Friday 12 August 2016

Magnesium Flakes

Teks: Nurul Khairun bt Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada kali ini aku akan berkongsi tentang Magnesium Flakes. Alhamdulillah aku berkenalan dengan seorang naturopath dalam satu kelas membuat Booch. Jika di FB beliau dikenali sebagai Kebayan Siam. Namun dia meminta kami untuk memanggilnya Kak Nik sahaja. Kak Nik la yang mempelkenalkan Magnesium Flakes ini. Apa yang bakal aku kongsikan ini adalah manfaat yang aku rasakan setelah menggunakan Magnesium Flakes.

Inilah rupa magnesium flakes

Apakah Magnesium Flakes?
Magnesium Flakes adalah kepingan garam yang di ambil daripada laut. Terdapat banyak kelebihan apabila kita menggunakan magnesium. Bagi Magnesium flakes ini, aku gunakan untuk merendam kaki dan membuat air mandian anak. Magnesium ini membantu dalam membetulkan kembali jam harian serta memberikan rehat yang berkualiti untuk badan.

Kebiasannya aku menggunakan magnesium flakes ini untuk merendam kaki setelah melalui hari yang sangat memenatkan. Memadailah hanya berendam selama 20-30 minit. Tapi dijamin, anda akan tertidur sebelum tamat 20 minit tersebut. Dan bangun keesokan hari dengan badan yang lebih segar.

Aku juga melarutkannya sebagai air mandian anakku. Jika aku ingi menjadualkan semula waktu tidurnya, memang aku akan rendamkannya pada waktu petang. Jika sebelum ini, anakku sering tidur sehingga lewat malam, namun dengan Magnesium Flakes ini seawal jam 9 lagi dia sudah keletihan dan mengantuk. Little Muhammad akan tidur lena sepanjang malam dan hanya terjaga sekali sahaja untuk menyusu sekitar jam 1-2 pagi. Namun keesokan harinya seawal jam 5 pagi dia sudah bangun dan ajak bermain. 

Tidak perlulah digunakan setiap hari. Memadai 1 kali seminggu atau pada hari-hari yang dirasakan sangat 'hetic'. Kak Nik juga ada berkongsi pengalaman rakannya merendam suami (Magnesium Flakes Bath) dalam bath tub. Suami rakannya seorang perokok. Setelah selesai mandian tersebut, suaminya rakannya terkejut apabila melihat terdapat kesan warna kecoklatan dan bau seperti tar pada tuala mandinya. Seolah-olah tar yang terdapat dalam badannya kesan daripada merokok keluar melalui celah-celah kulit. Wahh..begitu hebat ciptaan tuhan. Dia telah bekalkan dunia ini dengan pelbagai bahan-bahan alami yang boleh kita gunakan untuk kesihatan. 

Kesan penggunaan pada setiap individu adalah berbeza bergantung kepada tahap toxic dalam badan. Oh ya sebelum terlupa, Magnesium Flakes ini juga membantu kita untuk detok racun-racun dalam badan. Iya la, untuk topup apa yang kurang kita ambil suppliment. Tapi tak pernah detok racun-racun yang ada. Bahaya tu. Bila kita amalkan apa-apa, mesti kita detok. Barulah perjalanan fungsi-fungsi dalam badan dapat dimaksimakan. 

Selain itu, Kak Nik ada juga berkongsi tentang penggunaan Magnesium Oil. InsyaAllah akan aku kongsikan dalam entry blog seterusnya. Bagi yang ingin mendapatkan Magnesium Oil, boleh cari di mana-mana farmasi berdekatan dan terdapat pelbagai jenama. Kalau yang tidak berkesempatan ke farmasi boleh sahaja order dengan Kak Nik (fb; kebayan siam @ n4natural)


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

14 comments:

  1. boleh share amount of flakes dgn air..sukatannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau untuk rendam kaki dalam 15g/ 1 penutup botol ubat.
      Kalau untuk rendam mandi baby saya letak satu cawan sebab bath tubnya besar. kalau baby kecil lagi dalam 3 penutup pun dah cukup sebab baby ni sensitif sikit dan penyerapan kulit dia lebih tinggo

      Delete
  2. Terima kasih Keon. Nanti sambung entri lagi ya. Tahun lepas lagi dah dengar pasal ni melalui seorang doktor yang syorkan sebab Aina ada masalah BP semasa mengandung tapi tak sempat cari. Beberapa hari lepas tu dah bersalin ... hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..tgh mencari masa nak mengarang entry :)

      Delete
  3. Assalam sis..akk,da beli oil, n jga mag flakes..tp Blum lg d guna..boleh ke direct kpd tempat yang sakit..mag oil tu..cth kalau sakit di bahagian bahu..?tqvm

    ReplyDelete
  4. Boleh guna direct pada tempat sakit. Tapi utk memaksimumkan penggunaan boleh sapu di bahagian ketiak, pusat, tapak tangan dan tapak kaki. Kerana tempat-tempat ni mempunyai banyak saraf yang menghubungkan dengan organ lain.

    ReplyDelete
  5. Assalam, air rendaman setelah digunakan boleh ke di ulangi rndaman utk org lain plk? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak digalakkan sebab bila kita merendam sebenarnya proses detoksifikasi juga berlaku. Maka sebaiknya gunakan air rendaman yang baru. Air rendaman tadi boleh digunakan untuk menyiram pokok

      Delete
  6. Salam kak. Sy shuhana. Nak tanya. Baby seawal usia berapa ye blh guna magnesium flakes ni ye.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf akak baru perasan komen.
      mengapa nak guna untuk baby ya? ada apa2 itu k? akak suggest 6 bulan ke atas with high precaution ya.

      Delete
  7. Kak klau utk rambut bole tak utk kelumumur? Buat mcm spray

    ReplyDelete
  8. utk sakit gout, sakit buah pinggang boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit gout bleh. kalau sakit buah pinggang tidak digalakkan

      Delete