Monday, 18 January 2016

Sungai Rajang Sarawak

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirahmanirrahim..

Terimbas kembali pengalaman berjalan-jalan suatu masa dahulu. Disebabkan keinginan untuk menjelajah Sarawak pada ketika itu, aku menghubungi seorang kenalan kepada rakanku. Aku memberitahunya ingin berjalan ke Sarawak. Aku hanya berhubung dengannya melalui Facebook dan menerusi telefon. Apabila telah ditetapkan tarikh dan tempatnya maka bermulalah perjalananku.

Perjalananku bermula daripada Melaka ke LCCT kemudian menaiki kapal terbang menuju ke Sibu. Kenalanku bernama Vin telah menantiku di sana. Aku pergi hanya bersendirian. Di Sibu, Vin telah menantiku bersama saudaranya. Aku dibawa kerumah saudaranya yang terletak di Bandar Sibu. Rupa-rupanya Vin telah mengaturkan satu rancangan buat aku. Pada malam itu juga kami menaiki bas ke Bintulu. Jalan raya di sana bukanlah seperti di semenanjung. Bas expressnya juga bukanlah seselesa bas-bas di semenanjung. Jalannya berlopak-lopak. Kerusinya pula tidaklah selembut kerusi bas yang biasa ku naiki di semenanjung. Pada keesokan paginya kami tiba di Bandar Bintulu. Saudara Vin telah menanti kami di sana.

Setelah hari siang, kami dibawa berjalan-jalan disekitar Bandar Bintulu. Kemudian ada saudaranya yang lain membawa pula kami berjalan-jalan di sekita Bandar Miri. Antara tempat yang kami lawati di Miri ialah Marina Bay dan Lady Oil Plant (lupa nama sebenarnya). Pada sebelah malamnya kami menaiki bas dan pulang semula ke Sibu.

Keesokannya, Vin membawa aku bersiar di sekitar bandar sibu sementara menanti untuk menaiki bot laju untuk pulang ke Dalat. ini merupakan pengalaman pertamaku manaiki bot laju. Vin memberitahu, aku boleh menaiki van untuk ke Dalat dari Sibu tapi ia mengambil masa 4 jam perjalanan. Jika menaiki bot laju ia hanya 2 jam perjalanan sahaja. Tetapi Vin menyatakan bergantung kepada keadaan sungai juga kerana kalau bergelora tidak boleh juga menaiki bot.

Vin memberitahu aku sangat bertuah kerana dapat rasa menaiki bot laju melalui Sungai Rajang. ini kerana beberapa hari sebelum itu, Sungai Rajang tidak dapat dilalui kerana terdapat banyak kayu balak hanyut. Pengalaman pertamaku manaiki bot laju. Mujur tiada pening atau mabuk sepanjang menaiki bot itu. Kami tiba di Pekan Dalat waktu tengah hari. 

Dalat merupakan sebuah Pekan kecil di Daerah Mukah. Selain pengangkutan air, Pengangkutan udara juga boleh digunakan. Kalau daripada Kuala Lumpur, aku perlu manaiki penerbangan ke Kuching dahulu dan kemudian menaiki Mas Wing untuk sampai ke Mukah.

Rumah Vin adalah perkampungan atas air. Belakang rumahnya terdapat sungai yang luas. Aku dapat lihat bot laju lalu lalang di sungai itu untuk mengambil dan menghantar kanak-kanak ke sekolah. jika di semenanjung suasana sibuk tentulah atas jalan raya, tetapi di sana di dalam sungai yang sibuknya. Aku sangat teruja dengan pemandangan sedemikian. 

Keesokannya, aku menaiki bot laju untuk kembali ke Sibu dan menaiki kapal terbang pulang ke semenanjung. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman hidup yang menarik untuk dilihat dan perjalanan yang 'adventurous'. Ku doakan agar Vin berbahagia selamanya. Untuk pengetahuan semua pada ketika ini Vin merupakan seorang Muslimah setelah memeluk Islam 3 tahun yang lalu. Pada ketika perjalanan ini di lakukan dia masih lagi merupakan seorang dari suku Bidayuh dan belum memeluk Islam. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraannya. Ameen.


SATU PERJALANAN SERIBU PENGETAHUAN


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

No comments:

Post a Comment