Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak dua menjak ni minat nak berkrafting datang semula. tapi memandangkan barang-barang dan peralatan masih berada di rumah melaka, minat itu dipendamkan dahulu. Tapi tangan ini memang sudah gatal sangat. hihihi..
Hari ini berkesempatan untuk membuat review tentang beberapa mesin jahit yang bakal digunakan untuk projek krafting nanti. Suatu ketika dahulu aku pernah membeli sebuah mesin jahit mini untuk kerja-kerja krafku. Namun mesin itu tidak dapat digunakan semaksima mungkin. Mesin jahit itu hanya mampu untuk menjahit sesetengah fabrik sahaja. Agak kecewa juga dengan apa yang berlaku. Kali ini aku bertekad untuk mendapatkan sebuah mesin jahit yang mempunyai pelbagai fungsi. Aku memilih mesin jahit Brother model NV955.
Mesin jahit ini mampu untuk melakukan kerja-kerja menjahit asas dan juga kerja-kerja menyulam. Harganya pula lebih murah berbanding mesin jahit sulam yang lain. Jadi ia sangat sesuailah untuk aku yang mahu memulakan semula projek kraftingku. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui spesifikasi lengkap tentang mesin ini boleh klik pada link berikut >>>>>> NV955
Teks: NURUL KHAIRUN BT NAIM
FOTO: CARIAN GOOGLE
Salam kenal
ReplyDeleteSalam kenal :)
ReplyDelete