang Mall. Memang teruja masuk ke situ.

Apabila masuk ke situ, rupanya barulah aku tahu ada pelbagai jenis makanan organik lain yang tidak aku ketahui. Akhirnya aku mendapatkan Organic Raw Cane Sugar bagi menggantikan penggunaan gula putih di rumah. Yang lain-lain, aku perlu membuat pembacaan sedikit sebelum membeli dan mengamalkannya. Pada masa yang sama aku melihat chia seed yang semakin disebut-sebut pada hari ini. Rupanya hampir sama seperti habbatussauda dan biji selasih.

Apa yang membezakan biji selasih dan biji Chia adalah biji selasih perlu direndam dalam air terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Manakala biji Chia boleh terus digunakan dan ditabur dalam minuman atau makanan. Tapi diingatkan penggunaan hariannya tidak boleh melebih 1 sudu.

Biji Chia berasal daripada sejenis tumbuhan yang ditanam di Mexico. Terdapat pelbagai khasiat di dalamnya termasuklah Omega 3, Kalsium, antioksida serta lain-lain lagi. Pengambilan Chia seed boleh diselang-selikan dengan pengambilan telur.



Selain di Zenxin, rakan-rakan boleh dapatkan biji Chia ini di kedai Cosway serta pasaraya lain di bahagian makanan organik. Kewujudan biji Chia ini sudah lama, namun ia masih baru dikalangan kita kaum Melayu. Sedangkan kaum Cina telah lama mengamalkan pemakanan sihat dan organik ini. Marilah kita sama-sama menukar corak pemakanan kita kepada yang lebih sihat.


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Wednesday 10 August 2016

Resepi Sourdough Bread

Teks: Nurul Khairun Naim

Kredit: cake-2-u.blogspot.my

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ini aku kongsikan bahan dan cara-cara untuk membuat roti sourdough. Aku dapat resepi ini daripada blog cake-2-u. Disebabkan sourdough starter aku belum menjadi lagi, jadi aku kongsikan maklumat berdasarkan apa yang aku dapat daripada pembacaan. 

Bahan-bahan Sourdough Bread

500g tepung roti
400g Sourdough starter (1 1/2 cawan)
250 ml air
2-3 cubit garam
1 cubit gula

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata
2. Terbalikkan mangkuk ke atas counter top atau permukaan yang bersih dan mula menguli selama 10 minit sehingga elastik dan licin. (Saya masukkan semua di dalam mixer KA saya... cuma saya uli dengan tangan di penghujung proses)
3. Bulatkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang telah di sapu dengan minyak zaitun dan tutup mangkuk dengan kain lembab. Biarkan ia naik... akan mengambil masa 2 ke 3 jam. Doh akan naik tapi tidak naik sehebat macam kita guna yis komersial.
4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. bentukkan dalam 2 buku roti - boleh bentukkan ikut kreativiti masing-masing. Macam saya letak 1 doh dalam bakul Banetton dan satu lagi saya bentukkan lonjong. Biarkan doh yang dibentuk naik akan ambil masa 2-3jam atau sehingga naik separuh tak perlu sekali ganda macam kita buat roti yang biasa. Sebelum bakar doh, taburkan tepung di atas permukaan doh roti dan hiriskan bahagian atasnya untuk keluarkan lebihan gas dan ia juga akan membentuk corak yang cantik di permukaan roti.
5. Panaskan oven pada suhu 220c dan bakar roti selama 35 ke 40 minit atau sehingga kerak yang cantik terbentuk.

nota: untuk mendapatkan kerak yang cantik semasa meletakkan roti di dalam oven, letakkan juga beberapa ais kiub di bawah tray roti. Ais kiub akan membentuk stim di dalam oven dan seterusnya membantu menghasilkan kerak yang cantik dan roti yang rangup.


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim
WhatsApp: +60194092941

Tuesday 9 August 2016

Sourdough Bread

Bismillahirrahmanirrahim..

Kredit: Nurul Khairun Naim

Hari ini aku ingin bercerita tentang Sourdough Bread. Sejak dua menjak ini aku cuba untuk mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan bebas pengawet. Bukan apa, kesihatan dan pemakanan perlu seiring untuk kesejahteraan bersama. Betul tak?

Apakah Sourdough?
Sourdough adalah adunan utk roti, biskut ataupun kek yang menggunakan natural yis. Ia terhasil daripada pemeraman yogurt, tepung roti dan susu. Dalam pembuatan roti, ia berperanan sebagai agen penaik roti. Tekstur roti yang terhasil akan lebih keras berbanding roti yang biasa terdapat dipasaran. Namun rasanya lebih sedap berbanding roti biasa walaupun tidak menggunakan mauripan seperti penghasilan roti-roti komersial di pasaran. Apa-apa pun ia bergantung kepada Sourdough starter. 

Bagaimana hendak menghasilkan Sourdough Starter?
Campuran tepung roti, yogurt dan susu di peram selama 5 hari untuk menghasilkan starter. Kemudian ia boleh terus digunakan dalam penghasilan sebarang roti, biskut ataupun kek. Lagi lama starter ini disimpan, lagi sedap roti yang akan dihasilkan. Ada yang menyimpan sehingga 100 tahun terutamanya kedai-kedai bakeri di Eropah yang memang terkenal dengan roti-roti sourdough.



Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim
WhatsApp: +60194092941



Monday 8 August 2016

Destinasi percutian - Perth Australia

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Pada kali ini aku akan kongsikan sedikit pembacaan yang telah aku buat tentang percutian keluarga ke Perth Australis. Pada asalnya keluargaku merancang untuk bercuti ke Perth pada September 2016. Namun atas sebab-sebab tertentu percutian tersebut terpaksa dibatalkan. Apa-apa pun sempatlah juga aku membuat beberapa servey tentang perancangan di sana.

Bagi anda yang pertama kali akan bercuti keluar negara, perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan ketika merancang perjalanan.

1. Tiket penerbangan
Tiket ini boleh dibeli lebih awal untuk mendapatkan harga murah. Pada ketika aku membuat servey ini lebih kurang bulan Jun lalu, harga tiket pergi balik bagi seorang dewasa sekitar RM700 - RM800 bagi penerbangan Air Asia.

2. Penginapan
Ada beberapa individu warga negara Malaysia yang menetap di Perth dan menyediakan perkhidmat penginapan dan kereta sewa di Perth. Antaranya Mahira Holiday dan Jutawan Tours Pty Ltd. Disamping itu anda juga boleh membuat tempahan menggunakan Airbnb.

3. Kereta Sewa
Jika anda bercadang untuk menjelajah lebih jauh daripada bandar, disarankan untuk menyewa kereta. Jika anda ingin berjalan di sekitar bandar, memadai dengan menaiki bas awam sahaja.

4. Petrol
Jika anda menyewa kereta, perlu di letakkan budjet utuk petrol juga ya.

5. Visa
Bagi memasuki Australia, anda memerlukan visa elektronik. Visa ini boleh dipohon sendiri selewatnya 2 minggu sebelum anda berlepas ke sana. Harga visa bagi setiap individu hanya RM20 sahaja.

6. Tempat-tempat yang ingin dilawati.
Ini antara tempat-tempat yang aku senaraikan yang ingin aku lawati serta sesuai aktiviti bersama anak-anak
a. Caversham Wildlife Park
b. Pinnacle
c. Lancelin
d. Raeburn Orchard
e. Fremantle
f. King's Park & Botanic Garden
g. Elizabeth Quay
h. Rockingham
i. Wave Rock
j. Trigg Beach

Ini antara perkara-perkara yang sempat aku servey sebelum suamiku memberitahu bahawa lawatan ini terpaksa di batalkan. Aku belum sempat untuk merancang itenary. Jika aku berkesempatan ke Perth pada masa hadapan akan aku kongsikan itenary dan pengalaman sepanjang di sana ya. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selain itu, anda boleh sertai kumpulan tips cuti-cuti Perth di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Ummi Nurul


Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Sunday 7 August 2016

The Shore Oceonarium, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah pada hujung minggu lalu, aku sekeluarga berkesempatan berkunjung ke The Shore Oceanarium, Melaka. Pada asalnya aku dan suami mahu membawa Little Muhammad berkunjung ke Zoo Melaka, namun melihatkan langit yang agak mendung kami menukar perancangan kerana khuatir hujan akan turun. Kami terus membuat keputusan untuk ke The Shore Oceanarium kerana tempatnya yang lebih tertutup di dalam kawasan bangunan 'Shopping Mall The Shore'.

The Shore Oceanarium ini terletak di tingkat 2 The Shore sebaris dengan kedai Spa Bayi. Tiket masuk ke The Shore ini berharga RM35 seorang bagi dewasa  (tiket + cermin mata 3D + cenderahati) dan kanak-kanak (3 - 12 tahun) serta warga emas (60 tahun ke atas) RM25 seorang. Kami juga ada membeli makanan untuk penyu yang berharga RM10 sebekas. Little Muhammad tidak dikenakan sebarang yuran tiket.

Pengunjung pada hari ini tidak ramai kerana hari kami pergi tu hari Jumaat dan orang lain masih lagi bekerja. Ini merupakan kali kedua aku membawa Little Muhammad ke sini. Sebelum ini aku datang bersama adik. Kunjungan kali ini barulah suamiku mengikut sekali. Little Muhammad begitu teruja berada di sana. Dia sangat suka apabila dapat memegang sendiri ikan, tapak sulaiman, gamat dan belangkas. Aktif sungguh anakku itu. Sekejap kesana, sekejap kesini. Nampak keterujaannya disitu. Apabila tiba di replika jerung Muhammad berpatah balik kepadaku. Kemudian baru aku perasan adanya jerung disitu. Muhammad memang agak takut dengan jerung. Ada satu buku ceritanya yang mempunyai gambar jerung. Little Muhammad akan segera menepis buku cerita tersebut bila tiba di bahagian jerung tersebut. Agak kelakar melihat keletahnya. 

Little Muhammad mahu berjalan sendiri dan tidak mahu dipegang tangannya sepanjang di The Shore Oceanarium. Dari satu akuarium ke satu akuarium dia pergi. Hinggalah ke stesen terakhir, stesen penyu. Di situ suamiku terpaksa mendukung Muhammad kerana khuatir dia akan turun ke kolam penyu tersebut. Besar sungguh penyu-penyu yang terdapat disitu.

Keseluruhannya, kunjungan kami sekeluarga ke situ memberi seribu satu kenangan dan informasi kepada kami sekeluarga. Muhammad juga sudah semakin cerdik dan dapat memahami keadaan yang berlaku disekelilingnya. Semoga lawatan ini dapat menanam lebih banyak input dan meransang perkembangannya secara menyeluruh.





Teks: Nurul Khairun bt Naim
Foto: carian google

Saturday 6 August 2016

Jenama / Brand Cloth Pad


Bismillahirrahmanirrahim..

Lebih kurang hampir dua tahun aku berjinak-jinak dengan cloth pad ini. Memang sangat selesa. Ketika dalam pantang pun aku gunakan cloth pad ini. Darah nifas memang smooth ja. Tempat jahitan rasa selesa dan tidak sakit. Bagi rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan cloth pad tentu tertanya-tanya di mana mahu mendapatkan cloth pad ini. Aku telah mencuba tiga jenis jenama iaitu bamboolite, snowdrop dan mama patch. 

Antara ketiga-tiga ini aku paling suka bamboolite. Ini kerana potongannya tidak terlalu besar dan tidak terlalu tebal. Harganya juga lebih murah berbanding snowdrop. Semasa hendak bersalin haritu aku telah membeli set utuk bersalin snowdrop. Memang saiznya lebih besar, panjang dan tebal berbanding mama patch dan bamboolite. Tetapi aku lebih selesa dengan bamboolite. Akhirnya, walaupun bamboolite aku hanya membeli cloth pad saiz biasa (regular), cloth pad itulah yang aku gunakan sehingga habis tempoh berpantang. Aku tidak begitu gemar menggunakan brand mama patch. Pada aku kainnya terlalu nipis dan agak sukar untuk membersihkan kotoran yang melekat padanya berbanding Bamboolite dan Snowdrop. Bamboolite dan Snowdrop menggunakan kain minky dan cotton tebal untuk menghasilkan cloth pad. Perbezaannya hanyalah pada saiz, potongan dan ketebalannya sahaja. 

Apa-apapun semua bergantung kepada keperluan dan keselesaan individu. Aku cadangkan rakan-rakan yang ingin mencuba cloth pad dapatkan dahulu pek percubaan kemudian perbanyakkanlah mengikut kesukaan dan keperluan masing-masing



TEKS: NURUL KHAIRUN NAIM
FOTO: TIADA


Friday 5 August 2016

Cloth Pad

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini kita akan bercerita tentang 'cloth pad'. Apakah 'cloth pad'? 

Zaman dahulu, ibu-ibu dan nenek kita menggunakan kain batik yang dilipat tebal untuk menampung darah haid serta nifas setiap kali ia datang. Pada zaman moden penggunaan kain batik tersebut telah dikomersialkan dengan penghasilan 'cloth pad' yang lebih bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana-mana. "Cloth pad' telah menggantikan penggunaan pad pakai buang yang berada di pasaran. 'Cloth pad ini terdapat pelbagai saiz dan ia perlu dibasuh. Ia boleh dipakai berulang kali dan jangka hayatnya boleh mencapai sehingga 5 tahun bergantung kepada bagaimana kita menjaganya. Selain memelihara alam sekitar, ia juga sangat menjimatkan.

Kenapa menggunakan 'cloth pad' ?

Kebiasaannya anda akan merasa gatal jika menggunakan pad biasa untuk jangka masa yang lama. Namun jika menggunakan pad ini anda akan sentiasa rasa selesa walaupun pakai untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana pad pakai buang dibuat daripada kertas kitar semula ataupun pulpa kertas yang hanya dilunturkan warnanya, bukan disteril daripada bahan buangan, ia mengandungi kimia dan toksik merbahaya. Apabila kimia dan toksik bertindak balas dengan darah ia akan menyebabkan pembiakan bakteria dan membawa kepada jangkitan faraj dan keputihan yang tidak normal bagi sesetengah wanita. 





TEKS: NURUL KHAIRUN NAIM
FOTO: CARIAN GOOGLE

Wednesday 3 August 2016

MESIN JAHIT BROTHER NV955

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak dua menjak ni minat nak berkrafting datang semula. tapi memandangkan barang-barang dan peralatan masih berada di rumah melaka, minat itu dipendamkan dahulu. Tapi tangan ini memang sudah gatal sangat. hihihi..

Hari ini berkesempatan untuk membuat review tentang beberapa mesin jahit yang bakal digunakan untuk projek krafting nanti. Suatu ketika dahulu aku pernah membeli sebuah mesin jahit mini untuk kerja-kerja krafku. Namun mesin itu tidak dapat digunakan semaksima mungkin. Mesin jahit itu hanya mampu untuk menjahit sesetengah fabrik sahaja. Agak kecewa juga dengan apa yang berlaku. Kali ini aku bertekad untuk mendapatkan sebuah mesin jahit yang mempunyai pelbagai fungsi. Aku memilih mesin jahit Brother model NV955.

Mesin jahit ini mampu untuk melakukan kerja-kerja menjahit asas dan juga kerja-kerja menyulam. Harganya pula lebih murah berbanding mesin jahit sulam yang lain. Jadi ia sangat sesuailah untuk aku yang mahu memulakan semula projek kraftingku. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui spesifikasi lengkap tentang mesin ini boleh klik pada link berikut >>>>>> NV955


Teks: NURUL KHAIRUN BT NAIM
FOTO: CARIAN GOOGLE

Tuesday 2 August 2016

Gajet vs buku


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini ada program jelajah sekolah BLINK. Apakah blink? Blink adalah gabungan perkataan blue dan pink. Blink adalah sebuah syarikat penerbitan buku cerita remaja dan kanak-kanak sekolah. Pemiliknya jika tidak silap adalah Ain Maisarah. Siapa yang tidak kenal dengan Ain Maisarah. Beliau merupakan salah seorang penulis novel remaja yang terkenal. Syarikat ini datang kesekolah-sekolah dalam usaha untuk mempromosikan buku-buku terbitan blink disamping memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan.

Di samping mendengar penerangan yang diberikan, teringat aku keletah little Muhammad pagi tadi. Seawal pukul 5 pagi telah bangun. Turun sahaja daripada katilnya terus dia menuju ke rak buku dan mendapatkan kamus bergambarnya. Walaupun buku itu agak berat, sanggup dia bawa kehulu dan kehilir meminta aku melayannya membaca. Alhamdulillah senang hatiku melihat kelakuannya. Bukan mudah untuk memupuk minat terhadap buku dikalangan kanak-kanak apabila penggunaan gajet semakin berleluasa.

Little Muhammad baru berusia setahun 3 bulan. Sejak kecil memang koleksi permainannya dipenuhi buku. Kebetulan penggunaan gajet @ telefon bimbit dirumah sangat minimum. Jadi dia tidak terlalu didedahkan dengan telefon. Pergi mana mana pun suamiku lebih suka melayan keletahnya berbanding memberinya bermain telefon. Aku ada terbaca satu kata kata di facebook yang menyarankan agar ditetapkan minat membaca dan sukakan buku kepada anak-anak daripada kecil. Jangan ditekankan dahulu tentang kemahiran membaca. Biar kanak-kanak itu terhibur dahulu dengan aktiviti membaca. Selalulah luangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti membaca. Cukup sekadar 10-15 minit sehari. Biar ia menjadi "habit" kepada anak-anak. Sesungguhnya membaca itu punca perkembangan segala ilmu pengetahuan. Jangan dibiarkan gajet menggantikan masa-masa berharga kita bersama anak-anak.




Ummi Nurul

Foto: simpanan peribadi
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Monday 1 August 2016

Majlis Eratan Mesra Pendidikan Khas

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menghadiri suatu Majlis Apresiasi Pendidikan Khas  Daerah Kluang bersama majlis sambutan hari raya.

Apakah Pendidikan Khas?
Pendidikan khas adalah satu program pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai kategori.

Majlis pada hari ini diadakan bertujuan bagi menghargai serta meraikan warga pendidikan khas di Daerah Kluang. Tuan pengarah pendidikan daerah menekankan tentang attitude@sikap kita terhadap golongan pendidikan khas. Pemikiran yang dibentuk daripada sikap dan attitude ini bakal menentukan tahap kejayaan anak-anak pendidikan khas. Kanak-kanak ini mengharapkan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat akan membela nasib mereka. Janganlah sekali kali kita meminggirkan mereka. Sesungguhnya mereka sangat istimewa dan tidak dapat dinilai melalui peperiksaan, namun mereka juga perlu dididik dan di asuh supaya berjaya sebagaimana orang lain berjaya dalam hidup mereka.



Teks : Nurul Khairun bt Naim
Foto: simpanan sendiri
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941