Thursday, 11 August 2016

Chia Seed

Teks: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak aku membuat keputusan menukar diet pemakanan harian, terdapat satu kedai ini yang menarik perhatianku. Nama kedai tersebut Zenxin. Ia adalah kedai yang menjual produk organik. Jika anda exit Tol Lebuhraya Ayer Hitam menghala ke Kluang, anda akan melalui satu kawasan ladang yang besar kepunyaan pemilik Zenxin ini. Kedai yang aku maksudkan pula terletak di groundfloor Kluang Mall. Memang teruja masuk ke situ.

Apabila masuk ke situ, rupanya barulah aku tahu ada pelbagai jenis makanan organik lain yang tidak aku ketahui. Akhirnya aku mendapatkan Organic Raw Cane Sugar bagi menggantikan penggunaan gula putih di rumah. Yang lain-lain, aku perlu membuat pembacaan sedikit sebelum membeli dan mengamalkannya. Pada masa yang sama aku melihat chia seed yang semakin disebut-sebut pada hari ini. Rupanya hampir sama seperti habbatussauda dan biji selasih.

Apa yang membezakan biji selasih dan biji Chia adalah biji selasih perlu direndam dalam air terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Manakala biji Chia boleh terus digunakan dan ditabur dalam minuman atau makanan. Tapi diingatkan penggunaan hariannya tidak boleh melebih 1 sudu.

Biji Chia berasal daripada sejenis tumbuhan yang ditanam di Mexico. Terdapat pelbagai khasiat di dalamnya termasuklah Omega 3, Kalsium, antioksida serta lain-lain lagi. Pengambilan Chia seed boleh diselang-selikan dengan pengambilan telur.



Selain di Zenxin, rakan-rakan boleh dapatkan biji Chia ini di kedai Cosway serta pasaraya lain di bahagian makanan organik. Kewujudan biji Chia ini sudah lama, namun ia masih baru dikalangan kita kaum Melayu. Sedangkan kaum Cina telah lama mengamalkan pemakanan sihat dan organik ini. Marilah kita sama-sama menukar corak pemakanan kita kepada yang lebih sihat.


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

No comments:

Post a Comment