Thursday 15 March 2018

Cara menggunakan Magnesium Flakes

Bismillahirrahmanirrahim..

Bagaimana saya menggunakan magnesium flakes dan bagaimana saya memaksimakan penggunaan magnesium flakes?

Kebiasaannya saya akan mengambil secawan magnesium flakes dan titiskan minyak essential yang ingin digunakan mengikut keadaan.

Contohnya ketika saya membuat spa kaki setelah penat bersukan. Almaklumlah bila bersukan tu terpaksa berdiri dan berjemur lama di tengah Padang. Yang berlatih sebelum tu pun sudah sebulan di padangnya. Maka apabila hari kemuncak memang bertambah-tambah la maksima penggunaan kaki dan berpanasnya. Maka apabila balik sahaja daripada aktiviti sukan tersebut terus saya buat foot spa. Saya gunakan minyak essential daripada Young Living seperti:

1. Panaway : menyokong sistem otot yang banyak digunakan ketika beraktiviti
2. Fennel : menyokong melancarkan perjalanan darah
3. Peppermint : memberi kesegaran dan membantu menurunkan haba badan
4. Lavender : memberi ketenangan dan merehatkan

Saya titiskan 1 titis sahaja setiap minyak essential ini ke dalam magnesium flakes dan buat rendaman kaki selama 30 minit. Memang tertidur masa merendam kaki tu. Tapi apabila bangun terasa kembali bertenaga dan hilang sakit2 badan tadi. Kaki juga tiada rasa bengkak atau kebas akibat digunakan berlebihan. Memang saya syorkan rakan-rakan untuk lakukan ini jika melalui hari yang memenatkan atau 'hectic'. Minyak essential pula boleh pilih ikut keperluan badan masing-masing.

boleh tinggalkan komen @ WhatsApp saya 0194092941 untuk sebarang pertanyaan.



Ummi Muhammad & Yusuf
Fb: Nurul Khairun Naim
Fb Page: The Oil Lady @ DeOilLady


No comments:

Post a Comment