Wednesday 15 April 2020

Merancang Fokus Pembelajaran Anak

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada post sebelum ini saya ada berkongsi tentang rancangan pembelajaran individu. Bagaimana hendak merancang pembelajaran ini?


Fokus subjek boleh lihat pada senarai subjek yang diajar di tadika anak masing-masing. Jika anak sudah bersekolah boleh lihat pada buku teks yang dibekalkan. 

Tema dan aktiviti pula boleh lihat dalam buku aktiviti anak-anak. Boleh juga download Kurikulum Tadika Kebangsaan sebagai rujukan. Saya boleh cadangkan buku tulisan Dr. Mahani Razali. Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada UPSI.

Bagi fokus kemahiran, kebiasaannya ia berkait rapat dengan tema dan aktiviti yang dipilih. Boleh juga dispesifikkan pada kemahiran tertentu jika anak menunjukan kelewatan yang KETARA. Kelewatan yang ketara ini maksudnya perkembangan anak tidak sama dengan kanak-kanak seusia. Perkembangan anak-anak ini ada cepat dan ada lambat. Jika terlalu lambat boleh bawa anak untuk dapatkan rawatan lanjut dengan pakar kanak-kanak. Mungkin ada isu kesihatan lain yang mempengaruhi kelewatan perkembangan tersebut.

Bahagian dan catatan ini senaraikan sumber-sumber rujukan, pakar, individu method dan lain-lain yang menjadi pegangan anda dalam mendidik anak.

Saya mengamalkan leasure parenting. Tahun ini Muhammad akan berumur 5 tahun pada 16 Mei nanti. Sudah masanya untuk saya memasukkan unsur-unsur akademik sedikit dalam aktiviti sehariannya namun membaca masih keutamaan selagi dia belum bersedia. Saya dan suami sepakat untuk mempelkenalkan konsep nombor dan hijaiyah dahulu kepada Muhammad. 

Pemilihan tema masih tiada yang spesifik kerana kami suka anak yang mengetuai proses tersebut. Pemilihan aktiviti lebih kepada 20% berstruktur dan 80% tidak berstruktur. Tiada fokus kepada kemahiran tertentu kerana kami memilih method bermain dan lifeschooling. Makanya setiap skill akan digabungkan ketika proses bermain dan aktiviti harian. Semuanya merentas tema, aktiviti dan kemahiran.

Kenapa kami memilih cara ini? Ia memberi lebih fleksibiliti kepada kami untuk mendidik anak-anak ini. Pada masa yang sama proses untuk merancang aktiviti boleh dipendekkan dan tidak terlalu terikat. Kunci utama di sini adalah FLEKSIBILITI yang ada. Kita perlu mengambil tahu tentang perubahan mood, emosi, kesediaan, mental, keupayaan dll apabila hendak memulakan sesuatu proses pembelajaran bersama anak-anak. Masa juga kami tidak spesifikkan pada waktu tertentu kerana mendidik adalah satu proses yang berterusan. Pentingkan proses dan 'bonding time'. 

Saya bagi contoh bagaimana Muhammad dan Yusuf belajar mengenal warna. Ia banyak berlaku dalam perbualan sahaja. 

"Muhammad, tolong umi ambilkan baju warna biru tu".
"Bola biru mana Yusuf?."

"Kenapa kereta tak gerak?"
 "Lampu isyarat tu belum hijau."

dan yang menakjubkan, bila anak-anak ini hendak meminta barang diorang akan terbiasa memberi jawapan yang spesifik. Terutama Yusuf.

"Yusuf nak kereta mana?"
"Yusuf nak kereta warna pink. Kereta biru Muhammad punya."

Anak-anak ini dapat mengenal dan mengecam tentang warna tanpa mereka sedar pun mereka belajar tentang warna. Sebab itu kami sepakat untuk meneruskan cara begini dalam mendidik mereka. Namun begitu semua terletak pada keupayaan dan fokus keluarga masing-masing dalam menentukan cara didikan terbaik untuk anak-anak. 

p/s: pdf rancangan pembelajaran individu ini saya ada kongsikan dalam group telegram ini.
http://t.me/santaiparentingdanlifeschooling


Nurul Khairun Naim
sedekad bersama anak istimewa
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: Nurul Khairun Naim

Tuesday 14 April 2020

8 Langkah Buat Duit Tanpa Modal & Tanpa Risiko

Bismillahirrahmanirrahim...


PENJUAL SYOK SENDIRI!

1. Tunggu idea bertahun-tahun. Sangkut.

2. Dah ada produk, orang tak beli. Sangkut lagi. 

3. Sedar diri: Kita je obses sangat dengan idea produk kita. 

4. PELANGGAN sikit pun tak peduli pasal produk kita. 

5. Mereka hanya kisah HASIL yang mereka nak dapat. 

6. Kalau mereka tahu boleh dapat HASIL, mereka tak kisah pun apa JALAN-nya. Asalkan mereka percaya dengan jalan itu boleh bawa hasil. 

7. Kalau kita menjual produk tapi kita tak tahu siapa PELANGGAN & kita tak tahu apa HASIL yang mereka nak... alamatnya, memang orang tak beli apa kita jual.

--

Nak belajar 8 langkah untuk mula projek buat duit tanpa modal & tanpa risiko walaupun kita takde idea apa nak jual?

Klik link di bawah.

Copy & paste skrip ini di komen pertama

Picit SINI untuk baca:
👉🏻 https://brc.my/431-mdk-456/hai/925


Silakan share kepada kawan-kawan.

Bekerja Dari Rumah



Bismillahirrahmanirrahim


Bayangkan, punya la banyak masa kita jimat bila duduk di rumah musim lockdown ni.
 Tak payah kena hadap jammed travel pergi tempat kerja
 Tak payah nak bersiap-siap, gosok baju nak pergi kerja
 Tak payah kena hantar anak ke sekolah
Tapi kerja, tak juga siap-siap.
Seharian tak nampak apa benda yang kita buat!
.
.
Haa panduan ni mungkin boleh bantu.
Dah lebih 1,000 orang download untuk merancang kerja supaya boleh siap banyak walaupun buat kat rumah!
Bukan kena bayar pun.
Download, baca dan boleh terus buat.
Link download di bawah.
👇🏻👇🏻

https://brc.my/duduk-rumah-kerja-siap/hai/925

Marketing Online

Bismillahirahmanirahim..





Nak belajar marketing tapi susah nak faham?

Baca panduan percuma ni dulu.
👉 Apa benda kita WAJIB tahu pasal marketing 
👉 7 silap yang biasa orang buat dalam marketing 

Download percuma kat sini:

https://brc.my/panduan-marketing-101/hai/925

Monday 13 April 2020

Senarai Semak Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak

Assalamualaikum

Saya lihat ramai yang bersemangat buat aktiviti dan mengajar anak di rumah.
Wahh ini satu perkembangan yang bagus.
Banyak lambakan cadangan aktiviti dan kertas latihan yang di kongsi.
Boleh beli atau print sahaja. Pilihan di tangan sendiri.
Tapi bila banyak sangat keliru juga nak pilih yang mana. Anak perlukan aktiviti yang bagaimana? 
Bagi yang baru nak mula homeschool dan sukakan aktiviti terancang, saya kongsi sedikit pengalaman.
Approach ni saya guna dengan murid2 istimewa untuk tahu tahap kesediaan awal kanak2 masa baru masuk sekolah.
Nak guna untuk anak2 biasa pun tiada masalah.
1. rujuk senarai semak perkembangan.
2. rancang intervensi dan fokus kemahiran yang kanak-kanak perlukan. 
3. pilih tajuk dan tema yang sesuai.
4. Rancang proses pembelajaran
5. Rancang cara nak laksanakan

P/s: senarai semak perkembangan saya kongsi dalam link ini.



Nurul Khairun Naim
Sedekad bersama anak-anak istimewa
facebook: Nurul Khairun Naim
instagram: Nurul Khairun Naim




Sunday 12 April 2020

Buat Duit Online

Assalamualaikum.

Saya tak tahu nak bantu macam mana. Tapi saya tahu ramai yang terkesan dengan musibah wabak ni.

Ramai yang hilang pekerjaan, tak dapat gaji, tiada tempat bergantung dan macam macam kejadian yang tak diingini berlaku.

Jadi, dengan rasa rendah diri saya nak ajak sama sama *DAFTAR* agent Projek RM10.000 Team Raya Sakan*

❌ Tak perlu keluar modal
❌ Tiada hidden cost
❌ Tak perlu pegang stok
❌ Tak perlu packing barang
❌ Tak perlu pergi pejabat pos

Apa yang anda perlu buat adalah, hanya buat marketing dan segala ilmu akan dicurahkan untuk sama sama berjaya. Amin.

Mudah kan?

Link daftar 👇
https://cikgumael.onpay.my/order/form/projek10k/nurul218

Thursday 9 April 2020

Rancangan Pembelajaran Individu (RPI)

Teks: Nurul Khairun Naim

Sejak melalui Program Kawalan Pergerakan (PKP) saya melihat ramai ibu bapa yang mula berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak. Tidak terkecuali promosi bahan-bahan bantu belajar yang hangat di pasaran. Namun bagaimana untuk menjadikan aktiviti tersebut lebih bermakna dan bukan seronok sendiri?

Saya masih berpegang kepada kepentingan 'self direct learning'. Dimana kepentingan ilmu berbanding belajar untuk peperiksaan. Yang mana lebih penting? kemahiran akademik atau kemahiran kognitif? Pengalaman bersama anak-anak istimewa lebih sedekat melihat walaupun kemahiran kognitif tinggi namun apabila kemahiran akademik yang diambil kira, kepandaian mereka tidak diiktiraf. Hanya yang mengenali mereka kenal bagaimana. Mahukah kita menyekat perkembangan dan kepintaran kognitif anak-anak hanya disebabkan kemahiran akademik yang dikejar? 

Bagaimana untuk menyokong perkembangan kognitif ini? Biarkan anak-anak bermain dan meneroka. 90% kemahiran kognitif dibina sebelum usia 6 tahun. Ada sesetengah memanggilnya EQ. 10% lagi akan berkembang setelah kanak-kanak usia 6 tahun ke atas. 

90% kemahiran kognitif kanak-kanak yang terbentuk bawah 6 tahun.
Namun begitu, tidak dinafikan ada pelbagai cara keibubapaan yang boleh digunakan. Ambil peluang untuk tahu setiap perkembangan anak-anak dan apa sebenarnya yang diperlukan. Fokus pada keperluan emosi. Perkembangan IQ dan academic akan datang kemudian. Bersama ini saya kongsikan borang merancang pembelajaran individu di rumah. 


Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sering kali di gunakan bagi merancang fokus pengajaran dan pembelajaran anak-anak istimewa di sekolah. Saya ubahsuai sedikit supaya bersesuaian dengan ibu bapa yang baru ingin merancang pembelajaran anak-anak di rumah. Ia juga sesuai digunakan oleh anak-anak tipikal. Boleh download di http://t.me/santaiparentingdanlifeschooling.

Saya akan kongsikan dalam entry selanjutnya.



Nurul Khairun Naim 
Sedekad bersama anak-anak istimewa
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: Nurul Khairun Naim


Friday 3 April 2020

Bonding time


Teks: Nurul Khairun Naim

Assalamualaikum

Sesuatu yang saya belajar daripada ibu yang berpengalaman, jangan sesekali meletakkan pencapaian akademik melebihi hubungan dan interaksi kita dengan anak-anak. Ini boleh diaplikasi oleh semua orang dan sesiapa sahaja.

Pencapaian dalam akademik boleh dikejar tetapi hubungan yang renggang sukar untuk diperbaiki.

Ketika anak masih kecil, ambil peluang kejar setiap pengalaman pertama mereka dengan kita. Pengalaman dan pengetahuan yang kita beri dan sokong pada anak-anak adalah sangat berharga dan tidak terdapat dalam mana-mana buku.

Jadi jangan stress bila tengok orang lain boleh merancang dan melakukan pelbagai aktiviti dengan anak-anak.

Ada banyak ilmu dan pengalaman untuk diteroka dengan cara masing-masing.

P/s: jemput rakan-rakan masuk ke channel ini. boleh kongsikan link di bawah:

http://t.me/santaiparentingdanlifeschooling


Nurul Khairun Naim
10 years of Special Education Teacher
Instagram/Facebook: Nurul Khairun Naim