Friday 6 December 2019

Business Marketing 2020

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim



Hanya beberapa hari sahaja lagi tinggal untuk menjejak tahun 2020. Sebagai seorang suri rumah, seorang yang bekerja dari rumah, seseorang yang tidak mempunyai latar belakang perniagaan tentulah memerlukan seorang mentor bagi mencapai misi dan visi yang diharapkan. Menceburi  bidang perniagaan merupakan satu komitmen berat bagi seorang suri rumah. Namun dengan mentor yang betul komitmen itu dapat dipermudahkan dengan cara-cara yang betul.

Tentu ramai yang ingin tahu bidang perniagaan apa yang umi ceburi. Latar belakang umi adalah daripada bidang servis. Kali ini umi menceburkan diri dalam bidang trading pula. Belajar menjual daripada bawah. Belajar jadi sales team dan belajar menerima penolakan daripada pelanggan. Pada mulanya memang agak sukar. Namun dengan bimbingan yang betul, semua itu dipermudahkan dan nampak jelas cara dan jalannya.

Hari ini, mentor umi akan berkongsi tentang Strategi Menjual 2020 kepada semua secara percuma. Kelas Strategi Menjual 2020 akan dijalankan secara PERCUMA dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tidak kira sebarang niche perniagaan yang tuan puan ceburi, semua layak untuk masuk ke kelas ini. Mentor umi ini seorang yang sangat dipercayai dari segi kredibiliti dan leadership nya. Setiap individu yang berniaga terutamanya yang melakukan perniagaan secara atas tallan WAJIB mempunyai mentor sebagai rujukan.

Hubungi nombor berikut untuk pendaftaran kelas

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60195211553 (nurul)

Monday 21 October 2019

Cara mengawal batuk kanak-kanak

Teks: Nurul Khairun Nain

Pernah dengar Pertusis? Batuk Kokol? Batuk 100 hari?

Simptom semuanya hampir sama. Umi bukanlah dalam bidang perubatan untuk merungkai tentang perkara ini. Namun bila baca dan bertanya pada doktor, ibu yang berpengalaman, orang-orang tua semua menyatakan simptom dan perkara yang sama tentang ketiga-tiga ini. Mungkin ada lagi panggilan lain yang belum umi temui tentang penyakit ini.

Berdasarkan pengalaman umi pada 2018, anak-anak umi pernah mengalami batuk yang berpanjangan ini. Memang hampir 3 bulan atau lebih. Umi pun sudah ingat-ingat lupa tempoh masa tersebut. Seingat umi kejadian bermula semasa bulan puasa. Biasalah bulan puasa ini walaupun anak-anak tidak berpuasa, namun orang-orang sekelilingnya berpuasa. Maka ketika berbuka terdapat pelbagai juadah makanan yang dihidangkan. Ada yang di masak sendiri dan ada juga dibeli di bazar Ramadan. 

Kemudian bermulalah episod batuk adik beradik Muhammad dan Yusuf ini. Batuk yang berkahak. Pertama kali ke klinik Doktor Song hanya nyatakan batuk biasa, namun Yusuf perlu ambil 'nebulation' kerana pernafasannya agak terganggu. Dengan hanya melihat doktor ini dapat mengenal pasti masalah pada Yusuf. Umi bertanya juga, bagaimana cara doktor kenal pasti. Rupanya lihat cara dia bernafas. Jika ketika dia bernafas perutnya masuk ke dalam terlampau banyak, itu mungkin tanda pernafasannya ada gangguan. 

Setelah mendapatkan konsultasi doktor, mereka masih juga batuk berterusan seminggu lebih. Umi mengajak suami membawa anak-anak membuat rawatan sonotron pula. Sonotron ini dikatakan dapat membantu membuka liang pernafasan dan mengeluarkan kahak. Doktor Ahmad di pusat sonotron ini menyarankan agar umi menukar susu kanak-kanak ini. Ini kerana susu merupakan makanan penggalak kahak. Doktor menyarankan susu beras atau susu soya. Umi tidak menggemari susu soya kerana diketahui soya tidak bagus diambil berterusan tambahan pula untuk kanak-kanak lelaki. Maka umi memilih susu beras jenama Novarice. Novarice ini rasanya lebih tawar berbanding susu tepung lain. Tekstur dan bunya juga tidaklah sesedap susu tepung komersial lain. Umi mula-mula cuba dengan tin kecil sahaja dulu. Bila masuk tin kedua baru umi beli saiz besar.  Pada masa ini Muhammad dan Yusuf sudah mula kurang minta minum susu. Mereka lebih rela minum air kosong sahaja jika dahaga dan makan buah-buahan. Makanya umi perbanyakkan stok buah-buahan di rumah dan menyediakan makanan yang tinggi kalsium untuk topup semula kalsium yang diperoleh daripada susu.


Muhammad dan Yusuf masih juga batuk. Namun dalam keadaan terkawal. Kurang episod batuk sehingga nak muntah atau seperti terlekat/ tercekik makanan. Naluri ibu masih juga risau walaupun melihat anak-anak ini cergas dan aktif. Risau pula di jangkiti bronchitis / pneumonia. Sejak daripada awal Muhammad dan Yusuf batuk, umi telah menggunakan minyak essential Rc dan Raven untuk menyokong sistem pernafasan mereka. Minyak essential Thieves dan Frankinscence untuk menyokong sistem imun mereka. Minyak essential Lemon dan Lavender untuk menyokong mood dan memberi rasa tenang buat mereka. Minyak essential Tea Tree, Thyme, Eucaliptus juga umi pernah gunakan untuk sapu. Apa sahaja pembacaan yang umi jumpa berkaitan herba dan minyak essential umi cuba gunakan untuk Muhammad dan Yusuf. Risau jika batuk yang berlarutan membuatkan paru-paru dan jantung mereka lemah yang boleh menyebabkan penyakit lain pula.

Pernah dengar Magnesium Flakes / Oil? Umi memang gunakan Magnesium ini sejak beberapa tahun lalu sebagai booster kepada apa-apa supliment / makanan yang umi makan. Umi pernah kongsikan tentang cara menggunakan magnesium ini. Sedang umi melayar internet hendak dapatkan stok baru magnesium terjumpa pula sebuah klinik berdekatan sebagai stokis magnesium ini. Maka umi terus dapatkan temu janji dan bawa anak-anak berjumpa Doktor Aniza.

Masa jumpa doktor inilah baru umi tahu Muhammad alergi dengan penisilin. Ini kerana jari-jarinya mula mengelupas. Suami umi memang ada membawa Muhamaad dan Yusuf berjumpa Doktor Song kali kedua setelah batuknya tidak berkurang dan doktor memberikan ubat baru. Doktor Aniza juga memberitahu ada sesetengah situasi keadaan saraf pada hujung jari boleh mati dan mereput disebabkan alergi ini. Umi menceritakan perjalanan anak-anak ini berubat dan akhirnya doktor mencadangkan agar umi fokus pada pemakanan anak-anak. Sejam lebih juga doktor ini memberi konsultasi dekat umi. Memang puas hati. Antara yang disarankan:

1. Kurangkan gula
2. Tak perlu fokus pada susu tepung kerana ia penggalak kahak
3. Ambil buah pada kadar yang perlu kerana buah juga ada gula
4. Makanan lain juga perlu ambil kira index glisemix kerana ini faktor utama penyumbang radang perut
4. Banyakkan prebiotic dan probiotic. Rawat daripada usus.
5. Gunakan minyak essential (ini sebab umi tanya dulu)
6. Boleh cuba transfer factor 4life (umi tanya dulu sebab nampak botol ni dekat almari doktor. umi sudah cuba sebelum jumpa doktor, tapi pada botol umi ada tertulis maltodextrin, jadi doktor minta umi berhenti untuk clarify labelling tu)

Selepas jumpa doktor Aniza, apa yang umi buat adalah:

1. Kerapkan pengambilan broth bone
2. Ambil prebiotic dan probiotic. Sumber termudah adalah madu daripada Olive House
3. Tak perlu beri susu selagi anak-anak tak minta. Ubah kepada buah-buahan yang tinggi vitamin C.
4. Minum Ningxia Red daripada Young Living sebagai booster vitamin C. Isi dalam botol dan tambah air untuk diminum sepanjang hari. 
5. Gunakan minyak essential immupower daripada Young Living untuk menyokong sistem imun. (Buat sapu setiap hari seluruh badan)
6. Jaga pemakanan. Elakkan MSG, jajan, goodies dan lain-lain.
7. Kawasan persekitaran perlu sentiasa bersih


Beberapa minggu kemudian Yusuf dan Muhammad ikut tok ayah dan tok umi pulang ke kampung. Umi bekalkan juga minyak essential untuk sapu. Pada masa yang sama pesan juga apa yang boleh dan tak boleh pada tok ayah dan tok umi. Hampir sebulan juga mereka duduk kampung dan bermain di celah-celah sawa padi. Sedar-sedar batuk itu hilang dan sihat seperti sedia kala. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan bila dengar anak-anak sudah kembali sihat. Alhamdulillah untuk penyembuhan yang diberikan. Pengalaman berharga buat umi sekeluarga.




Thursday 17 October 2019

Rawatan untuk rambut gugur

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: Google

Sejak selepas bersalin, umi mengalami keguguran rambut yang sangat teruk. Melalui pembacaan dan juga kelas kesihatan yang umi ikuti, ini merupakan tanda-tanda ketidaksimbangan hormon. Selepas bersalin, Progesteron akan berada sangat rendah dan Estrogen akan berada pada paras yang tinggi. 

Progesteron ini adalah hormon cantik. Jika hormon cantik ini berkurang maka pelbagai isu berkaitan kecantikan akan dihadapi oleh wanita seperti rambut gugur, kulit kusam, badan terasa mengelebeh dan lain-lain lagi. Semua wanita akan mempunyai symptom-simptom ini jika mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon.

Pada kali ini umi akan berkongsi cara bagaimana umi lakukan untuk mengawal rambut gugur menggunakan produk bebas bahan kimia berat. Umi gunakan shampoo Copiba Vanilla daripada Young Living. Kemudian umi titiskan Minyak Essential Rosemary dalam shampoo tersebut dan bilas dua kali. Hasilnya memang memberansangkan. Rambut gugur berkurangan dengan serta merta. Young Living mempunyai dua jenis shampoo. Satu lagi adalah shampoo lavender. 

Jika kulit kepala anda jenis kering, shampoo lavender adalah lebih sesuai untuk memberi kelembapan kepada kulit kepala. Shampoo Copaiba Vanilla lebih kepada kulit kepala berkelemumur dan jenis berminyak. 

Kedua-dua jenis shampoo ini turut mempunyai 'conditioner'. 'Conditioner' digunakan untuk merawat rambut. Sama seperti shampoo jika rambut kering, boleh gunakan shampoo lavender. Jika rambut jenis berminyak boleh gunakan shampoo copiba vanilla.

Anda boleh bawa shampoo dan 'conditioner' ini ke spa rambut jika anda suka dapatkan rawatan rambut. Umi pun suka juga. Zaman belajar dulu suka dapatkan rawatan rambut. Tetapi masa itu belum ada ilmu tentang bahaya produk-produk yang tinggi bahan kimia. Sekarang sudah ada kesedaran dan ilmu tentang produk bebas bahan kimia berat dan rentulah umi mimilih yang terbaik sahaja. 



Harga retail untuk produk penjagaan rambut Young Living

Copiba Vanilla Conditioner 295ml  RM 137.50
Copiba Vanilla Shampoo 295ml RM 137.50
Lavender Mint Daily Conditioner 295ml RM 120
Lavender Mint Shampoo 295ml RM 120 

Harga ahli untuk produk penjagaan rambut Young Living

Copiba Vanilla Conditioner 295ml  RM 104.50
Copiba Vanilla Shampoo 295ml RM 104.50
Lavender Mint Daily Conditioner 295ml RM 91.50
Lavender Mint Shampoo 295ml RM 91.50

Bagaimana untuk membeli dengan harga ahli?
Mengapa umi guna Minyak Essential Rosmary?
Apakah kelebihan Minyak Essential yang ada dalam shampoo ini?
dan sebarang pertanyaan boleh hubungi umi.

Nurul Khairun Naim
WhatsApp: +60194092941
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim @ theoillady



Wednesday 16 October 2019

Rutin Ringkas Waktu Pagi

Teks: Nurul Khairun Naim
Olahan Teks: Nurul Khairun Naim
Sumber: Hafiz Sulaiman (Facebook)

Biasa dengar orang yang berjaya adalah orang yang bangun di awal pagi? Orang yang sihat juga adalah orang yang bagun di awal pagi. Bagaimana untuk bangun di awal pagi? Caranya adalah dengan menjaga waktu tidur. Malam adalah waktu untuk tidur dan siang adalah waktu untuk bekerja.
berikut adalah tips ringkas cara meningkatkan kesihatan diri yang boleh dilakukan pada waktu pagi yang dikongsikan oleh Dr. Hafiz Sulaiman.


1) Bangun awal pagi.
2) Wudhu sejuk/Mandi air sejuk gigil.
3) Tahajjud/Solat subuh/Doa
4) Senaman ringkas sekejap tapi cukup berat.
5) Breakfast protein dan karbo.
6) A cup of morning black coffee no sugar.
7) Dedahkan diri matahari pagi.
8) Deep mindful breathing exercise.
9) Berjalan dicelahan pokok.
10) Berinteraksi dengan keluarga. Peluk anak/pasangan. Peluk  diri sendiri. Greet dengan doa-doa yang baik.



Kesemua ini dilakukan untuk merenjatkan hormon kortisol dan neurotransmitter secara terkawal untuk kesihatan sepanjang hari insha Allah


Mahu kurus, kurang stress, sihat, bukan sekadar menjaga pemakanan. Namun ia memerlukan perubahan cara hidup yang lebih positif dan lebih baik. Moga kita semua istiqamah dan bersama-sama berjihad mendapatkan kesihatan yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti beribadah dan kualiti hidup juga.


Nurul Khairun Naim
WhatsApp: +60194092941
facebook: Nurul Khairun Naim
instagram: Nurulkhairunnaim @ theoillady

Tuesday 15 October 2019

My Amazing Super Power


Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: Telegram


Mendidik dan menanam minat membaca dikalangan kanak-kanak adalah sangat penting. Ini merupakan asas kepada perkembangan perkara-perkara lain. Kali ini umi ingin kongsikan sebuah buku cerita kanak-kanak yang sangat digemari oleh anak-anak umi. Tajuknya My Amazing Super Power.

Anak-anak umi kesemuanya lelaki. Hendak memilih bahan bacaan yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka amatlah sukar. Namun dengan buku ini persepsi itu berubah sama sekali. Bukan sekadar minta dibaca sebelum tidur, bahkan asal ternampak sahaja buku ini akan mereka minta bacakan. Bila ditanyakan mahu jadi apa? Muhammad mahupun Yusuf akan menyatakan mereka mahu jadi Superpower EEE..man. Walaupun mereka belum lagi memahami dengan mendalam tentang iman sebagai pendiding diri, namun konsep iman yang digambarkan melalui watak EEman boleh dijadikan model terbaik dalam mendidik anak-anak mengenal akidah dan Islam.

Selain itu, buku ini juga mendidik diri tentang 'self control' melalui menerapan iman. Konsep yang mudah dilihat lebih mudah difahami oleh kanak-kanak. Jadi buku ini bantu kanak-kanak untuk sedar dan faham bahawasanya ada sesuatu yang heat dalam diri mereka iaitu EEMAN.





Jika mahu dapatkan buku ini boleh ke Facebook Page Pumpkin Baby House

Facebook page: Pumpkin Baby House
Instagram: pumpkinbabyhouse


Harga bagi buku soft cover RM 14
Harga bagi buku hard cover RM 20


Nurul Khairun Naim
WhatsApp: +60194092941
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim@ theoillady

Saturday 20 July 2019

Playroom / Bilik bermain

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: koleksi persendirian


Beberapa bulan lalu umi buat keputusan untuk menempatkan kesemua mainan dan buku dalam bilik. Tujuannya adalah untuk mewujudkan 'the sense of belongings' kepada Muhammad dan Yusuf. Sebelum ini buku dan mainan diletakkan di ruang tamu. Kerana umi merasakan mereka memerlukan ruang yang luas untuk bereksplorasi. Tapi umi yang stress bila seluas-luas ruang tamu digunakan sepenuhnya oleh dua beradik ini.

Makanya umi pindah semua masuk bilik dan jadikan bilik ni playroom @ bedroom dua beradik ni. Sengaja umi letak rak buku bersebelahan rak mainan. Sambil bermain umi boleh bacakan buku. 



Sekarang Muhammad wujudkan pula satu ruang untuk dia berbaring & bermain di antara rak buku dan rak mainan tersebut. Dah jadi macam small camp site pula. Percaya atau tidak, diorang akan habiskan masa berjam-jam bermain dan membaca di sini. Lebih padat dan compact satu2 ruang, lebih pandai dua beradik ini memilih, menyusun dan menggunakan ruang yang ada.  


Sekarang umi sedang memikirkan cara nak buat toy rotation. Seronok tengok team Montessori luar negara update dekat Instagram playroom masing2. Mainan yang ada sudah tinggal sikit sebab dah declutter raya haritu. Tinggal yang betul2 dua beradik ni hendak main sahaja. Berkenan sungguh umi dengan Grimms & Way To Play. Ada geng tak? Tapi kena mahir toy rotation dulu. Baru boleh beli toys baru.


Ummi Nurul
Whatsapp: +60194092941
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim@ theoillady





Friday 5 July 2019

Tambah Selera Makan

Teks: Nurul Khairun Naim

Ibu-ibu mempunyai anak-anak yang susah nak makan tak? @ memilih untuk makan?
Umi pun ada pengalaman macam ni. Umi calit essential oil dekat anak-anak. Lepas tu tak menang tangan umi nak sedia makan.

Umi gunakan minyak essential orange daripada young living. Selain termasuk dalam kumpulan bauan citrus ia juga dipanggil minyak kegembiraan. Budak-budak ni nak makan perlu ada mood. Makanya kita booster mood gembira dia dengan minyak essential dahulu. InsyaAllah bukan setakat berselera makan, kita pun senang nak handle dia, less cranky & less buat perangai.

Selain booster mood gembira dan meningkatkan selera makan, bauan citrus seperti orange ini dapat meningkatkan fokus dan ketajaman fikiran. Makanya masa anak main, baca buku & buat kerja sekolah juga boleh calit minyak essential ni.


Minyak essential Orange ni harga rm65.50. Saiz botol 15ml.
15ml ni bersamaan 300 titik. Sekali calit dalam 1-2 titik untuk seorang anak.
Boleh pakai 2-3 bulan. Nak lebih jimat titik dalan diffuser. Satu keluarga boleh bau sekali.

Minyak essential ni umi pakai & umi juga ada jual. Benda bagus elok kita kongsi bersama. Jika berminat boleh hubungi ummi ya.


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
Whatsapp: +60194092041

Wednesday 3 July 2019

Bahagia v/s sengsara

Teks: Nurul Khairun Naim

Julai 2019 genap tiga bulan umi bergelar SAHM (stay at home mom). Bahasa mudahnya suri rumah sepenuh masa. Bahagiakah menjadi suri rumah? Kerja yang tidak pernah habis, rakan berbual pun tiada, gaji tiada, nak keluar pun terpaksa angkut askar-askar, tiada masa bersendirian, tiada privacy dan lain-lain lagi.

Bahagia kah?

Jika bahagia itu diukur dengan mata kasar memang orang kata umi tak bahagia. Kalau tanya umi, memang umi jawab bahagia. Bahagia sangat. Bahagia pada umi mungkin tak sama dengan definisi bahagia orang lain. Bahagia bukan pada wang ringgit. Tapi pada hati.

Bagaimana untuk bahagia?

Banyakkan bersyukur dengan sekecil-kecil benda. Bersyukur mampu menghadirkan bahagia dan meningkatkan ketaqwaan. Jika terasa sukar, carilah orang yang rapat dan berada berhampiran, berbicaralah. Luahkan apa terbuku. Jika malu dan sukar juga untuk meluahkan Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap bicaramu.


Umi Nurul
+60194092941
nurulkhairunnaim1146@gmail.com

Thursday 2 May 2019

Tepung gluten free

Teks: Nurul Khairun Naim

Cara menghasilkan tepung gluten free sendiri.

7 cawan tepung beras
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung

Campur semua dalam satu bekas, gaul atau goncang sampai sebati.
Bila nak masak, cedok je ikut sukatan tepung gandum yang diberikan.

Selamat menghasilkan tepung gluten free sendiri.

Ummi
Homegrownlab
+60194092941

.

Wednesday 1 May 2019

Kek coklat pisang gluten free


Teks: Nurul Khairun Naim

Bila anak selera 'western'. Makan siap nak pencuci mulut. Terpaksa la umi bertukar jadi 'home baker'. Umi cuba layan selera anak2 dalam versi sihat. Kali ni kek coklat pisang gluten free pula.

2 cawan tepung serbaguna gluten free
1/2 cawan pure koko
1/2 cawan raw cane sugar
2 cawan air
1/4 virgin coconut oil
2 biji pisang

Bakar 160°, 50minit

P/s: resepi ini sudah diubah suai ikut bahan2 yang ada di rumah. Tekstur dia agak berat sedikit.

#nurulsahm
#glutenfree
#dairyfree


Homegrown
+60194092941

Sunday 7 April 2019

Canteburry dalam kenangan

Teks: Nurul Khairun binti Naim
Sumber / foto: Nurul Khairun binti Naim 

Dalam umi merancang perjalanan untuk sambung belajar idea datang bertalu-talu. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Lain yang ditunggu lain yang datang menyapa dahulu. Secara tak sengaja umi sudah mendaftar untuk satu kelas ilmu. InsyaAllah kelas ini akan berlangsung selama 12 bulan bermula minggu hadapan. Dalam pada itu umi sudah merancang untuk hadir satu kelas lagi pada Julai nanti. Alhamdulillah dengan peluang yang diberi. #roadtobespecialist

Umi sentiasa ingatkan diri, sambung belajar bukan hanya untuk mengejar #topibulat. Tapi apa yang bakal umi kembalikan pada keluarga, anak-anak dan komuniti. Masa untuk keluar daripada zon selesa. Bila lihat kembali gambar-gambar semasa di Canterbury terasa bersemangat sekali nak bawa keluarga kesana. Perancangan asal mahu enroll pada 2013 tidak kesampaian. Mungkin rezeki keluarga umi pada 2023 pula. Siapa tahu bukan? Semua rahsia Dia.

Selalu umi dengar orang cakap tentang "the power of vision board". Setiap kali Muhammad & Yusuf tengok kapal terbang atau sebut nak naik kapal terbang umi akan masukkan memori umi di Canteburry. Kids vision are powerful. Doa dan kata-kata mereka sangat makhbul. Jika sahabat umi berkehendakkan sesuatu, mintalah anak-anak mendoakan bersama. Mereka suci dan doa orang yang suci mudah diangkat olehNya. InsyaAllah itu memang doa dan vision board umi sekeluarga. Moga di perkenankan.




Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941