Friday 3 April 2020

Bonding time


Teks: Nurul Khairun Naim

Assalamualaikum

Sesuatu yang saya belajar daripada ibu yang berpengalaman, jangan sesekali meletakkan pencapaian akademik melebihi hubungan dan interaksi kita dengan anak-anak. Ini boleh diaplikasi oleh semua orang dan sesiapa sahaja.

Pencapaian dalam akademik boleh dikejar tetapi hubungan yang renggang sukar untuk diperbaiki.

Ketika anak masih kecil, ambil peluang kejar setiap pengalaman pertama mereka dengan kita. Pengalaman dan pengetahuan yang kita beri dan sokong pada anak-anak adalah sangat berharga dan tidak terdapat dalam mana-mana buku.

Jadi jangan stress bila tengok orang lain boleh merancang dan melakukan pelbagai aktiviti dengan anak-anak.

Ada banyak ilmu dan pengalaman untuk diteroka dengan cara masing-masing.

P/s: jemput rakan-rakan masuk ke channel ini. boleh kongsikan link di bawah:

http://t.me/santaiparentingdanlifeschooling


Nurul Khairun Naim
10 years of Special Education Teacher
Instagram/Facebook: Nurul Khairun Naim




No comments:

Post a Comment