Wednesday 3 February 2016

Pendekatan Pembelajaran Pendidikan awal kanak-kanak


Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini saya ingin kongsikan tentang pendekatan-pendekatan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini menjadi panduan kepada ibu bapa dalam memilih tadika atau prasekolah yang sesuai dengan anak mereka. Ibu bapa perlu membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui suasana pembelajaran yang terdapat di prasekolah atau tadika pada masa kini

1. Pendekatan Tradisional

Prasekolah yang menggunakan pendekatan tradisional lebih menjurus kepada akdemik. Kanak-kanak akan diajar cara mengira, membaca dan menulis sebagai persediaan memasuki alam persekolahan. Selain itu, kanak-kanak turut diterapkan dengan pengajaran berstruktur melalui aktiviti bercerita, seni dan kraf serta rutin bermain.

2. Pendekatan Montessori

Pendekatan ini tertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak. Elemen yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada pengalaman yang diperlukan. Kanak-kanak juga didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai salah satu proses pembelajaran.

3. Pendekatan Reggio Emilia

Pendekatan ini percaya bahawa kanak-kanak berupaya, penuh keinginan dan mampu untuk membesar serta membentuk pengetahuan mereka sendiri. Di sini, kanak-kanak akan belajar melalui interaksi dengan orang lain termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan. Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini ialah guru akan berbual dengan kanak-kanak secara perseorangan atau kumpulan kecil dan meminta pendapat mereka tentang sesuatu topik yang diberikan.

4. Pendekatan Waldorf
Pendekatan ini menggalakkan persekitaran pembelajaran yang sihat. Antara permainan yang diterapkan ialah permainan imaginatif, aktiviti bercerita dan seni. Sistem pembelajaran ini tidak menggunakan bahan akademik ataupun mendedahkan kanak-kanak kepada suasana pembelajaran sebenar di sekolah rendah seperti tiada kerja rumah atau nota diberikan mahupun ujian peperiksaan.



Sumber: Majalah SmartKids World
Olahan: Penulis Blog


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

No comments:

Post a Comment