Saturday, 6 February 2016

GPS Sydney

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim...


Penceritaan buku ini mengingatkan kembali pengalaman berjalan-jalan di sekitar Bandar Sydney. Tidak dinafikan sememangnya apabila berjalan di negara maju, segala kemudahan juga maju. Walaupun nilai mata wangnya jauh lebih tinggi, Namun tidak dinafikan pengalaman yang di perolehi juga tinggi nilainya. 

Sememangnya kita akan cuba untuk membandingkan antara negara kita Malaysia dengan negara orang. Dari aspek kebersihannya, persekitarannya, budayanya, rakyatnya dan sebagainya sama ada sengaja atau tidak sengaja. Penulis juga tidak terkecuali berbuat demikian sepanjang dia menyambung pelajarannya di Sydney. Namun kata-kata tutornya yang bernama Maria memang sangat mengesankan hati ini. Tidak dinafikan kemudahan pengangkutan, persekitaran, pembangunan, pendidikan, jauh lebih maju berbanding Malaysia, tetapi Maria meminta penulis untuk merenung kembali tentang kehidupan di sana. Bagaimana orang-orang tua di sana di layan. 

Anak-anak memanggil ibu bapa dengan panggilan nama sahaja. Ibu bapa pula perlu hidup berdikari apabila telah tua kerana anak-anak akan berpindah keluar dan hidup bersendirian. Maria menyatakan pada penulis betapa dia cemburu dengan Malaysia dia mana penuh dengan nilai-nilai murni dan kekeluargaan berbanding Sydney. Malaysia penuh dengan adab dan sopannya kepada orang tua. Walaupun tidak semua Malaysia itu melambangkan apa yang dikatakan adab dan sopan yang sepatutnya, tetapi masih ramai yang menitikberatkannya. Kata-kata Maria ini menyedarkan penulis betapa pembangunan ini kadangkala menyebabkan runtuhnya nilai kekeluargaan dalam diri individu. Pembangunan dan kemajuan menyebabkan masing-masing mahu mengejar kebendaan. Kata-kata Maria menyebabkan penulis insaf dan bersyukur dengan apa yang telah dia ada.


Tajuk buku: GPS Sydney
Terbitan:
Jumlah muka surat:


No comments:

Post a Comment