Thursday 21 January 2016

Permainan Kanak-kanak

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..dalam 'entry' yang lalu saya ada berkongsi tentang pendidikan anak-anak dan bagaimanana untuk memulakannya. Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang 5 permainan yang telah saya pilih untuk beraktiviti dengan Muhammad. Pada setiap permainan beberapa cadangan aktiviti diberikan. Saya telah melakukan aktiviti tersebut bersama anakanda tersayang. Anda boleh mengubahsuainya mengikut kesesuaian.


1. Stacking Block
- aktiviti menyusun blok
- mengenal warna
- mengenal besar dan kecil
- dll

Stacking Blocks
 2. Cube Blocks
- Aktiviti menyusu blok
- Aktiviti mengira jumlah blok
- Aktiviti mengenal warna
- dll
Cube Blocks

3. Buku Cerita Mini
Anakanda sukakan buku. Jadi saya gunakan buku ini untuk beberapa aktiviti seperti:
- mengira jumlah buku
- 'flip' muka surat buku
- menyusun buku
-dll

Mini Story Books
 4. Bola berloceng
- aktiviti mengejar bola
-mengenal pasti arah bunyi
- aktiviti mengenal warna
-dll
Ball with Bell

5. Bola besar dan Bola kecil
Saya membelikan anakanda pelbagai jenis bola pelbagai saiz untuk meransangnya bergerak. Ini petua daripada emak saya. Emak saya cakap biar anak rasa geram bila tengok bola pelbagai warna dan bentuk tu, jadi dia akan paksa diri untuk bangun dan capai bola tu. Dan ia memang membuahkan hasil. Pada usia 3 bulan anakanda sudah meniarap dan pada usia 5 bulan dia sudah menjulur kehadapan dengan laju sambil kadang kala mengangkat badan mahu merangkak. Antara aktiviti yang dilakukan:
- menendang bola
- mengejar bola
- melanbung bola
-menangkap bola
- berguling atas bola
- duduk atas bola
-dll
Small and big ball


Sebenarnya, memang tidak banyak pun mainan yang kami beli untuk anakanda Muhammad. Memang ini sahaja yang ada dalam koleksinya. Sebab itu la timbul idea untuk gunakan buku cerita mini tu. Kalau bertanya tentang koleksi buku memang banyak. Tapi kalau kalau koleksi mainan ini sahajalah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


SELAMAT MAJU JAYA



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim
WhatsApp: +60194092941



Wednesday 20 January 2016

Pendidikan Kanak-kanak ( homeschooling / home activity?)

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah pada kali ini kita akan berkongsi tentang pendidikan kanak-kanak.
Bilakah sewajarnya ia bermula?
Bagaimanakah caranya?
Apa yang perlu dilakukan?
Apa yang perlu disediakan?
Apa pengisiannya?

Ini antara beberapa persoalan yang sering bermain difikiran ibu-ibu pada ketika ini. Tidak dinafikan kesedaran tentang pendidikan awal kanak-kanak pada ketika ini cukup meluas. Ramai ibu bapa yang teruja untuk berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak. Ini menyumbang kepada kewujudan komuniti yang menyekolahkan anak mereka di rumah atau di panggil 'homeschooling'.
Namun begitu, ramai terkeliru antara istilah 'homeschooling' dengan istilah 'home activity'. 

Pada kali ini kita akan membincangkan tentang 'home activity' atau mungkin sesetengahnya memanggil sekolah kanak-kanak. Kita kena ingat bahawa sekolah kanak-kanak bukanlah sekolah rasmi. Ia cuma berfokuskan kepada bagaimana anda meluangkan masa bersama anak-anak. 

"Tot School isn't really school at all, it's just a focused time with your tot, exploring together and having fun!" (Carisa, from 1+1+1=1)

Siapa bersetuju dengan Carisa? Ya, ia adalah bagaimana cara kita mengasah dan 'polish' keperluan dan kebolehan anak-anak dengan cara yang menyeronokkan. Lumrah kanak-kanak suka bermain. Oleh itu jadikan satu aktiviti bermain itu permainan yang bermakna dan menyeronokkan. Terdapat banyak bahan di internet yang boleh dijadikan rujukan untuk ibu-ibu merancang aktiviti. Gunakan barang sedia ada untuk menjimatkan kos. Berikut dicadangkan beberapa cara bagaimana merancang aktiviti bersama anak-anak.

1. Senaraikana barang-barang mainan yang anak anda ada
2. Pilih 5 mainan yang anda rasa mahu main dengan anak anda
3. Duduk dan bermain dengan anak anda sambil kenalkan dengan kemahiran baru
4. Buat carian di internet tentang aktiviti yang boleh dilakukan pada umur anak anda
5. Perlahan-lahan pelbagaikan aktiviti dan kemahiran dalam bermain
6. Sentiasa ingat bahawa ANAK ADA PERLUKAN ANDA, BUKANNYA MAINAN SEMATA. Luangkan lebih banyak masa bersama.



SELAMAT BERAKTIVITI 



Ummi Nurul
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941


Tuesday 19 January 2016

Cara memilih taska

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah pada kali ini kita akan berbincang tentang kriteria bagaimana untuk memilih taska. Aku pasti semua ibu bapa kalau boleh mahu menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak. Namun disebabkan tuntutan hidup, kedua ibu bapa terpaksa bekerja mencari nafkah. Pasti ramai yang berasa risau dan khuatir bila mahu menghantar anak ke taska berikutan pelbagai kes yang tidak diingini berlaku. Oleh itu di sini saya kongsikan beberapa tips bagaimana untuk memilih taska yang terbaik untuk anak-anak kita.

1. Mencari maklumat
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan, risalah ataupun internet tentang sesuatu taska. Jangan tergesa-gesa membuat sesuatu keputusan. Jika taska ada membuat hari terbuka, ambillah peluang untuk hadir dan bertanya tentang apa sahaja yang ingin di ketahui

2. Melawat pusat jagaan
Ibu bapa boleh pergi melihat lokasi pusat jagaan tersebut sama ada fasilitinya mencukupi, bangunannya selamat mengikut piawaian bomba, jabatan kesihatan dan sebagainya. 

3. Melihat perjalanan taska.
Dapatkan maklumat sama ada taska tersebut berdaftar dengan pihak sepatutnya. Perhatikan jumlah guru/penjaga dengan kanak-kanak. (lihat dari luar sahaja ya kerana jika tidak berkenaan anda tidak dibenarkan masuk dalam kawasan taska sebagai langkah keselamatan). Kalau ikut American Academy of Pediatrics, nisbah kanak-kanak dan penjaga sepatutnya:


1 tahun ke bawah        1: 3
1-2 tahun                     1: 5
2-3 tahun                     1: 6
3-4 tahun                      1 : 10
5 tahun ke atas              1 : 12


4. Dapatkan 'review'
Dapatkan pandangan rakan atau saudara lain yang ada atau pernah menghantar anak ke taska tersebut. Jika ada anak lain yang di hantar ke taska tersebut boleh juga ditanyakan tentang layanan pengasuh dan perkara-perkara tertentu kepada mereka. Apa yang pasti, kanak-kanak tidak pandai berbohong. :)


5. Buat keputusan
Setelah menimbangtara, buatlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak. Pastikan keselamatan diutamakan berbanding yuran taska. Sebaiknya buatlah Istikharah meminta petunjuk. Biarlah dalam segala urusan pun kita berserah dan meminta petunjuk daripadanya.



SEMOGA BERMANFAAT



Sumber: Majalah Demi Cinta Isu 4
Olahan: Penulis blog nurulkhairunnaim.blogspot.com
Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941



Monday 18 January 2016

Sungai Rajang Sarawak

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirahmanirrahim..

Terimbas kembali pengalaman berjalan-jalan suatu masa dahulu. Disebabkan keinginan untuk menjelajah Sarawak pada ketika itu, aku menghubungi seorang kenalan kepada rakanku. Aku memberitahunya ingin berjalan ke Sarawak. Aku hanya berhubung dengannya melalui Facebook dan menerusi telefon. Apabila telah ditetapkan tarikh dan tempatnya maka bermulalah perjalananku.

Perjalananku bermula daripada Melaka ke LCCT kemudian menaiki kapal terbang menuju ke Sibu. Kenalanku bernama Vin telah menantiku di sana. Aku pergi hanya bersendirian. Di Sibu, Vin telah menantiku bersama saudaranya. Aku dibawa kerumah saudaranya yang terletak di Bandar Sibu. Rupa-rupanya Vin telah mengaturkan satu rancangan buat aku. Pada malam itu juga kami menaiki bas ke Bintulu. Jalan raya di sana bukanlah seperti di semenanjung. Bas expressnya juga bukanlah seselesa bas-bas di semenanjung. Jalannya berlopak-lopak. Kerusinya pula tidaklah selembut kerusi bas yang biasa ku naiki di semenanjung. Pada keesokan paginya kami tiba di Bandar Bintulu. Saudara Vin telah menanti kami di sana.

Setelah hari siang, kami dibawa berjalan-jalan disekitar Bandar Bintulu. Kemudian ada saudaranya yang lain membawa pula kami berjalan-jalan di sekita Bandar Miri. Antara tempat yang kami lawati di Miri ialah Marina Bay dan Lady Oil Plant (lupa nama sebenarnya). Pada sebelah malamnya kami menaiki bas dan pulang semula ke Sibu.

Keesokannya, Vin membawa aku bersiar di sekitar bandar sibu sementara menanti untuk menaiki bot laju untuk pulang ke Dalat. ini merupakan pengalaman pertamaku manaiki bot laju. Vin memberitahu, aku boleh menaiki van untuk ke Dalat dari Sibu tapi ia mengambil masa 4 jam perjalanan. Jika menaiki bot laju ia hanya 2 jam perjalanan sahaja. Tetapi Vin menyatakan bergantung kepada keadaan sungai juga kerana kalau bergelora tidak boleh juga menaiki bot.

Vin memberitahu aku sangat bertuah kerana dapat rasa menaiki bot laju melalui Sungai Rajang. ini kerana beberapa hari sebelum itu, Sungai Rajang tidak dapat dilalui kerana terdapat banyak kayu balak hanyut. Pengalaman pertamaku manaiki bot laju. Mujur tiada pening atau mabuk sepanjang menaiki bot itu. Kami tiba di Pekan Dalat waktu tengah hari. 

Dalat merupakan sebuah Pekan kecil di Daerah Mukah. Selain pengangkutan air, Pengangkutan udara juga boleh digunakan. Kalau daripada Kuala Lumpur, aku perlu manaiki penerbangan ke Kuching dahulu dan kemudian menaiki Mas Wing untuk sampai ke Mukah.

Rumah Vin adalah perkampungan atas air. Belakang rumahnya terdapat sungai yang luas. Aku dapat lihat bot laju lalu lalang di sungai itu untuk mengambil dan menghantar kanak-kanak ke sekolah. jika di semenanjung suasana sibuk tentulah atas jalan raya, tetapi di sana di dalam sungai yang sibuknya. Aku sangat teruja dengan pemandangan sedemikian. 

Keesokannya, aku menaiki bot laju untuk kembali ke Sibu dan menaiki kapal terbang pulang ke semenanjung. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman hidup yang menarik untuk dilihat dan perjalanan yang 'adventurous'. Ku doakan agar Vin berbahagia selamanya. Untuk pengetahuan semua pada ketika ini Vin merupakan seorang Muslimah setelah memeluk Islam 3 tahun yang lalu. Pada ketika perjalanan ini di lakukan dia masih lagi merupakan seorang dari suku Bidayuh dan belum memeluk Islam. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraannya. Ameen.


SATU PERJALANAN SERIBU PENGETAHUAN


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Saturday 16 January 2016

Little Muhammad 8 Month Old

teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah pada 16 Januari 2016 anakku Muhammad sudah menjejak usia 8 bulan. Makin banyak ragam dan tingkah laku yang ditunjukan. Kadangkala terasa juga keletihan melayannya seharian. Namun ada juga ketikanya membuatkan ku ketawa sendirian. Jika dia tiada dirumah aku juga yang kesunyian. Pada usia 8 bulan, Muhammad telah membesar dengan baik. 

Sekarang dia sudahpun merangkak dan memanjat kita. Mungkin tidak lama lagi sudah mahu berjalan. Acap kali juga terjatuh kerana masih kurang imbangan. Aku lebih banyak membiarkan sahaja dia berbuat apa-apa dengan tujuan baginya untuk 'explore'. Semua yang dilakukannya adalah di bawah pemerhatian dan pemantauanku. Cumanya sesekali terleka dengan urusan lain membuatkanku terlupa sebentar dengannya. Ketika inilah kadangkala Muhammadku terjatuh atau terhantuk. Namun jarang sekali mendengarnya menangis.

Sesungguhnya anak ini adalah amanah Allah. Kita bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Kita juga akan dipersoal jika terjadi sesuatu yang tidak elok dengannya. Maka jagalah dan didiklah mereka dengan sebaiknya. Ku doakan moga Muhammad membesar dengan sihat dan dapat berbakti untuk agamanya. Ameen




Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Tuesday 12 January 2016

Kaedah Pengajaran VAKT

Teks: Nurul Khairun Naim

Bismillahirrahmanirrahim..

Kaedah Pengajaran VAKT secara ringkasnya adalah kaedah pengajaran yang melibatkan penggunaan semua deria. Saya tidak ingat VAKT adalah singkatan untuk apa. Tetapi ia adalah kaedah pengajaran yang meransang kesemua deria dalam satu sesi. Saya berjumpa dengan kaedah ini dalam satu artikel jurnal. Hari ini saya cuba integrasikan dalam kaedah pengajaran di dalam kelas.

Hari ini saya mengajar tajuk "clothes". Jadi murid-murid akan diperkenalkan dengan jenis-jenis pakaian mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Ini adalah antara contoh aktiviti yang dilakukan. Guru @ ibu bapa boleh mengubah suai aktiviti ini mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing.

Langkah 1:
 Perkenalkan perkataan dan meminta murid untuk sebut dan kemudian mengeja perkataan tersebut. Jika salah guru boleh tolong betulkan. atau minta dia rujuk kamus.

Langkah 2:
Minta murid menyusun blok huruf membentuk perkataan tadi

Langkah 3:
Murid membuat aktiviti pratulisan berdasarkan templat yang di beri

Langkah 4:
Murid diminta menulis perkataan yang diberi tadi di ruang yang disediakan.

Langkah 5:
Guru boleh meminta murid untuk menggayakan atau membuat aksi tentang perkataan yang ditunjukan.

Ini adalah contoh kad templat yang diberi kepada murid:

Contoh kad templat. 

Setiap gambar mempunyai 3 kotak
Kotak 1: aktiviti menyusun huruf membentuk perkataan
Kotak 2: aktviti pra-tulisan seperti menyambung titik
Kotak 3: aktiviti menulis perkataan



Hasil kerja murid 1

Hasil kerja murid 2


Semoga bermanfaat. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan softcopy boleh hubungi saya maklumat maklumat di profile blog.


Sumber:
Gambar pada templat : buku yang di scan
Gambar pada blog : Hak milik penulis


Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagram: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941

Saturday 2 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Bismillahirrahmanirrahim...

Tahun baru 2016 telah kunjung tiba. Marilah kita bersama-sama menetapkan azam dan matlamat apa yang ingin dicapai untuk tahun baru ini. Janganlah dikenang lagi 2015.

Biarlah yang berlalu itu berlalu. 
Kaya tidak selamanya kaya
Senang tidak selamanya senang
Susah tidak selamanya susah
Miskin tidak selamanya miskin
Sihat tidak selamanya sihat
Hidup tidak selamanya hidup

Biarlah setiap tahun baru itu membawa 1001 kebaikan kepada diri kita, keluarga dan ummah hendakNya. Teruskanlah berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan disamping tingkatkan doa dan bertawakal kepadaNya



Ummi Nurul

Facebook: Nurul Khairun Naim
Instagran: nurulkhairunnaim/ theoillady
WhatsApp: +60194092941