Saturday 20 July 2019

Playroom / Bilik bermain

Teks: Nurul Khairun Naim
Foto: koleksi persendirian


Beberapa bulan lalu umi buat keputusan untuk menempatkan kesemua mainan dan buku dalam bilik. Tujuannya adalah untuk mewujudkan 'the sense of belongings' kepada Muhammad dan Yusuf. Sebelum ini buku dan mainan diletakkan di ruang tamu. Kerana umi merasakan mereka memerlukan ruang yang luas untuk bereksplorasi. Tapi umi yang stress bila seluas-luas ruang tamu digunakan sepenuhnya oleh dua beradik ini.

Makanya umi pindah semua masuk bilik dan jadikan bilik ni playroom @ bedroom dua beradik ni. Sengaja umi letak rak buku bersebelahan rak mainan. Sambil bermain umi boleh bacakan buku. 



Sekarang Muhammad wujudkan pula satu ruang untuk dia berbaring & bermain di antara rak buku dan rak mainan tersebut. Dah jadi macam small camp site pula. Percaya atau tidak, diorang akan habiskan masa berjam-jam bermain dan membaca di sini. Lebih padat dan compact satu2 ruang, lebih pandai dua beradik ini memilih, menyusun dan menggunakan ruang yang ada.  


Sekarang umi sedang memikirkan cara nak buat toy rotation. Seronok tengok team Montessori luar negara update dekat Instagram playroom masing2. Mainan yang ada sudah tinggal sikit sebab dah declutter raya haritu. Tinggal yang betul2 dua beradik ni hendak main sahaja. Berkenan sungguh umi dengan Grimms & Way To Play. Ada geng tak? Tapi kena mahir toy rotation dulu. Baru boleh beli toys baru.


Ummi Nurul
Whatsapp: +60194092941
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim@ theoillady





Friday 5 July 2019

Tambah Selera Makan

Teks: Nurul Khairun Naim

Ibu-ibu mempunyai anak-anak yang susah nak makan tak? @ memilih untuk makan?
Umi pun ada pengalaman macam ni. Umi calit essential oil dekat anak-anak. Lepas tu tak menang tangan umi nak sedia makan.

Umi gunakan minyak essential orange daripada young living. Selain termasuk dalam kumpulan bauan citrus ia juga dipanggil minyak kegembiraan. Budak-budak ni nak makan perlu ada mood. Makanya kita booster mood gembira dia dengan minyak essential dahulu. InsyaAllah bukan setakat berselera makan, kita pun senang nak handle dia, less cranky & less buat perangai.

Selain booster mood gembira dan meningkatkan selera makan, bauan citrus seperti orange ini dapat meningkatkan fokus dan ketajaman fikiran. Makanya masa anak main, baca buku & buat kerja sekolah juga boleh calit minyak essential ni.


Minyak essential Orange ni harga rm65.50. Saiz botol 15ml.
15ml ni bersamaan 300 titik. Sekali calit dalam 1-2 titik untuk seorang anak.
Boleh pakai 2-3 bulan. Nak lebih jimat titik dalan diffuser. Satu keluarga boleh bau sekali.

Minyak essential ni umi pakai & umi juga ada jual. Benda bagus elok kita kongsi bersama. Jika berminat boleh hubungi ummi ya.


Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
Whatsapp: +60194092041

Wednesday 3 July 2019

Bahagia v/s sengsara

Teks: Nurul Khairun Naim

Julai 2019 genap tiga bulan umi bergelar SAHM (stay at home mom). Bahasa mudahnya suri rumah sepenuh masa. Bahagiakah menjadi suri rumah? Kerja yang tidak pernah habis, rakan berbual pun tiada, gaji tiada, nak keluar pun terpaksa angkut askar-askar, tiada masa bersendirian, tiada privacy dan lain-lain lagi.

Bahagia kah?

Jika bahagia itu diukur dengan mata kasar memang orang kata umi tak bahagia. Kalau tanya umi, memang umi jawab bahagia. Bahagia sangat. Bahagia pada umi mungkin tak sama dengan definisi bahagia orang lain. Bahagia bukan pada wang ringgit. Tapi pada hati.

Bagaimana untuk bahagia?

Banyakkan bersyukur dengan sekecil-kecil benda. Bersyukur mampu menghadirkan bahagia dan meningkatkan ketaqwaan. Jika terasa sukar, carilah orang yang rapat dan berada berhampiran, berbicaralah. Luahkan apa terbuku. Jika malu dan sukar juga untuk meluahkan Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap bicaramu.


Umi Nurul
+60194092941
nurulkhairunnaim1146@gmail.com