Sunday 7 April 2019

Canteburry dalam kenangan

Teks: Nurul Khairun binti Naim
Sumber / foto: Nurul Khairun binti Naim 

Dalam umi merancang perjalanan untuk sambung belajar idea datang bertalu-talu. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Lain yang ditunggu lain yang datang menyapa dahulu. Secara tak sengaja umi sudah mendaftar untuk satu kelas ilmu. InsyaAllah kelas ini akan berlangsung selama 12 bulan bermula minggu hadapan. Dalam pada itu umi sudah merancang untuk hadir satu kelas lagi pada Julai nanti. Alhamdulillah dengan peluang yang diberi. #roadtobespecialist

Umi sentiasa ingatkan diri, sambung belajar bukan hanya untuk mengejar #topibulat. Tapi apa yang bakal umi kembalikan pada keluarga, anak-anak dan komuniti. Masa untuk keluar daripada zon selesa. Bila lihat kembali gambar-gambar semasa di Canterbury terasa bersemangat sekali nak bawa keluarga kesana. Perancangan asal mahu enroll pada 2013 tidak kesampaian. Mungkin rezeki keluarga umi pada 2023 pula. Siapa tahu bukan? Semua rahsia Dia.

Selalu umi dengar orang cakap tentang "the power of vision board". Setiap kali Muhammad & Yusuf tengok kapal terbang atau sebut nak naik kapal terbang umi akan masukkan memori umi di Canteburry. Kids vision are powerful. Doa dan kata-kata mereka sangat makhbul. Jika sahabat umi berkehendakkan sesuatu, mintalah anak-anak mendoakan bersama. Mereka suci dan doa orang yang suci mudah diangkat olehNya. InsyaAllah itu memang doa dan vision board umi sekeluarga. Moga di perkenankan.




Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

No comments:

Post a Comment