Friday 6 October 2017

Tarikh Luput Minyak Essential (Essential Oil)

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: google search

Adakah minyak essential mempunyai tarikh luput?

Minyak Essential tidak mempunyai tarikh luput tetapi jika telah dicampur dengan minyak pembawa (carrier oil) ia akan mengikut tarikh luput minyak pembawa tersebut. Adalah penting untuk menggunakan minyak essential dengan cara yang betul supaya tidak mencemar dan merosakkan kualiti minyak essential.

Contohnya, apabila ingin menuang minyak essential di atas tapak tangan, elakkan daripada terkena bahagian atas botolnya kerana dikhuatiri bakteria daripada tangan akan berpindah ke dalam botol minyak essential.

Anggaran penggunaan minyak essential hanya 1-3 titis sahaja kerana ia perlu di campur (dilute) dengan minyak pembawa (carrier oil) kecuali jika ingin di 'diffuse' ia tidak perlu dicampur. Anggaran kuantiti sebotol saiz 5ml mempunyai lebih kurang 80 titis minyak essential manakala botol bersaiz 15ml mempunyai 240 titis minyak essential.



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941


No comments:

Post a Comment