Kredit: cake-2-u.blogspot.my
Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ini aku kongsikan bahan dan cara-cara untuk membuat roti sourdough. Aku dapat resepi ini daripada blog cake-2-u. Disebabkan sourdough starter aku belum menjadi lagi, jadi aku kongsikan maklumat berdasarkan apa yang aku dapat daripada pembacaan.
Bahan-bahan Sourdough Bread
500g tepung roti
400g Sourdough starter (1 1/2 cawan)
250 ml air
2-3 cubit garam
1 cubit gula
Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata
2. Terbalikkan mangkuk ke atas counter top atau permukaan yang bersih dan mula menguli selama 10 minit sehingga elastik dan licin. (Saya masukkan semua di dalam mixer KA saya... cuma saya uli dengan tangan di penghujung proses)
3. Bulatkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang telah di sapu dengan minyak zaitun dan tutup mangkuk dengan kain lembab. Biarkan ia naik... akan mengambil masa 2 ke 3 jam. Doh akan naik tapi tidak naik sehebat macam kita guna yis komersial.
4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. bentukkan dalam 2 buku roti - boleh bentukkan ikut kreativiti masing-masing. Macam saya letak 1 doh dalam bakul Banetton dan satu lagi saya bentukkan lonjong. Biarkan doh yang dibentuk naik akan ambil masa 2-3jam atau sehingga naik separuh tak perlu sekali ganda macam kita buat roti yang biasa. Sebelum bakar doh, taburkan tepung di atas permukaan doh roti dan hiriskan bahagian atasnya untuk keluarkan lebihan gas dan ia juga akan membentuk corak yang cantik di permukaan roti.
5. Panaskan oven pada suhu 220c dan bakar roti selama 35 ke 40 minit atau sehingga kerak yang cantik terbentuk.
nota: untuk mendapatkan kerak yang cantik semasa meletakkan roti di dalam oven, letakkan juga beberapa ais kiub di bawah tray roti. Ais kiub akan membentuk stim di dalam oven dan seterusnya membantu menghasilkan kerak yang cantik dan roti yang rangup.
Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim
WhatsApp: +60194092941
No comments:
Post a Comment