Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah pada kali ini kita akan berbincang tentang kriteria bagaimana untuk memilih taska. Aku pasti semua ibu bapa kalau boleh mahu menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak. Namun disebabkan tuntutan hidup, kedua ibu bapa terpaksa bekerja mencari nafkah. Pasti ramai yang berasa risau dan khuatir bila mahu menghantar anak ke taska berikutan pelbagai kes yang tidak diingini berlaku. Oleh itu di sini saya kongsikan beberapa tips bagaimana untuk memilih taska yang terbaik untuk anak-anak kita.
1. Mencari maklumat
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan, risalah ataupun internet tentang sesuatu taska. Jangan tergesa-gesa membuat sesuatu keputusan. Jika taska ada membuat hari terbuka, ambillah peluang untuk hadir dan bertanya tentang apa sahaja yang ingin di ketahui
2. Melawat pusat jagaan
Ibu bapa boleh pergi melihat lokasi pusat jagaan tersebut sama ada fasilitinya mencukupi, bangunannya selamat mengikut piawaian bomba, jabatan kesihatan dan sebagainya.
3. Melihat perjalanan taska.
Dapatkan maklumat sama ada taska tersebut berdaftar dengan pihak sepatutnya. Perhatikan jumlah guru/penjaga dengan kanak-kanak. (lihat dari luar sahaja ya kerana jika tidak berkenaan anda tidak dibenarkan masuk dalam kawasan taska sebagai langkah keselamatan). Kalau ikut American Academy of Pediatrics, nisbah kanak-kanak dan penjaga sepatutnya:
1 tahun ke bawah 1: 3
1-2 tahun 1: 5
2-3 tahun 1: 6
3-4 tahun 1 : 10
5 tahun ke atas 1 : 12
4. Dapatkan 'review'
Dapatkan pandangan rakan atau saudara lain yang ada atau pernah menghantar anak ke taska tersebut. Jika ada anak lain yang di hantar ke taska tersebut boleh juga ditanyakan tentang layanan pengasuh dan perkara-perkara tertentu kepada mereka. Apa yang pasti, kanak-kanak tidak pandai berbohong. :)
5. Buat keputusan
Setelah menimbangtara, buatlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Pastikan keselamatan diutamakan berbanding yuran taska. Sebaiknya buatlah Istikharah meminta petunjuk. Biarlah dalam segala urusan pun kita berserah dan meminta petunjuk daripadanya.
SEMOGA BERMANFAAT
Sumber: Majalah Demi Cinta Isu 4
Olahan: Penulis blog nurulkhairunnaim.blogspot.com
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941
No comments:
Post a Comment