Tuesday, 2 August 2016

Gajet vs buku


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini ada program jelajah sekolah BLINK. Apakah blink? Blink adalah gabungan perkataan blue dan pink. Blink adalah sebuah syarikat penerbitan buku cerita remaja dan kanak-kanak sekolah. Pemiliknya jika tidak silap adalah Ain Maisarah. Siapa yang tidak kenal dengan Ain Maisarah. Beliau merupakan salah seorang penulis novel remaja yang terkenal. Syarikat ini datang kesekolah-sekolah dalam usaha untuk mempromosikan buku-buku terbitan blink disamping memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan.

Di samping mendengar penerangan yang diberikan, teringat aku keletah little Muhammad pagi tadi. Seawal pukul 5 pagi telah bangun. Turun sahaja daripada katilnya terus dia menuju ke rak buku dan mendapatkan kamus bergambarnya. Walaupun buku itu agak berat, sanggup dia bawa kehulu dan kehilir meminta aku melayannya membaca. Alhamdulillah senang hatiku melihat kelakuannya. Bukan mudah untuk memupuk minat terhadap buku dikalangan kanak-kanak apabila penggunaan gajet semakin berleluasa.

Little Muhammad baru berusia setahun 3 bulan. Sejak kecil memang koleksi permainannya dipenuhi buku. Kebetulan penggunaan gajet @ telefon bimbit dirumah sangat minimum. Jadi dia tidak terlalu didedahkan dengan telefon. Pergi mana mana pun suamiku lebih suka melayan keletahnya berbanding memberinya bermain telefon. Aku ada terbaca satu kata kata di facebook yang menyarankan agar ditetapkan minat membaca dan sukakan buku kepada anak-anak daripada kecil. Jangan ditekankan dahulu tentang kemahiran membaca. Biar kanak-kanak itu terhibur dahulu dengan aktiviti membaca. Selalulah luangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti membaca. Cukup sekadar 10-15 minit sehari. Biar ia menjadi "habit" kepada anak-anak. Sesungguhnya membaca itu punca perkembangan segala ilmu pengetahuan. Jangan dibiarkan gajet menggantikan masa-masa berharga kita bersama anak-anak.




Ummi Nurul

Foto: simpanan peribadi
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

No comments:

Post a Comment