Monday, 9 January 2017

Cara menurunkan kuning pada bayi

Teks: nurul khairun bt naim
Foto: nurul khairun bt naim

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah aku dikurniakan dengan seorang lagi putera. Hari ini genaplah usianya 13hari. Pada masa yang sama aku masih berusaha untuk menurunkan paras kuningnya.

Sehari selepas keluar daripada hospital, keesokannya adikku membawanya untuk check paras kuning. Bacaan yang ditunjukan adalah normal. Hanya 10.3 sahaja. Namun dia hari kemudian, parasnya naim sehingga 12.5. Doktor memberitahu jika kuningnya naik lagi kemungkinan putraku akan ditahan dihospital. Aku masih positif lagi mendengarnya dengan harapan masih ada yang boleh dilakukan untuk menurunkan paras kuning tersebut.

Keesokan harinya utk pemeriksaan kali ketiga, kuningnya hanya turun 0.1 sahaja. Aku masih belum mahu mengalah dengan membiarkan anakku sendirian di hospital. Kebetulan aku berkongsi dan bertanyakan pendapat ahli kumpulan minyakku. Sekadar makluman, aku merupakan ahli young living, yang memasarkan minyak-minyak essential bergred tinggi serta pelbagai produk kegunaan seharian yang natural.

Rakan ahli minyakku mencadangkan geranium. Aku belum ada geranium dalam koleksiku. Seorang lagi mencadangkan frank. Kebetulan aku memang belum merasmikan frank. Jadi inilah masanya untuk merasmikannya. Ya Allah sedapnya bau. Frank @ frankisence berperanan membersihkan kembali udara atau benda-benda yang tidak sedia dgn badan. Biasanya digunakan dalam kebanyakan produk-produk kecantikan.

Semenjak itu, aku dilute setitik eo frank dengan 15ml vco. Kemudian aku sapukan pada tapak kaki dan tulang belakangnya. Pada masa yang sama aku diffuse juga 2titik frank dalam dewdrop. Sedapnya bau bilik. Alhamdulillah setelah 2hari, bacaan kuning anakku turun dengan agak banyak. Daripada 221 kepada 10.8 (185). Setelah 5 hari bacaannya terus turun kepada 8.7. Alhamdulillah bacaannya makin turun. Moga putraku dikurniakan kesihatan yang baik. Ameen.

*Bagaimana eo ini memainkan peranan dalam membantu kesihatan kita akan kuceritakan dalam entry lain ya.


No comments:

Post a Comment