Bismillahirrahmanirrahim..
Lebih kurang hampir dua tahun aku berjinak-jinak dengan cloth pad ini. Memang sangat selesa. Ketika dalam pantang pun aku gunakan cloth pad ini. Darah nifas memang smooth ja. Tempat jahitan rasa selesa dan tidak sakit. Bagi rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan cloth pad tentu tertanya-tanya di mana mahu mendapatkan cloth pad ini. Aku telah mencuba tiga jenis jenama iaitu bamboolite, snowdrop dan mama patch.
Antara ketiga-tiga ini aku paling suka bamboolite. Ini kerana potongannya tidak terlalu besar dan tidak terlalu tebal. Harganya juga lebih murah berbanding snowdrop. Semasa hendak bersalin haritu aku telah membeli set utuk bersalin snowdrop. Memang saiznya lebih besar, panjang dan tebal berbanding mama patch dan bamboolite. Tetapi aku lebih selesa dengan bamboolite. Akhirnya, walaupun bamboolite aku hanya membeli cloth pad saiz biasa (regular), cloth pad itulah yang aku gunakan sehingga habis tempoh berpantang. Aku tidak begitu gemar menggunakan brand mama patch. Pada aku kainnya terlalu nipis dan agak sukar untuk membersihkan kotoran yang melekat padanya berbanding Bamboolite dan Snowdrop. Bamboolite dan Snowdrop menggunakan kain minky dan cotton tebal untuk menghasilkan cloth pad. Perbezaannya hanyalah pada saiz, potongan dan ketebalannya sahaja.
Apa-apapun semua bergantung kepada keperluan dan keselesaan individu. Aku cadangkan rakan-rakan yang ingin mencuba cloth pad dapatkan dahulu pek percubaan kemudian perbanyakkanlah mengikut kesukaan dan keperluan masing-masing
TEKS: NURUL KHAIRUN NAIM
FOTO: TIADA
No comments:
Post a Comment