Saturday, 16 January 2016

Little Muhammad 8 Month Old

teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah pada 16 Januari 2016 anakku Muhammad sudah menjejak usia 8 bulan. Makin banyak ragam dan tingkah laku yang ditunjukan. Kadangkala terasa juga keletihan melayannya seharian. Namun ada juga ketikanya membuatkan ku ketawa sendirian. Jika dia tiada dirumah aku juga yang kesunyian. Pada usia 8 bulan, Muhammad telah membesar dengan baik. 

Sekarang dia sudahpun merangkak dan memanjat kita. Mungkin tidak lama lagi sudah mahu berjalan. Acap kali juga terjatuh kerana masih kurang imbangan. Aku lebih banyak membiarkan sahaja dia berbuat apa-apa dengan tujuan baginya untuk 'explore'. Semua yang dilakukannya adalah di bawah pemerhatian dan pemantauanku. Cumanya sesekali terleka dengan urusan lain membuatkanku terlupa sebentar dengannya. Ketika inilah kadangkala Muhammadku terjatuh atau terhantuk. Namun jarang sekali mendengarnya menangis.

Sesungguhnya anak ini adalah amanah Allah. Kita bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Kita juga akan dipersoal jika terjadi sesuatu yang tidak elok dengannya. Maka jagalah dan didiklah mereka dengan sebaiknya. Ku doakan moga Muhammad membesar dengan sihat dan dapat berbakti untuk agamanya. Ameen




Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

No comments:

Post a Comment