Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah pada kali ini kita akan berkongsi tentang pendidikan kanak-kanak.
Bilakah sewajarnya ia bermula?
Bagaimanakah caranya?
Apa yang perlu dilakukan?
Apa yang perlu disediakan?
Apa pengisiannya?
Ini antara beberapa persoalan yang sering bermain difikiran ibu-ibu pada ketika ini. Tidak dinafikan kesedaran tentang pendidikan awal kanak-kanak pada ketika ini cukup meluas. Ramai ibu bapa yang teruja untuk berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak. Ini menyumbang kepada kewujudan komuniti yang menyekolahkan anak mereka di rumah atau di panggil 'homeschooling'.
Namun begitu, ramai terkeliru antara istilah 'homeschooling' dengan istilah 'home activity'.
Pada kali ini kita akan membincangkan tentang 'home activity' atau mungkin sesetengahnya memanggil sekolah kanak-kanak. Kita kena ingat bahawa sekolah kanak-kanak bukanlah sekolah rasmi. Ia cuma berfokuskan kepada bagaimana anda meluangkan masa bersama anak-anak.
"Tot School isn't really school at all, it's just a focused time with your tot, exploring together and having fun!" (Carisa, from 1+1+1=1)
Siapa bersetuju dengan Carisa? Ya, ia adalah bagaimana cara kita mengasah dan 'polish' keperluan dan kebolehan anak-anak dengan cara yang menyeronokkan. Lumrah kanak-kanak suka bermain. Oleh itu jadikan satu aktiviti bermain itu permainan yang bermakna dan menyeronokkan. Terdapat banyak bahan di internet yang boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu merancang aktiviti. Gunakan barang sedia ada untuk menjimatkan kos. Berikut dicadangkan beberapa cara bagaimana merancang aktiviti bersama anak-anak.
2. Pilih 5 mainan yang anda rasa mahu main dengan anak anda
3. Duduk dan bermain dengan anak anda sambil kenalkan dengan kemahiran baru
4. Buat carian di internet tentang aktiviti yang boleh dilakukan pada umur anak anda
5. Perlahan-lahan pelbagaikan aktiviti dan kemahiran dalam bermain
6. Sentiasa ingat bahawa ANAK ADA PERLUKAN ANDA, BUKANNYA MAINAN SEMATA. Luangkan lebih banyak masa bersama.
SELAMAT BERAKTIVITI
Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941
No comments:
Post a Comment